Sunday, September 6, 2009

BUKIT GANTANG: KJ Masih Berkuasa! Mengapa?

Ini mangkuk hayun anak omak ni faham ke apa yang dia cakapkan? Sebelum ini dia buat kenyataan suruh pilih calon yang disukai oleh dia, sekarang ini mamat "REJECTED ITEM" ni dok bukak mulut pasal isu ISA pulak! Sila baca dibawah ini:

"MELAKA, 4 Sept (Bernama) -- Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mencadangkan agar perintah penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikaji oleh mahkamah atau satu badan berkecuali dan bukan oleh Menteri Dalam Negeri seperti sekarang.

Beliau berpendapat sesiapa yang ditahan mengikut ISA boleh mendapat keadilan melalu satu mekanisme kehakiman yang dicadangkan itu.

"Ini juga supaya Menteri Dalam Negeri dilihat tidak membuat satu keputusan penahanan di bawah ISA berdasarkan kepentingan politik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran pergerakan itu di Sekolah Anak Yatim Sultan Salahuddin di Pantai Kundur di sini malam Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa pembentangan pindaan ISA dijadual dilakukan semasa sesi Dewan Rakyat Oktober ini tertakluk kepada input yang diterima.

Hishammuddin dilaporkan berkata kerajaan masih menerima cadangan daripada pelbagai pihak dan sedia memberi pertimbangan dari sudut kepentingan rakyat dan keselamatan negara dan hal sivil individu.

Khairy berkata Pemuda Umno akan menyerahkan satu memorandum kepada Hishammuddin minggu hadapan yang akan mengusulkan beberapa perkara yang perlu dipinda.

"Kita juga akan mencadangkan supaya tempoh tahanan oleh polis selama 60 hari dipendekkan," katanya.

-- BERNAMA"


Anak omak banyak bunyi macam pambangkang sejak kebelakangan ini, dah la buat filem dengan pembangkang, tak cukup dengan tu, ada syarikat prabayar baru 'TUNE TALK' pun anak omak didapati bekerjasama dengan pembangkang, Nik Nazmi dan Tony Pua jadi pengarah bersama!

CEO Tune Talk adalah Jason Lo, kawan baik anak omak! Anak Omak ini terlalu kebal adanya, sampaikan YAB Dato Sri Najib pun tak berani usik dia, kiat tunggu dan lihat sahaja UMNO karam disebabkan kehebatan Anak Omak.

Belum lagi kita sebutkan kroni Anak Omak yang masih berkuasa dalam syarikat kerajaan, masih ingatkah anda kepada Zaki Zahid dan Omar Ong?

No comments: