Tuesday, September 1, 2009

Kepala Lembu, Kepala Babi dan Khairy.






Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin telah mengutuk tindakan sekumpulan orang Islam menunjuk perasaan dengan membawa kepala lembu dihadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini kerana membantah pembinaan kuil Hindu di kawasan majoriti Islam.

Menurut portal berita Malaysiakini Khairy yang marah telah bertanya bagaimanakah perasaan orang Islam kiranya bukan Melayu menunjuk perasaan dengan membakar Quran di hadapan Masjid? klik di sini untuk bacaan selanjutnya. Ianya juga adalah selaras dengan kekesalan Najib Razak dengan tindakan penduduk mengarak kepala lembu sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Klik di sini untuk laporan penuh.

Nampaknya kenyataan Khairy selari dengan kenyataan PM. Baguslah begitu. Ulasan-ulasannya juga melihatkan kematangannya sebagai ketua pemuda BN. Lebih-lebih lagi apabila beliau berkata, "Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan". Nampaknya kenyataan-kenyataan ini seolah-olah Khairy tidak pernah menyertai mana-mana demontrasi anjuran Pemuda UMNO atau Pemuda BN. Benarkah begitu? Jika beliau pernah mengetuai mana-mana demontrasi semasa menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO dulu, semangat sivik dan kemasyarakatan mana yang beliau anut ketika itu?

Seperkara lagi apabila Khairy berkata, "tidakkah perarakan kepala lembu yang dipenggal itu tidak serupa menghina? Di manakah semangat 1Malaysia yang wajar dipraktikkan terutamanya oleh orang Melayu Islam sebagai golongan majoriti negara ini?". Jarang Khairy bercakap tentang 1Malaysia. Sejak bila pulak dia faham tentang 1Malaysia? Sedangkan Tun Mahathir yang cerdik pun belum faham-faham. Adakah dengan mempromosi 1Malaysia akan membuatkan beliau semakin rapat dengan PM sedangkan di luar sana sudah berdentum dentam guruh di langit meminta pucuk pimpinan UMNO membersihkan UMNO daripada sampah sarap rasuah?

Sebelum ini tidak kedengaran pula komen Khairy apabila beberapa ketul kepala babi digantung di surau dan masjid di Melaka apabila isu babi memuncak di negeri itu. Bagaimana pula sekumpulan orang Hindu yang mewakili Hindraf telah menceroboh masuk ke Majlis Terbuka Hariraya Idilfitri yang diberikan oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi tahun lalu untuk menunjuk perasaan tetapi tidak mendatangkan sebarang reaksi dari Khairy?

Kalau kepala lembu yang mungkin menghina penganut-penganut agama Hindu dijadikan isu mengapa kepala babi hanya menjadi cerita sampingan. Benarkah kumpulan seramai 50 orang itu membawa kepala lembu itu semata-mata hendak menghina orang Hindu? Kalau mereka kata mereka tidak tahu bahawa lembu itu adalah binatang sensitif bagi orang Hindu, bagaimana pula?. Orang bukan Melayu di negara ini ambil tahu sangat ke tentang sensitiviti agama Islam dan orang Melayu. Kalau mereka sensitif dengan perasaan orang Melayu dan agama Islam mereka tidak akan meneruskan usaha membina kuil di Seksyen 23 yang mendapat tentangan daripada penduduk Islam tempatan

Malaysiakini memetik kata-kata wakil penduduk sebagai maksud kepala lembu itu "Mungkin mereka maksudkan kepala lembu dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh," Sesuailah kepala lembu itu dihadiahkan kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah.

Bagi Khairy, duduklah di tempat mereka. Mereka bukan mahu kuil itu dibatalkan tetapi mahu agar kuil itu dipindahkan dari Sekysen 23, ke Seksyen 22. Sepatutnya sebagai pemimpin anda perlu ambil tahu masalah mereka kerana kemungkinan ada di antara mereka itu pemuda-pemuda UMNO yang menyokong anda menjadi Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

10 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..DH BERAPA KALI SENSITIVITI UMAT ISLAM DIPERMAINKAN OLEH BUKAN ISLAM ATAU ORG ISLAM ITU SENDIRI?? KLU KITA AJE KENE FHM SENSITIVITI DIORANG ADIL KE NAMANYA?

EM said...

KJ TU KETUA PEMUDA HAMPEH!!!!!!!!! SENSITIVITI ORG MELAYU ISLAM YANG DIGANTUNG KEPALA BABI KAT PAGAR KO TAK JAGA???? BABI HALAL KOT BAGI KJ???

BOCAH KAMPONG said...

kj tu tengah mengampu pm kot kot dapat menteri...malu ada pemimpin pemuda yang kaki rasuah.

1 comment:

sangguna said...

barua punya KJ, sialan, selagi sialan ni dlm umno aku tak akan undi umno lg.
melayu bacul yg cuma berani dgn org melayu aje, bagi penduduk seksyen 23, aku berdoa kpd Allah utk kesejahteraan kalian.