Seorang pembaca Rashid Ismail dari Kajang telah mendedahkan di Forum Utusan Malaysia pada 19 Ogos tentang peranan Malaysian Insider portal berita yang dijalankan oleh orang kepercayaan Mantan Perdana Menteri Abdullah Badawi iaitu bekas Pengerusi NST Kalimullah Hassan dan Brenderan Perera sebagai alat kepada Pakatan Pembangkang. Harus diingatkan sebaik sahaja Anwar Ibrahim di bebaskan dari penjara, Kalimullah telah menulis rencana di NST dan Berita Harian meminta semua pihak membuang yang keroh dan mengambil yang jernih atau dengan kata kata lain melupakan semua dosa Anwar Ibrahim terhadap UMNO. Berikuan dengan itu menantu Abdullah Badawi Khairi Jamaluddin telah membawa pasport antrabangsa kepada Anwar Ibrahim untuk dia berubat keluar negara untuk menunjukan kemanusiaan Abdullah Badawi yang tinggi. Tentunya dengan nasihat tingkat empat yang diketuai oleh Kalimullah untuk meningkatkan pengaruh Abdullah tetapi sebaliknya menimbulkan kemarahan di kalangan ahli UMNO. Kalimullah bersama Khairi dan juga anak Abdullah Badawi sendiri meyakinkan Abdullah bahawa "Pak Lah" boleh lebih hebat dari Mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohammed dengan melancarkan Monsoon Cup di Terengganu untuk menyaingi FI dan Koridor Utara,Selatan, Timur dan Barat untuk melindungi Putraya Jaya selain dari pembatalan beberapa projek yang boleh meningkatkan lagi imej Mahathir. Apa yang didedahkan oleh Rashid Ismail dalam Forum Utusan Malaysia adalah merupakan penerusan stratiji untuk menghakiskan imej Utusan Malaysia sebagai suara berani orang Melayu dan sebagai penyokong berkesan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyuddin. Ia juga merupakan stratiji jangka panjang untuk mengembalikan Abdullah Badawi kepada kuasa menerusi konspirasi bersama Anwar Ibrahim. Kalimullah menyimpan dendam yang mendalam terhadap Datuk Seri Najib kerana tidak menyimpannya di NST. Menurut Rashid Malaysian Insider menyiarkan rencana rencana yang di petik daripada pelbagai akhbar arus perdana dan yang di sering dipetik dari Utusan Malaysia. Kemudian disiarkan komen dari pengunjung pengunjung yang berupa penyokong penyokong pembangkang berasaskan 100% komen yang dipakai berbentuk hentanam,kritikan,kutukan dan sebagainya lagi. Tujuannya adalah untuk memprojekan Utusan Malaysia sebagai rasis. Komen komen yang senada itu mungking dari dalam sendiri bukan dari luar. Rashid cuba menghantar komen berbentuk terbuka dan adil berkali kali bersama sama kawan kawannya tetapi tidak disiarkan atau diketepikan yang membuktikan dengan jelas Malaysian Insider beroperasi untuk membantu pembangkang atau Anwar Ibrahim yang merupakan kawan rapat Kalimullah. Sehingga pada saat terakhir Abdullah Badawi hendak meninggalkan jawatan, masih di atur pertemuan yang tidak disenghajakan antaranya dengan Anwar Ibrahim dibawah anjuran seorang pendakwah sesat. Bolehkah orang yang cerdik percaya bahawa sebagai Perdana Menteri dia tidak tahu Anwar Ibrahim berada disitu dan ini hanya berlaku secara kebetulan? Orang ramai tidak boleh memperkecilkan ada usaha untuk mengembalikan Abdullah kepada kuasa pada pilihanraya akan datang menerusi suatu konspirasi. Maka itu UMNO mesti benar benar hati hati dengan menantunya Khairi Jamaluddin yang menjadi pengantara dalam stratiji ini. Perlu disebutkan Kalimullah adalah orang yang dibuang kerja hanya seminggu selepas berkhidmat sebagai Pegawai Akhbar Timbalan Perdana Ghafar Baba (Allahyarham ) atas nasihat Polis Bahagian Khas kerana disyaki sebagai ejen Singapura. Dia juga ditakuti akan membocorkan rahsia kerana kaki minum pada masa itu (sekarang mungkin sudah bertaubat?). Bekas Ejen Singapura ini kemudiannya diambil berkerja oleh Pak Lah. Banyak rahsia kabinet terbocor ke NST dan juga The Son dan juga ke Singapura . Angkara siapa? Kebebasan yang menimbulkan kacau bilau social dan politik di negara ini sekarang adalah berpunca dari demokrasi ala Abdullah Badawi atas nasihat Kalimullah dan Khairi. Kita mesti angkat topi atas kejayaan Kalimullah menyusup ke dalam kerajaan. Apabila Abdullah membawa kekalahan besar kepada BN dalam pilihanraya 2008, Kalimullah telah menulis rencana pengarang serentak di muka 1 Berita Harian dan NST menyalahkan kekalahan itu disebabkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Hishamuddin Husein On menghunus keris. Hisham merelakan dirinya menjadi kambing hitam dan membisu sahaja kerana takut dibuang dari kabinet. Orang seperti ini sekarang jadi Menteri Dalam Negeri. Apa akan jadi pada negara? Konspirasi Khairi (sekarang Ketua Pemuda UMNO) dengan Kalimullah dan juga Brendan Perera sukar untuk dibacakan oleh rakyat biasa. Sebenarnya dosa mereka yang tersembunyi kepada Orang Melayu, Agama Islam dan Negara adalah teralu besar untuk dimaafkan. Malaysian Insider sekarang di jalankan oleh Kalimullah dengan bantuan sahabat karibnya Brendran Perera dan Wong Sulong ( dari Star). Semuanya dengan rastu Khairi dan anak Abdullah Badawi sendiri. Apa yang dilakukan oleh Malaysian Insider secara explicit atau implicit adalah beramskud untuk menghakiskan imej Najib dan Muhyuddin, untuk menggambarkan mereka sebagai pro Melayu. Abdullah Badawi sebenarnya masih bercita cita untuk kembali dalam kerajaan selepas pilihanraya ke 13 menerusi imej Bapa Demokrasi Malaysia. Khairi mesti memberhentikan usaha jahat Kalimullah dan Brenderan Perera terhadap Islam dan Melayu sekiranya beliau mahu selamat dunia dan akhirat. Tetapi ini tidak bererti UMNO harus memberikan tempat kepadanya lagi kerana dia dan kalimullah adalah bertanggungjawab menghancurkan tunggak social, politik dan keselamatan negara yang didirikan oleh Tun Razak dan juga maruah bangsa, agama dan negara yang dibina oleh Mahathir. | |||
posted by Maharaja @ 8:54 PM | |||
|
Friday, September 4, 2009
HANYA KHAIRI BOLEH HENTIKAN KERJA JAHAT TUHAN HINDU KALIMULLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Orang-orang di atas kita nak kategorikan apa wahai Datuk Maharaja? Dulu pun orang dah agak tapi siapa nak berani cakap sebab ada link dengan PM masa itu.