Saturday, September 18, 2010

Jib jambankan Kerry


UMNO elak konflik dengan NGO

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO akan sentiasa mengelak daripada mewujudkan sebarang konflik dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Perdana Menteri berkata, UMNO akan sentiasa mengambil pendirian itu termasuk dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) walaupun ada NGO tertentu yang mengemukakan pandangan tidak dipersetujui oleh parti itu.

"Kita tidak mahu ada konflik dengan mana-mana NGO dan bagi UMNO, Perkasa seperti NGO lain.

"Kita mempunyai banyak NGO dan kadang-kala kita bersetuju dan ada masa kita tidak bersetuju. Lebih mustahak UMNO merupakan sebahagian daripada kerajaan dan apa yang diperkatakan oleh parti ini adalah lebih penting," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Hidup Bersama Dalam Masyarakat Berbilang Kaum anjuran Yayasan 1Malaysia di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini yang meminta ahli parti itu menjauhi Perkasa berikutan banyak tindakan dan kenyataannya dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan pengundi pelbagai kaum terhadap Barisan Nasional (BN).

Dalam hal ini, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, kenyataannya mengenai Perkasa itu tidak merujuk kepada komen oleh mana-mana individu termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

2 comments:

airman_1 said...

yes...to perkasa no...to umno

Anonymous said...

Yes to PERKASA ;
Yes to MPM (Majlis Perunding Melayu);
Yes to UMNO + PAS
Yes to the "true spirit" of BN
Yes to Patriots dan Pejuang bangsa

No to PKR
No to DAP (adik PAP)
No to Pengkhianat bangsa
No to foreign agents
No to ingrates

Anak Desa !