Kapten Hussein, Tun Abdul Razak dan Tun Sardon. Nama-nama inilah yang menjadi pencetus kepada penubuhan penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Nama-nama ini telah mendapat mandat dari seluruh pemuda Melayu dari segenap ceruk rantau untuk mengetui sebuah sayap UMNO yang kemudiannya digeruni kawan dan lawan. Ketiga-tiga mantan Ketua Pemuda UMNO inilah yang memulakan era kegemilangan Pemuda UMNO untuk bertindak sebagai “kumpulan pendesak” dipersada politik negara. Mungkin KJ tidak kenal mereka ini dan tidak tahu menahu tentang sejarah tokoh Pemuda UMNO terbilang ini. Maklumlah, tokoh bertiga ini hanya menyandang jawatan KJ di zaman sebelum Malaya merdeka.
Kemudian, nama-nama seperti Tan Sri Senu Abdul Rahman, Dato’ Harun Idris, Tan Sri Jaafar Albar, Dato’ Suhaimi Kamaruddin, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (sekarang lebih dikenali sebagai “si kitul” atau “al-jub”), Dato’ Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Hisyamuddin Tun Hussien. Nama-nama ini mewarnai kem Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia selepas era menuntut kemerdekaan.
Nama-nama yang penulis sebut di atas begitu signifikan dan berkesan sekali di era kepimpinan masing-masing mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, benteng keras yang menjadi faktor pendesak yang jitu. Begitu kukuh, ditakuti, disegani dan dihormati oleh semua golongan sama ada pihak Barisan Nasional (Perikatan) ataupun pihak pembangkang.
Sejarah dan fakta membuktikan kemahuan yang ditonjolkan sebagai kumpulan “pendesak”. Pemuda UMNO ketika itu tidak takut getir payah untuk muncul sebagai pendesak utama dalam pelbagai isu. Kerajaan juga selalu “pening kepala” akibat tindakan dan desakan Pemuda UMNO ini dahulu. Adakalanya Pemuda UMNO “menang” dan adakalanya Pemuda terpaksa akur dengan keputusan kerajaan. Itu pun setelah puas diyakinkan oleh pihak kerajaan, barulah mereka mengalah. Jika tidak, jangan harap mereka mengundur langkah. Kuda-kuda Pemuda UMNO ketika itu kukuh terpasak di bumi betuah ini.
KJ mungkin tidak pernah tahu sejarah Pemuda UMNO Malaysia. KJ mungkin tidak tahu bahawa slogan “hidup Melayu” pernah berjaya diubah oleh Pemuda UMNO kepada slogan “Merdeka!”. Mungkin KJ tidak tahu bagaimana Tan Sri Senu mendesak agar “sahabat baik” KJ iaitu Lee Kuan Yew diambil tindakan oleh Tunku Abdul Rahman. KJ mungkin tidak pernah mahu ambil tahu tentang Dato’ Harun Idris yang berani masuk penjara demi memelihara maruah bangsa Melayu suatu ketika dahulu. KJ mungkin tidak tahu bahawa Dato’ Harunlah yang bertanggungjawab memujuk “musuh politik”nya, Tun Dr. Mahathir, untuk kembali menyertai UMNO.
Pernahkah KJ mendengar tentang “Pemuda Kumpulan Halia” yang diilhamkan oleh Tan Sri Syed Jaafar Albar? Tahukah KJ bahawa Syed Jaafar Albar ini pernah membuktikan pembabitan beberapa tokoh politik pro kerajaan yang terlibat dengan fahaman Komunis? Kenalkah KJ kepada Dato’ Suhaimi Kamaruddin? Dato’ Suhaimi pernah menjawat Timbalan Menteri Pertanian dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Namun, Dato’ Suhaimi ini hanyalah seorang individu yang “low profile” berbanding KJ yang gah dengan T-shirt ketat berjenama mahal “ala-ala metroseksual”nya. Manalah KJ kenal orang yang tidak se”glamour” dirinya!
Ya! Tentu KJ kenal benar dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang merupakan “mentor”nya. Pemuda UMNO dibawah Anwar, tidak kurang hebatnya. Dengan jolokan “anak emas” kepada Tun Dr. Mahathir ketika itu, Anwar sangat berjaya dalam mendominasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. “Pemuda Era Wawasan” di zaman Anwar berjaya mengungguli pelbagai isu terutamanya isu-isu semasa. Teruk juga PAS dan DAP di”belasah” Anwar!
Kemudian ialah giliran Dato’ Seri Najib Tun Razak pula mengambil alih kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Tidak dapat dipertikaikan, kehebatan Dato’ Seri Najib mengetuai kepimpinan Pemuda UMNO jauh lebih hebat lagi dari Anwar. Jika tidak, masakan kini Dato’ Seri Najib berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 berbanding Anwar yang terus berangan-angan! Slogan “Pemuda Berakar Teguh Berakal Canggih” begitu kena dengan era kepimpinan Najib di mana beliau memperkenalkan “Wira Waja” dan “Majlis Dialog Malindo”. Tahukah KJ tentang semua ini?
Rahim Tamby Chik mengambil alih jawatan Ketua Pemuda UMNO ketika Pemuda UMNO berada ditahap yang cukup membanggakan bangsa Melayu. Namun, di atas satu insiden yang membabitkan tuduhan peribadi kepada Rahim Tamby Chik, maka secara “gentleman”, beliau mengundur diri. Lalu kekosongan jawatan itu diambil pula oleh Dato’ Seri Zahid Hamidi. Zahid ketika itu juga agak vokal. Zahid aktif menangkis dan menyerang Lee Kuan Yew yang menuduh negeri Johor dengan pusat jenayah yang mengancam Singapura. Namun, selepas Anwar dipecat dari UMNO dan Kerajaan, Zahid Hamidi membuat keputusan untuk meletak jawatannya. Mungkin sebagai tanda protesnya terhadap insiden pemecatan itu. Namun begitulah prinsip pegangan seorang Pemuda Melayu, hatinya keras dan utuh dengan kepercayaannya. Zahid akhirnya akur dengan kegiatan “gelap” Anwar dan mula “memutihkan” kembali hatinya yang kelam memakan budi seorang “peliwat”!
Dato’ Seri Hisyamuddin Tun Hussien telah menjadi Ketua Pemuda UMNO yang ke-12, selepas Zahid Hamidi. Ketika ini, Pemuda UMNO Malaysia kelihatan agak “goyah” dengan insiden “cium keris, minta maaf”. Pemuda UMNO Malaysia di zaman Hisyamuddin agak “lembik” dan imej sebagai “pendesak” agak tergugat. Tindakan Hisyamuddin mencium keris dan kemudiannya “meminta maaf” sukar dimaafkan oleh pemuda Melayu dan majoriti bangsa Melayu. Salahkah mencium keris di majlis sendiri? Lainlah jika menghunus keris dan mengamuk di Petaling Street!
Dan..tibalah saat KJ mengambil alih Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO disambut dengan gemuruh sorakan padu yang menjerit “KJ..rasuah! KJ..rasuah! KJ..rasuah!”. Masih terngiang-ngiang sorakan “gembira” itu ditelinga penulis. Terdahulunya, imej KJ di mata akar umbi begitu “suci” sekali. Pencalonan di peringkat bahagian membuktikan bahawa KJ bukanlah pilihan akar umbi. Namun dengan kuasa Allah, suara akar umbi itu telah dikhianati oleh perwakilan mereka sendiri dengan sumber kewangan dari KJ yang melimpah ruah sehingga ke Sabah! Akibat timbunan wang yang mampu ”menggelapkan mata” perwakilan, maka KJ menang. Walaupun KJ di dapati bersalah, namun dia terlepas. Mungkin kerana status “menantu”nya kepada Presiden yang sedang “tidur” di atas pentas Perhimpunan!
Apa yang hebatnya Pemuda UMNO di era kepimpinan KJ ini? KJ menang Ketua Pemuda UMNO Malaysia, namun dia tidak dilantik menganggotai kabinet kerajaan. Malah “yang kalah” pula yang dilantik? Kenapa KJ diperlakukan sedemikian? Dimana silapnya? Tentu KJ menggunakan modal “kasihanilah dirinya” dan menjaja diri dari satu negeri ke satu negeri. KJ juga pernah ditempelak dan didesak oleh exco-exconya untuk meletak jawatan. Kenapa jadi begitu? Bukankah KJ begitu “besar” di mata Pak Lah mantan PM itu meletak jawatan dan meneruskan “mimpi indah”nya?
Jawapannya ada pada KJ sendiri. Tepuk dada, tanya sejarah dirinya sendiri. Siapa KJ sebelum Pak Lah menjadi PM? Apa pula yang dibuat oleh KJ ketika menjawat jawatan Pegawai Khas kepada Pak Lah? Apa yang terjadi kepada ECM Libra? Siapa mentornya? Kenapa sikapnya begitu kurang ajar sekali kepada Tun Dr. Mahathir? Berapa billion RM yang telah di”rompak” dari Kerajaan dan rakyat? Bagaimana KJ memeras kontraktor bumiputera kelas F? Bagaimana “takbur”nya yang mengidam mahu menjadi Perdana Menteri seawal usia 40 tahun? Dan yang paling besar, bagaimana aksinya sebagai di antara faktor utama kekalahan Barisan Nasional pada PRU-12 yang lalu? Semuanya KJ kena tanya dirinya.
Apakah pencapaian KJ sebagai Ketua Pemuda yang boleh dibanggakan olah bangsa Melayu. Apa isu yang dijuarainya selain dari meniru budaya Anwar Ibrahim yang berkejaran berdemo ke sana ke mari. KJ menggelar orang lain sebagai “beruk”, sedangkan dirinya sendiri bersifat lebih teruk dari “beruk”. Cuba senaraikan apa jasanya kepada bangsa Melayu yang semakin merempat di bumi sendiri. Ketika Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu ini di “serang” secara subversif oleh bangsa bukan bumiputera, dimanakah Khairi Jamaluddin bin Abu Bakar?
KJ sepatutnya belajar dari pengalaman mantan-mantan Ketua Pemuda sebelumnya. KJ sepatutnya menghayati semangat Melayu yang sepatutnya mengalir dalam darahnya. KJ bagaikan seorang Ketua Pemuda yang “tidak pernah tumbuh gigi”, apatah lagi mahu bertaring! Sebaliknya, KJ lebih selesa terperuk dibawah celah ketiak “omak”nya. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagaikan “lumpuh” sepenuhnya di semua negeri. Pemuda Melayu bagai kehilangan arah dan mula memilih untuk menyertai parti pembangkang yang lebih aggresif walaupun mereka yang bermodalkan “penipuan demi penipuan” terhadap rakyat. Entah dimana letaknya “otak Oxford”nya itu? Yang boleh di ambil kesimpulannya ialah “Khairy Jamaludin gagal dalam peranannya sebagai Ketua Pergerakan UMNO Malaysia”. KJ yang paling lembik dan harus meletak jawatan segera jika punya “harga diri”. KJ menang Ketua Pemuda, namun kalah dalam serba serbi yang lain. Noktah!
MyKMU
3 comments:
KJ mesti didesak utk melepaskan jawatannya demi kesinambungan perjuangan UMNO dlm PRU 13 nanti. Pemuda sekarang begitu lesu dan spt langsung tidak berperanan dlm parti.
Oh My God - They Are Still In Denial
ho ho ho
masa untuk kondemkan si keri jamban
sudah tiba
senarai keburukannya
---------------------
-rakan kongsi cari yahudi apco mereka
dasar pr negara
-member sedaro [ patrik bodohwi, pb in short ] bikin projek merompak rakyat miskin n ganu yang ketika mentua terju negara , ada lebuh kurang rm 100 billion duit minyak yang di simpan olih madey
projek rompak ganu
-------------------
> mongsong cup -bagi kat pb /nilai kontrak rm 800 million / nak kau sekali gus chingkie namewee bolih kutuk -melayu
malas , cino bikin kerjo
[ sebenarnya kj/dollah'penyamun'hatari perbodohkan melayu ganu dan semenanjung/ tunjuk melayu bodoh dan malas
> masjid kristal /takde orang nak sembahyang satu baris pun/bikin masjid
yang terindah rm 200juta/ rakyat ganu miskin / penyamun-dolah-hadari dengan nasihat nantu suruh rakyat ganu makan
kueh kopok ikan aje ke?Pojek si pb celako.
> dengan kojosamo deris-cap'ayam' bikin
pojek yang takde guna /bazir macam stadium ada bumbung [rm 300juta?] . Bikin dengan cincai pulak tu/ bumbung runtuh/ nasib baik rakyat tak mampus
> entah apa lagi pojek rahsia yang dua
ekor dolah/nantu bikin yang perhabis duit minyak ganu/
konklusi
---------
marilah sama sama kito doa - siapa yang kianati melayu dan negaro-dengan menyamun khazanah -mampus dan
di tunjukkan tuhan seksanya di dunia ini
korok wan man
Post a Comment