Thursday, September 23, 2010
Suhaimi Doraemon dan budak2 KJ boikot Majlis UMNO S'ngor!
Tidak pernah dalam sejarah perjuangan UMNO Selangor mempunyai satu barisan kepimpinan Pemuda yang sangat lemah, naif dan kurang ajar. Sudah banyak diperkatakan kelesuan dan kegagalan Pemuda UMNO Selangor menjadi satu penggerak perubahan dan benteng hadapan parti.
Semalam di Majlis Hari Raya UMNO Selangor bersama rakyat Selangor di Seksyen 20 Shah Alam lebih 20 ribu orang hadir. Namun Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Ghazali (Sepang), Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Dato zakaria (klang), Bendahari Pemuda UMNO Selangor, Abd Samad Dawood (Sabak Bernam) dan Ketua Pemuda Puchong Azmir Yuzaimi Mohd Yunos tidak hadir.
Anehnya, kesemua mereka merupakan orang kuat Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Selangor. Mereka di kenali sebagai tukang kempen Khairy Jamaluddin di Selangor semasa pemilihan Pemuda dahulu. Justeru apabila menang mereka ini diberi jawatan oleh Khairy biarpun tidak mendapat restu majoriti Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Selangor.
Azmir pada mulanya diberi jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri namun setelah lebih setahun ia gagal berfungsi sama sekali. Akhirnya, Pengurusan UMNO Selangor mengarahkan agar beliau ditukar kepada Ketua Pemuda Ampang Safarizul Mustafa.
Biarpun Suhaimi telah diketahui umum tidak efektif dan gagal memimpin Pemuda UMNO Selangor sejak dua tahun lalu, Khairy masih mahu mengekalkannya. Mungkin ini merupakan sabotaj terbesar Khairy dalam memastikan UMNO di Selangor tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
Ketidakhadiran ke semua penyokong Khairy Jamaluddin dalam program ini menimbulkan tanda tanya apakah Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini bersedia untuk mensabotaj parti seperti mana tekad beliau untuk keluar parti jika ahli UMNO terus menyokong Perkasa?
Soalnya bersediakah Pengurusan UMNO Selangor mengambil tindakan keras terhadap kelima-lima budak hitam ini? Apakah mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak hadir majlis semalam jika hampir kesemua ADUN dan Ahli parlimen yang jauh lebih sibuk daripada mereka dapat hadir?
Lebih daripada itu, sukar untuk kita menerima ketidakhadiran kelima-lima budak Khairy ini merupakan sesuatu yang tidak disengajakan.
Mungkin benarlah seperti komen seorang pemimpin UMNO Bahagian mengenai Suhaimi semalam, “Apa diharap kepada orang yang menutup bilik gerakan dan membakar bendera UMNO apabila beliau tidak terpilih sebagai calon DUN Dengkil dalam pilihan raya 2008.”
MyKMU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Itu tandanya UMNO dah nak karam pada PRU13. Kah!... 1000x
SIan ko neh si anak muda...
kalo bukan sbb umno yg wat malaysia merdeka, ntah cmna la ko skrg...silap, part time mcm aljuburi..tu pon, layan jubur sbb nk wat duit..
Post a Comment