Jangan diulang aksi begini di Bagan Pinang
Bagan Pinang berada di negeri angkat Anak Omak. Ikut adat Pepatih, Khairy tidak layak tanding di Rembau. Omaknya, Datin Rahimah orang Kedah. Patut tanding di Sg Petani.
Khairy pun bukan membesar di Malaysia. Dia lahir di Kuwait dan banyak membesar di luar negara. Negara yang dia lebih selesa adalah England. Mana tidak, asyik diulang-ulang nama Universiti Oxford. Seolah-olah dia seorang yang belajar situ.
Sepanjang PRK-PRK, Khairy ada diminta supaya tidak menghadirkan diri untuk berkempen. Ada tempat telah beri amaran supaya Khairy tidak perlu datang berkempen. Kalau datang, pengundi sudah beri amaran akan undi pada Pakatan Rakyat.
Sebabbya, Khairy ada lakukan beberapa kesalahan yang menyebabkan kekalahan BN. Pemilihan sahabat dan kroni politik Khairy, Dato Wan Farid oleh Pak Lah menjadi penyebab utama BN terlepas kerusi yang dipegangnya di Kuala Terengganu. Rata-rata orang Kuala Terengganu kalau tidak seluruh terengganu menyampah dengan Wan Farid dan abangnya Wan Hisham.
Keadaan menjadi buruk apabila Khairy buat konsert pada malam terakhir kempen. Orang PAS berkempen, Pemuda UMNO dah bersukaria. Konsert satu cara baru yang tidak sesuai untuk kawasan itu langsung.
Tidak ada sebab Khairy tidak memainkan peranan di Bagan Pinang. Sebagai negeri kepada Ketua Pemuda Malaysia, Khairy perlu berperanan. Malulah nak biarkan kepada Dato Razali Ibrahim. Dia pun tersilap berikan pada Razali. Kini orang sudah anggap Razali sebagai merangkap Ketua Pemuda.
Cuma persoalannya adalah peranan apakah Khairy di pilihanraya Bagan Pinang nanti?
Kalau Isa Samad yang bertanding, Khairy tidak ada peranan utama dalam kempen. Orang situ tahu percaya Isa sudah diatur dikenakan kesalahan politik wang oleh kuasa-kuasa ghaib pada tahun 2005. Satu konspirasi yang melibatkan Pak Lah dan orang dalaman termasuk Khairy, Nori dan pelbagai lagi terlibat.
Isa akan bertanding atas kekuatan personaliti Isa di situ dan bukan sangat kekuatan BN atau UMNO. Khairy akan hanya terhegeh-hegeh senyum dan salam sana sini. Jauh sekali, Khairy yang kini diikat tangan dan tidak ada peranan langsung.
Dia sedar perkara ini. Itu yang Khairy berhati-hati tidak ada sebut apa-apa untuk memihak kepada sesiapa calun untuk Bagan Pinang. Dia takut disalah anggap bermain politik dan akan menambahkan lagi musuh. Khairy hanya kata pilihlah yang terbaik. Kemudian dia ada kata segerakan keputusan calun supaya jentera kempen boleh bermula.
Kalau Isa dipilih, ada menganggap kerjaya politik Mat Hasan yang rapat dengan Khairy akan berakhir. Hanya Isa saja yang berpengaruh dan dihormati untuk merapatkan dan mengembali kekuatan BN Negeri Sembilan.
Mat Hasan gagal sebagai MB dan tidak hairan, BN boleh kecundang di Negeri Sembilan, jika dia terus kekal. Orang UMNO sendiri akan undi pembangkang.
Kalau bukan Isa, Khairy ada peranan lebih besar di Bagan Pinang. Di situ dia boleh mendapat lebih banyak publisiti. Kemenangan BN sungguh bermakna di situ. Ini peluang mendapat perhatian media.
Bagai diharapkan, Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh menyuarakan secara terbuka agar tidak pilih Isa sebagai calun. Pandangan mereka ini pasti akan diambilkira. Mat Hasan begitu suka sampai jemput Tun ke rumah terbuka Hari Raya di Rantau.
Dalam Khairy berkhayal-khayal untuk menjulang trofi pada malam Oktober 11, terfikirkah dia samada UMNO boleh menang dengan calun yang lain dari Isa? Sediakah Bahagian Telok Kemang beri kerjasama dan sokongan setelah mereka sekata sepakat mahukan Isa?
Kemana undi pengundi UMNO, parti komponen BN, Pakatan Rakyat, askar, kaum Cina, kaum India, dan atas pagar akan pergi? Jadi, jangan raikan dahulu. Kerja dahulu Anak Omak. PRK ini tidak semudah yang dijangka.
4 comments:
Tengok mangkuk pelingkup sukj ni, dulu terhegeh-hegeh sokong pak lah dan khairy sekarang.....nak kena sokong pembangkang lah kot.
Tengok! dari comment pun tau otak sukj ni tiga suku....ada ka dok kahkahkah...dah tak siuman ke sejak pak lah turun takhta ni???
eloklah. pi lah sokong bekas perdana menteri yang gemilang terbilang hang tu.
tengok sekeliling dan pikir-pikirkanlah sukj hoi....hg tu dianggap org sebagai apa?
salam alaikum...
salam aidil fitri
maaf zahir batin...
SUKJ lu jangan jadi kurang ajar!!!
Tun Mahathir pernah dapat
TUAH DAPAT SOLAT DALAM KAABAH!!!
JANGAN NGKAO BUTA TULI SEBARANGAN
NAK PERLEKEHKN TUN!!!
KURANG AJAR PUNYAI MANUSIA!!!
KALAO NGKAO BUKAN MELAYU ISLAM
JANGAN CAKAP SEBARANGAN!!!
eh eh kenapa SUKJ budak keadilan dok sokong KJ ni?
Makin lama makin rumit la cerita anak omak ni....
Bila dia nak join PKR ya?
Tak semesti UMNO bertambah lemah, PKR bertambah kuat.
Akhirnya UMNO juga yang berkuasa. UMNO parti keramat.
PKR dan PAS ... parti dikuda dan keldai DAP.
Post a Comment