Tuesday, September 15, 2009

Bukit Gantang: Omak! Kenapo orang tak mahu jumpo Keri.


Ahad lopeh, anak Omak pooi ke Sabah. Lamo tak ke sanun. Cadang nak adokan buko puaso nak jumpo Pemuda-Pemuda UMNO Sabah.

Tahun-tahun sebelum pemilihan dan semasa kempen untuk Ketua Pemuda UMNO, Khairy memang selalu ke Sabah. Dah jadi macam negeri kedua, selain negeri angkatnya Negeri Sembilan. Negeri sebenar Khairy adalah England.

Sabah adalah negeri yang paling banyak perwakilan Pemuda. Perlu nak dijaga dan disemai.

Khairy ini memang jauh pandangan ke hadapan dalam politik dan permainan kuasa. Bab kojo buat setakat nam bulan ini ha, cakap tak serupo bikin. Cuma hebat berceramah dan berdebat. Semua cakap saja.

Pada pemilihan akan datang, game dah berubah. Nak main jaga orang bukan sikit lagi tapi pulohan dan mungkin ratusan ribu. Taktiknya adalah untuk menawan hati besar-besaran. Kepala dijaga juga tapi lebih penting, perlu mendapat keyakinan dan kepercayaan ramai.

Anak Omak cadang nak lawati Kota Belud dan adakan buko puasa. Dia jumpa dulu kepala-kepala Pemuda Bahagian Kota Belud. Budak-budak ini bertanya tujuan Khairy nak adakan Majlis Berbuka Puasa di Kota Belud.

Khairy beritahulah nak bertemu mesra dengan Pemuda-Pemuda sana dan mendengar masaalah mereka. Sebenarnya dia cadangkan nak menghitamkan kembali Kota Belud. Kena faham bila istilah menghitamkan adalah khusus untuk Khairy yang bermaksud ditukar jadi base yang menyokongannya.

Selama ini Khairy ingat Kota Belud adalah kubu kuatnya. Rupa-rupanya dia tidak dapat pencalunan masa pemilihan. Kota Belud dijaga oleh ajennya di Sabah, Abdul Rahman Dahalan. Rahman adalah wakil rakyat situ, dan semasa itu Setiausaha Agong dan Ketua Pemuda Sabah. Baru Khairy sedar, orang tak suka Rahman. Dia sendiri kecundang dalam pemilihan peringkat Bahagian. Nyawa Rahman sebagai ahli Parlimen kini sudah di hujung tanduk.

Budak-budak Kota Belud menjawab dengan baik, masaalah Kota Belud biar kami selesaikan sendiri. Dalam ertikata lain, Khairy akan merosakkan lagi keadaan dengan cuba nak masuk campur. Juga boleh dimaksudkan kami tak mahu kamu datang jumpa ahli-ahli Pemuda.

Mereka cadangkan lebih baik Khairy melawat pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah. Diberi contact mereka di situ dan Khairy hubungi VC Univerisiti.

Ahad itu diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar-pelajar situ. Trick nak kumpul student senang saja. Adakan jamuan makan, penuhlah. Makanan yang dihidangkan untuk pelajar pun lazat-lazat. Maklumlah pengangur terkaya di Malaysia.

Sodihnyo Mak Ai. Dalam satu kampus yang penduduk pelajarnya berjumlah 5,000 orang. Yang datang hanya 30 orang. Tiga puloh ... three ... zero ... saja yang datang. Kalau tak suka pun Majlis, selalunya student datang makan dan belah. Jolokkan makanan percuma dari Ketua Pemuda tidak dapat menjadi tarikan. Tidak mahu langsung budak-budak. Apo yang tak borsih sampai tak mau dek eh.

Peristiwa ini hanya satu dari banyak lagi peristiwa yang menunjukkan kebencian orang muda kepada Khairy. Pergi kedai kopi dan cuba-cuba tanya persepsi orang-orang muda sekarang mengenai Pemuda UMNO. Tanya apa sebab mereka tak minat dengan UMNO. Jawapan yang paling kerap didengar adalah Khairy dan disebut sekali Khairy rasuah.

Bagaimana Khairy hendak merealisasikan saranan Perdana Menteri agar tidak hanya popular kepada ahli tetapi kepada semua rakyat? Khairy hanya popular kepada 304 orang perwakilan saja. Ahli-ahli Pemuda UMNO pun dia tidak dapat diyakini. Inikan pula orang ramai.

Imej kamu tidak akan pulih dengan sekejap masa. Pencetus yang menjadi impetus yang meruntuhkan UMNO tidak boleh diharap untuk memulihkan kembali. Undur dan hilangkan diri Khairy. Kamu liabiliti buat UMNO. Selagi kamu ada UMNO akan terus dibenci orang ramai.

6 comments:

Kenn said...

Sdr,

Persoalannya, apa pemimpin UMNO telah buat untuk mengatasi masalah ini? ataupun biarkan saja UMNO semakin "busuk"?

Anonymous said...

hairanlah kes rasuah dlm umno ni. ada yg dilarang bertanding, ada yg kna buang dan yg si khairi ni plak boleh lak bertanding. memang muka tak malu sama cam anwar ibrahim

Anonymous said...

ko jangan dok tipu la di sini. mana faktanya bro ???

gambar ??


aku pun nak tengok juga..setakat dok cerita ,sapa pun boleh ..nenek aku pun boleh cerita.haha

Anonymous said...

ZAMAN PAK MERTUA BERKUASO LEH DIO BUAT APO2.. TABYA ISA SAMAD.. SIAPA YG JATUHKAN DIO, PAK MERTUA KATO RASUH WAJIB DI HAPUSKAN TP BILO KONO KET MENANTU N THE GENG LAIN CORNERNYA... ZZZZZZZZZZZZZZZZZZTANAM BUNGA DAPAT DOKTOR KEHORMAT DR ZZZZZZZZZZZZZZZ

Media Cyber Haprak said...

kesian korang orang UMNO..sesama korang pon korang nak bergaduh..aDoi...aPo laa korang nih..kalau nak gaduh samo korang pon..gaduh ler lam jamban..jgn gaduh kat pablik..hahaha...BODOH ya amat ler korang

mantra-indeeptots said...

Siapa kata KJ tidak disukai ramai?
FB frens dah mencapai 5,000. KJFC dah melangkau 1,000 TETAPI Hate KJ dah hampir 10,000... FAMOUS SUNGGUH KJ NI!!

Lebih famous lagi, di kalangan 1Estest... T Mohan boleh beri statistik... Mohan sanggup usahakan majlis berbuka puasa untuk KJ, that is so rare!