Friday, September 10, 2010

Kerja sabotaj Khairy dapat publisiti hari raya

Pasti jadi bahan bualan orang pada hari raya.

Masuk suratkhabar hari Jumaat ini akan dibaca beberapa hari sebab besuk lusa tak ada paper. Hari ini paper cuti.

Berikut berita pasal Khairy:

Duta Besar Malaysia Ke Indonesia Tidak Akan Dipanggil Pulang - Anifah Aman

PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Duta Besar Malaysia ke Indonesia tidak akan dipanggil pulang kerana tindakan itu hanya akan memburukkan hubungan harmoni antara kedua-dua negara yang terjalin sekian lama, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Mengulas saranan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, beliau berkata gesaan tersebut bertujuan mencari publisiti murahan yang tidak akan membawa apa-apa kebaikan.

"Memanggil duta kita pulang adalah langkah terakhir sebelum kita memutuskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Saya tidak pasti sama ada Khairy tahu atau tidak mengenai perkara ini.

"Dia mungkin seorang yang pandai, tapi tidak bermakna dia seorang yang bijak," katanya pada sidang media di Wisma Putra, di sini Khamis.

Khairy sebelum ini menggesa agar Wisma Putra memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan sekiranya rundingan mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal mencapai kata sepakat.

Beliau turut mendakwa Anifah sebagai tidak tegas dalam mengeluarkan kenyataan mengenai keselamatan kedutaan Malaysia dan tidak menyampaikan kepada Menteri Luar Indonesia, Dr Marty Natalegawa mengenai perkara itu dalam pertemuan kedua-dua pemimpin Isnin lepas.

Mengulas lanjut, Anifah berkata kenyataan Khairy itu menunjukkan Ketua Pemuda Umno tersebut tidak mengikuti perkembangan isu.

"Kita tidak sepatutnya masuk dalam perangkap jenis ini. Dia masih muda dan banyak lagi yang perlu dipelajari mengenai diplomasi," katanya.

Anifah berkata semua pihak harus memahami bahawa dalam isu 'Ganyang Malaysia' oleh Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (BENDERA) bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut.

Beliau juga berkata sudah tidak ada sebarang tunjuk perasaan dilakukan BENDERA di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sejak Selasa lepas, iaitu satu perkembangan baik yang diharap berterusan.

Dalam perkembangan lain, Anifah menyifatkan bahawa rancangan sebuah gereja di Florida, Amerika Syarikat untuk membakar al-Quran sebagai memperingati tragedi 11 Sept sebagai biadap.

"Malaysia mengutuk tindakan itu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang paderi. Saya pasti kerajaan Amerika Syarikat mengetahui pendirian orang Islam di seluruh dunia mengenai perkara ini.

"Wisma Putra akan menyatakan pendirian berhubung perkara ini," katanya.


Orang pasti kata Khairy buat kerja gila. Tidak bijak, tak ikut perkembangan dan perangkap diri sendiri. Itu komen Anifah Aman. Dia dahulu halang Khairy dari mendapat pencalunan dari Pemuda Bahagiannya.

Pasti sekarang orang akan tertanya-tanya kenapa UMNO simpan si cilako ini? Kenapa Najib takut buang anak setan ini? Macam-macam cerita yang akan hanya memberi pandangan negatif terhadap UMNO.

Hari raya adalah hari propaganda yang paling hebat. Kempen word of mouth yang paling berkesan. Dari satu rumah ke satu rumah, di mana ada perbualan politik, nama Khairy akan timbul dan nama UMNO akan buruk.

Sepanjang berapa bulan, inilah kerja Khairy. Dia hanya mahu menyakitkan hati orang terhadapnya.

Dia mahu dibuang nampaknya. Bila dibuang, adalah alasan untuk ikuti PKR dan bersama Rafizi Ramli kawan lamanya dalam UKEC.

Takyah minta dibuang, ramai orang UMNO menyokong Perkasa. Jadi bila Khairy nak undur diri?

Selamat hari raya dari Kami Anak Omak

2 comments:

Anonymous said...

KP UMNO MUSUH DLM SELIMUT..SIKIT DEMI SEDIKIT DIA BUNUH KEREKTER UMNO DR DLM. AKU HARAP DIA LETAK JAWATAN SECEPAT MUNGKIN LA SBLUM UMNO MAKIN PARAH

Anonymous said...

Susah betul cari orang yg bernas & berani mcm Datok Anifah ni..

Bila la Khairy nak dibuang..

Syabas Bung Anifah..Umno/BN & Malaysia memerlukan wra2 mcm anda..bukan beruk2 mcm Hisham & KJ


Dulu banyak Harimau & sekarang banyak kera.