Wednesday, September 2, 2009

Khairy Sedang Mencari Lubang Dalam Pembangkang?


SEMALAM satu email dari Gerak Anti Korupsi (Gerak) masuk ke box email saya memaklumkan mengenai pembatalan debat antara Ketua Dewan Pemua Pas, Nasarudin Hassan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin atas tajuk; Rasuah dan Masa Depan Negara: Di Mana Peranan Pemimpin Muda Politik. Debat itu sepatutnya berlangsung hari ini.

Menurut email tersebut pembatalan itu kerana ianya tidak mendapat persetujuan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Apakah Gerak sebelum menuar-uarkan mengenai perdebatan itu tidak bertanya dulu kepada Khairy sama ada setuju atau pun tidak. Adalah tidak profesional kalau atur majlis tanpa bertanya kepada tuan badan sendiri. Itulah jadi akhirnya, rosak!

Hairan juga saya kenapa Khairy kali ini tidak berminat untuk berdebat? Sebelum ini beliau suka mencari publisiti dan populariti menerusi debat. Apakah beliau takut dengan Nasarudin? Tidak akan terjawab hadith-hadith dan ayat-ayat Quran yang akan dibaca oleh pemimpin muda Pas asal Terengganu itu?

Saya tidak fikir begitu. Kalau dengan bekas naib presiden Pas beliau berani turun ke Kota Bharu untuk berdebat, kenapa dengan Nasarudin pengecut pula. Tidak logik. Apakah dalam perkiraan Khairy ilmu agama Nasaruddin lebih tinggi daripada ilmu agama bekas naib presiden Pas itu? Al maklumlah Nasarudin kelulusan timur tengah.

Atau apakah kerana minatnya kepada Umno ke belakangan ini sudah mengendur selepas tidak dilantik menjadi menteri walaupun menang. Apakah ini menjadi puncanya maka beliau hilang keghairahan dan hilang keberanian untuk berdebat?

Ataupun juga menantu bekas Perdana Menteri itu malu untuk turun ke gelanggang kerana takut cemuhan Mahathir kepadanya yang menang kerana politik wang menjadi phobia. Khairy takut nanti dalam perdebatan itu ada penonton yang kurang senang dengan hujah-hujahnya akan mengajuk kata-kata Mahathir ke atasnya.

Dalam pada itu ada juga terdengar cakap-cakap senja minat Khairy kepada Umno akhir-akhir agak tawar. Beliau dikatakan kecewa dengan presiden Umno dan mereka yang menguasai parti itu kini. Lantaran itu dalam masa sama beliau dikatakan telah menghubungi orang-orang tertentu dalam pembangkang. Ada yang dihubungi menerusi perantaran dan ada juga yang dikirimkan SMS. Beberapa pemimpin pembangkang ada memaklumkan kepada saya mengenai SMS gannjil dari Khairy.

Seorang pemimpin pembangkang terkejut tiba-tiba beliau disapa Khairy menerusi telefon. Katanya sudah bertahun Khairy melupainya tiba-tiba saja nombor telefonnya diingat semula Khairu. Perbuatan Khairy itu satu mengejutkan kerana tidak pernah dibuatnya sebelum ini.

Tidak diketahui pula apakah maksud dan tujuan dia berbuat begitu? Apakah hubungan itu atas dasar persahabatan dan mengenali tokoh pembangkang itu atau kerana ada agenda lain?

Apakah Khairy kini sedang mencari ruang dalam pembangkang setelah ruang dalam Umno tertutup? Yang jelasnya peranan Khairy dalam Umno semakin mengecil. Ruangnya dalam Umno persis lubang buluh yang meruncing, makin lama makin sempit, makin sempit dan akhirnya menyebabkan dia akan tersumbat dan lemas.

Apakah Khairy menyedari ada pihak tertentu dalam Umno sedang berusaha untuk menyingkirkannya. Saki baki orang yang kalah dengan beliau dalam perebutan jawatan ketua pemuda tempoh hari terus berusaha untuk melenyapkannya dari Umno. Kepercayaan masih ada kalangan pemuda Umno, kepimpinan pemuda Umno ternoda dengan adanya Khairy di situ. Khairy menjadi libaliti kepada Umno bukannya aset lagi. Jadi imej ini perlu dikikis dan Khairy perlu dinyahkan demi memulihkan prestasi Umno.

Melihat kepada usaha puak-puak dengki dengan Khairy itu tidak mustahil kalau dalam pilihan raya akan datang Khairy tidak akan diberikan peluang bertanding di Rembau lagi. Khabarnya juga Umno sedang persiapan seorang tokoh untuk mengganti Khairy di Rembau. Kerja-kerja memburukkan reputasi Khairy di Rembau sedang berjalan.

Apapun penolakan Khairy untuk berdebat dengan Nasarudin itu saya rasa bukan kerana dia pengecut tetapi ada mesej lain yanh cuba hendak dihantarkan oleh beliau. Mungkin dia merasakan tidak perlu berdebat mempertahankan Umno sebab Umno sedikit pun tidak menjaga air mukanya.

Sebagai maskulin yang ada maruah dan integriti tentu Khairy terasa dengan apa yang dilakukan Najib Razak terhadapnya dan beliau sedang menyiapkan diri untuk membalasnya. Kejangilan Khairy sehari dua ini ialah apabila beliau tidak menyambut ludahan Muhyiddin ke atas Anwar sebagai pengkhianat bangsa. Yang jelasnya Pemuda Umno tidak angkat sepanduk ikut mengutuk Anwar. Kenapa? Adalah ceritanya. [wm.kl. 7:10 am 13/08/09]

6 comments:

Anonymous said...

kj ,perosak ugama bangsa dan negara
bapak mentua borek,menantu rintik

Anonymous said...

Khairy selalu baik dgn pembangkang.Selalu jumpa mereka atas alasan nak berdebat.Berambus khairy dgn segera.

Anonymous said...

Khairy selalu baik dgn pembangkang.Selalu jumpa mereka atas alasan nak berdebat.Berambus khairy dgn segera.

mantra-indeeptots said...

KJ, Anwar in the making... sbb tu DS Najib boleh terbau muslihatnya...

Selama dia muncul di dalam UMNO, berapa banyak kemenangan dihadiahkan kepada pembangkang... dan di atas hasil usaha siapa?

abunawaz said...

KJ MENJADI SATU LAIBIALITY KEPADA UMNO DATUK NAJIB MENUNGGU DETIK UNTUK MENYINKIRKANNYA DARI UMNO.

Anonymous said...

Malysia am nya dan UMNO khususnya telah tahu sapa KJ ini. Tanyalah delegate yg pergi ke MA UMNO yg terakhir , sapakah KJ ini dan bagaimanakah dia memenangi kerusi KP itu. Pasti mereka dgn sepontan menjawab akan insan yg hanya mahu mengisi tembolok nya.

Jadi tak heran lah kalau dia nak join parti pembangkang. Dah jadi idaman nya kerana dia tidak dpt apa2 jawatan dlm kerajaan skrg. Janji klu pembangkang menang habuannya mesti berlipat ganda. Apa nak buat begitulah cara nya org " beriman " nak hidup.

Sejak dia jadi KP UMNO apa yg dia telah buat. Tanya lah pada diri tuan-tuan semua khusus nya ahli2 UMNO.