Kitol Jagoan Kampung
Khairy kecam Kuan Yew hina Malaysia
KUALA LUMPUR 13 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang menuduh Malaysia tidak berlaku adil serta menyisihkan kaum lain dalam temu bual dengan akhbar New York Times baru-baru ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai sebuah negara yang berjiran, Singapura sepatutnya menghormati perasaan rakyat Malaysia dan tidak sewenang-wenangnya mengkritik tanpa asas dan alasan yang kukuh.
"Saya mengecam kenyataan tersebut kerana bukan setakat menghina tetapi turut tidak mempunyai asas kukuh dalam menterjemahkan realiti kehidupan antara kaum di Malaysia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, sistem yang diguna pakai di Singapura tidak sesuai digunapakai di Malaysia kerana menjurus ke arah meritokrasi yang hanya menguntungkan sesetengah pihak.
"Kita di sini menggunakan sistem berdasarkan pendapatan mengikut kaum dan bukannya secara terbuka yang akan menyebabkan negara menjadi tidak stabil dan musnah," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kuan Yew dalam akhbar itu pada 1 September lalu yang mengkritik sistem yang diamalkan di negara ini dan menuduh Malaysia tidak berlaku adil serta menyisihkan kaum lain.
Dalam temu bual itu juga, Kuan Yew berkata, Malaysia akan menjadi lebih baik jika tidak berpisah dengan Singapura kerana mereka kini telah mencapai tahap yang membanggakan dalam hubungan kaum.
Khairy yang menafikan dakwaan Kuan Yew itu berkata, sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi kaum dan agama, Malaysia tidak pernah mengamalkan diskriminasi sebaliknya mengiktiraf semua bangsa sebagai warganegara yang sah.
"Tidak pernah wujud istilah orang tumpangan di sini dan saya melihat kenyataan tersebut lebih untuk mewujudkan suasana tegang antara kaum di Malaysia," ujarnya.
Tambahnya, Malaysia juga mengamalkan dasar terbuka dengan mengiktiraf sekolah pelbagai jenis kerana mementingkan pendidikan tanpa menyisihkan bahasa ibunda.
"Keadaan kita di sini lebih baik dari di sana kerana di Singapura memang tidak ada sekolah Cina ataupun Tamil untuk mengajar tentang budaya dan bahasa mereka," katanya.
Ditanya mengenai sikap Kuan Yew yang sentiasa mengkritik Malaysia dalam media, Khairy berkata, bekas Perdana Menteri Singapura itu masih menyimpan perasaan tidak puas hati dengan keputusan Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.
Sebab itulah katanya, Kuan Yew sentiasa mencari jalan untuk merendah-rendahkan negara ini.
"Sebenarnya beliau iri hati dengan hasil bumi, tenaga kerja dan potensi ekonomi yang kita ada, tidak seperti di Singapura yang hanya mempunyai sebuah pulau yang sekadar seperti sekangkang kera," jelasnya.
Sumber: Utusan Malaysia
Wah si kitol nak tunjuk belang.
Apo pasal dio tak nak balun Lim Guan Eng cukup-cukup kek Penang tu? Gajah berak kek dopan mato buek donno, tapi kuman seborang tambak dio nampak. Dio tak bukak mato laih dengan apo yang Guan Eng dah buek kat orang Melayu sana adalah bondo samo dengan apo yang Kuan Yew buek kek Singapore maso dulu?
Apo kono eh jang? Ekau buto ko apo jang? Setakat nak jadi jagoan kampung tu boleh lah
2 comments:
kj sedang mengah mencari turning point politic! Jangan biarkan si kitol ini berjumpa turning point politics dia...Orang yang hidup penuh kepura-puraan.
**Anak sedara LKY....
kj jaguh bodoh hahahaha
Post a Comment