Friday, September 24, 2010

Kalimullah dan Khairy nak jatuhkan Najib


Episod sandiwara Khairy menyerang PERKASA tiada lain dan tiada bukan adalah agendanya bersama Kalimullah untuk menjatuhkan Najib. Sila baca kembali laporan akhbar bertarikh Julai 24hb berikut:

Kalimullah didesak jelaskan plot jatuhkan Najib

KUALA LUMPUR 24 Julai - Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip meminta tokoh media, Datuk Seri Kalimullah Hassan supaya menjelaskan kaitannya dalam plot menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Dalam temu bual bersama TV3 yang disiarkan menerusi Buletin Utama malam ini, Mohd. Zahid mendakwa, Kalimullah dipercayai mempunyai kaitan dalam plot itu.

Ini kerana, dakwanya, Kalimullah menyiarkan artikel yang tidak tepat semasa menerajui The New Straits Times Press Berhad (NSTP), mengenai bahan letupan C4 yang digunakan dalam kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

"Dalam artikel itu, C4 ini kononnya hanya dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan perlu kelulusan tertinggi Kementerian Pertahanan.

"Berita ini tidak tepat kerana kita tahu bahan letupan ini juga ada di semua depot senjata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penggunaannya tidak memerlukan kelulusan tertinggi.

"Kalau Kalimullah tidak mahu bertanggungjawab, tidak mahu menjawab, dan berdiam diri, dia jangan marahkan saya. Seluruh rakyat percaya beliau salah seorang yang merancang plot untuk menjatuhkan Najib ketika itu dan agenda itu berterusan sehingga sekarang," dakwanya seperti disiarkan dalam Buletin Utama itu.

Hari ini, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Mohd. Zahid yang juga bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan penafian Kalimullah kononnya beliau tidak pernah mendapat sebarang kontrak kerajaan sebelum bergelar jutawan.

Mohd. Zahid dilaporkan berkata, beliau hairan dengan penafian itu kerana dakwanya, VPI International iaitu anak syarikat kepada Efficient E Solutions yang mana Kalimullah merupakan pengarahnya, memperoleh kontrak bernilai RM216,090,927 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada September 2005.

Sedangkan, tambah Mohd. Zahid, dalam penafiannya baru-baru ini Kalimullah memberitahu hanya melepaskan jawatan sebagai pengarah di Efficient E Solutions pada 21 Jun 2006 iaitu selepas sembilan bulan kontrak diluluskan.

Sehingga malam ini, Kalimullah belum memberikan sebarang ulasan berhubung desakan Mohd. Zahid itu.
Sampai sekarang Kalimullah tidak nafikan tuduhan dia mahu menjatuhkan Najib. Tok Jib ... celik mata sedikit tu. Baik2 dengan orang disekeliling tu.

2 comments:

Kenn said...

Orang Melayu bukan musuh DS Najib. Musuh sebenar adalah mereka-mereka yang berkomplot untuk menjatuhkan DS Najib sendiri serta kerajaan dan mereka-mereka yang menyalak diluar batasan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan.

Justeru itu, DS Najib wajar ikhlas denga segala luahan orang Melayu terhadap MEBnya.

kingnek said...

aku rasa Najib tahu tentang komplot ni, tapi susah untuk Najib bertindak. Ada musuh di luar, iaitu Anwar Ibrahim dan PR, di luar negara, iaitu US, UK, EU dan Israel dan juga musuh dalam selimut seperti Khairy Jamaluddin

kadangkala kesian jugak tengok Najib ni, tapi syukur TDM masih hidup, boleh beri nasihat bagaimana nak lawan yahudi dan agen2 nya di Malaysia ni

Jahanam yahudi, jahanam agennya anwar Ibrahim dan Khairy, ALLAHUAKBAR!