Sunday, September 12, 2010
Anwar gang bang lembu perasan
Zaid Tak Faham-Faham, PKR Tu Anwar Punya!
Oleh Mohd Sayuti
Zaid Ibrahim kini ke sana ke mari bagai kehilangan arah mengaku ‘diGhafarBabakan’ oleh Anwar. Dia juga mengadu bagaimana terpaksa menghadapi kecaman dari dalam PKR sendiri, seolah-olah meminta simpati.
Kelihatannya, seolah-olah Zaid baru mengenali siapa Anwar dan apa yang Anwar sanggup lakukan untuk survival diri sendiri.
Kata orang, kalau tak berani dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Sebagai seorang politikus ‘tegar’ Zaid tidak sepatutnya mengungkit perihal dikecam kerana ia sudah menjadi asam garam politik. Lagipun, Zaid sendiri sering mengecam orang lain termasuk orang yang banyak berjasa kepada negara.
Kadangkala apa yang kita dapat itu memang sebenarnya apa yang kita patut dapat atau kata orang putihnya, ‘you always get what you deserve’.
Zaid Ibrahim ini sering mendabik dada sebagai seorang yang berprinsip, kononnya.
Dia dikenali ramai sebagai seorang Melayu liberal. Oleh itu, prinsip Zaid selama ini sememangnya selari dengan PKR atau DAP yang menjulang konsep Malaysian Malaysia iaitu semuanya sama rata tetapi yang untung hanya Cina.
Namun, bagi mencapai cita-cita dan menangguk sedikit kuasa, Zaid sanggup bersama-sama UMNO tak berapa lama dahulu. Zaid kemudian cuba menyerapkan pemikiran ‘PKR & DAP’nya ke dalam UMNO sehinggakan UMNO ditolak oleh ahli UMNO sendiri.
Tidak mampu mengekang kemarahan akar umbi UMNO, Zaid kemudian ‘terkeluar’ dari UMNO dan kembali menunjukkan warna asalnya iaitu PKR/DAP.
Oleh kerana PKR dan DAP juga bergabung dengan PAS, maka Zaid terpaksa menggadaikan satu lagi prinsip liberal hidupnya iaitu berhenti minum arak, kononnya.
Walaupun Zaid merasakan bahawa dia adalah seorang berprinsip tetapi perjalanan hidupnya menunjukkan sebaliknya. Dia sanggup ke mana saja dan berbuat apa saja untuk mendapat kuasa.
Dari pemerhatian penulis, golongan Melayu liberal amat menyanjungi Zaid. Kata mereka, Zaid lebih baik dari Anwar, lebih bijak dan lebih berkarisma.
Zaid juga semakin hari semakin yakin dengan sokongan yang diperolehi. Kerana itulah dia menyatakan hasrat untuk bertanding Timbalan Presiden PKR melawan Azmin.
Azmin, bagi Zaid hanyalah Melayu biasa yang tidak liberal. Melayu biasa adalah bodoh dan boleh diperkotak-katikkan bila-bila masa.
Zaid adalah Melayu liberal, mendapat sokongan Cina dan Melayu liberal lain yang bijak-bijak belaka.
Apa yang Zaid tidak faham ialah PKR itu adalah milik Anwar, keluarga dan gundik-gundiknya. Tidak ada siapa yang boleh menggugat kedudukan Anwar, keluarga dan gundik-gundiknya atau akan menerima nasib seperti Allahyarham Tun Ghafar Baba.
Walaupun dalam keluarga Anwar ada yang tidak senang dengan Azmin, tetapi mereka tidak mungkin sekali-kali akan mengambil keputusan bercanggah dengan kehendak Anwar.
Zaid tidak faham bahawa untuk menyertai PKR, dia harus terlebih dahulu membuang segala cita-cita yang terlalu tinggi. Dia harus bersedia menjadi pemimpin kelas dua atau Pak Turut atau penyokong biasa sahaja.
Bahkan Zaid mesti bersedia untuk menjadi ‘dayang’ Anwar terlebih dahulu. Barulah mudah mendapat restu selepas itu.
Jika dia tidak sanggup untuk berbuat begitu, maka dia seharusnya melupakan saja PKR dan menyertai DAP, di mana jiwa raganya berada. Dengan cara ini, Zaid tidak perlu lagi berlakon sebagai Melayu dan bolehlah kembali meminum arak.
Mungkin kini Zaid sedar bahawa Melayu liberal sepertinya bukannya bijak, tetapi selalunya bodoh. Hanya kerana mereka bodohlah maka Cina suka mengangkat atau membiarkan saja mereka menjadi ketua atau pemimpin.
Melayu yang kuat membela Melayu sepertimana Cina kuat membela Cina tidak akan sama sekali mendapat sokongan Cina. Hanya Melayu bangang seperti Zaid yang boleh digunakan untuk memusnahkan Melayu, sekali gus menjamin kekuatan bangsa Cina, yang akan mendapat sokongan mereka.
Atau mungkin juga Zaid sedar, tetapi dia terlalu jahil untuk mengambil kisah.
Apapun, PKR tetap milik Anwar, dan Azmin harus dinaikkan walau dengan cara apa sekalipun. Kita tunggu saja taktik Zaid seterusnya untuk menangani hakikat ini, di sebalik wajahnya yang tidak memenuhi selera Anwar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
-[Kemaskini] GEMPAR: Marina Mahathir sokong amalan Homoseksual!! (18SX)
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/09/gempar-marina-mahathir-sokong-amalan.html
Post a Comment