Kata Khairy yang sebelum ini MENCABAR UNTUK KELUAR UMNO, kewujudan PERKASA sebenarnya tidak menambahkan undi Melayu kepada UMNO, sebaliknya menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional kehilangan undi dari kaum Cina dan India. (MalaysiaKini)
Khairy Jamaluddin, sama seperti MENTORnya, Anwar Ibrahim adalah SPESIES yang sememangnya dijadikan Allah Taala sebagai PENGHIBUR dan sebagai BAHAN GELAK TAWA rakyat jelata. Apatah lagi dengan hujah dan lelucon mereka yang pastinya akan kekal dalam lipatan sejarah berbanding ahli-ahli politik yang lain di negara ini, hatta Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sekalipun!!!
Satu perkara yang Khairy Jamaluddin terlupa, BN mengalami kemerosotan sokongan yang teruk apabila dia dan abang iparnya, MENCULANG-LANGKITKAN harta dan rakyat seperti harta pusaka tok nenek masing-masing. Kebencian terhadap Kamaluddin Abdullah yang meneruskan kesinambungan dan kesan-kesan PENGANIAYAAN KEJAM terhadap pengusaha-pengusaha bas mini MELAYU di Kuala Lumpur menerusi pengambilan RAPID daripada Intrakota dan kemudian dijual kepada Kerajaan Malaysia dengan harga 'yang sangat menarik'.
Bagi para penyokong Anwar Ibrahim yang kelam mata dan buta otak, Anwar Ibrahim adalah orang penting dalam MELUPUSKAN permit bas-bas mini yang dimiliki oleh ribuan MELAYU di Kuala Lumpur untuk DIKUMPULKAN di dalam sebuah konsortium YANG BERNAMA INTRAKOTA. Proksinya, Tan Sri Yahya Ahmad yang mengetuai konsortium berkenaan bagaimanapun terbunuh dalam satu kemalangan helikopter tragis bersama-sama isterinya.
Khairy boleh berbohong dan cuba menipu fakta. Hakikatnya PERKASA wujud ketika golongan muda mula MENGUTUK dan MENCERCA bapa mertua. PERKASA wujud dalam bentuk MENGAMBIL KESEMPATAN oleh ahli politik bergelar Ibrahim Ali dan geng-gengnya.
Apa yang berlaku sebelum kewujudan PERKASA ialah Abdullah Badawi bapa mertua si Khairy, Khairy sendiri dan abang iparnya, Kamaluddin Abdullah menjadi figur yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia kerana keserakahan dan ketamakan mereka. Malah Tun Mahathir telah menyerang kepimpinan tertinggi UMNO itu secara berterus-terang.
Apa malu sangat hendak mengakui bahawa sokongan terhadap UMNO dan kebencian terhadap parti yang berusia 64 itu menebal angkara dirinya sendiri? Apa perlu Khairy menyalahkan orang lain sedangkan memang jelas, kaitan perangai dan kehadirannya di dalam UMNO, terutama kemenangan penuh 'rasuahnya' dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO, menjarakkan lagi golongan muda dari UMNO.
Kesian sungguhlah budak nih!!! Barangkali mak bapa dia dulu tak pernah mengajar dia tentang maksud MUHASABAH diri.... itu pasallah, bila dia nampak salah jer, dia akan kona pi ke tempat lain!
Flying Kick
No comments:
Post a Comment