Kemenangan Khairy Anak Omak dalam pertandingan untuk Ketua Pemuda tidak menguatkan UMNO. Dia tidak ada langsung berusaha untuk menyatupadukan Pergerakan Pemuda UMNO, seperti yang dijanjikan. Anak Omak hanya menguatkan dirinya untuk menjadi kuasa mutlak dalam Pemuda.
Cara Khairy mengkonsolidasi kuasa sedemikian rupa menimbulkan persoalan kepada ramai. Apa sebenarnya motifnya untuk menguatkan diri tatakala Pemuda UMNO perlu disatupadukan kembali melalui cara kerjasama?
Jawapan ini boleh diperolehi dari pandangan ramai yang rata-rata yakin Khairy mempunyai sebelah kaki dalam PKR dan sebelah kaki dalam UMNO. Peranan Khairy dalam UMNO dipercayai hanya untuk merosakkan dari dalam. Ini tidak langsung menghairankan kerana Khairy ramai rakan-rakan sebaya dalam PKR. Dia juga yang menghantar paspot Anwar Ibrahim untuk dia menjalani pembedahan di Munich.
Sebahagian besar peranan Khairy merosakkan UMNO telah dimainkan semasa pentadbniran Abdullah Badawi. Anak Omak berleluasa melakukan kucar kacir dalam pentadbiran kerajaan dan parti. Dia berjaya sekali membangkitkan kebencian orang ramai terhadap kepimpinan UMNO. Tanpa Bapa Mertua sebagai Perdana Menteri, misi Khairy telah berubah tetapi apa pula modus operandi kini?
Satu peristiwa pada hujung minggu baru-baru ini semasa kegiatan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang Johor memberi sedikit bayangan kepada persoalan ini.
Ketua Pemuda UMNO Sekijang bernama Annuar Abdul Manaf dan diketahui ramai sebagai budak KJ. Malah semua orang UMNO Sekijang tahu Annuar adalah sebahagian dari kumpulan 304 ia-itu mereka-mereka yang telah memberi undi kepada Khairy di Perhimpunan Agung baru-baru ini.
Pada hujung minggu baru-baru ini, Pemuda UMNO Sekijang telah mengadakan program berbuka puasa dan penyerahan wang zakat di Masjid Jamek Kampung Jawa. Macam disusun, PKR pun sedang mengadakan program perasmian cabang PKR Sekijang yang dihadiri Anwar Ibrahim di sebuah dewan berhampiran.
Habis saja program PKR, Anwar datang untuk sembahyang Terawih di Masjid. Selepas saja sembahyang, budak-budak pemuda UMNO kelihatan berpusu-pusu seronok untuk bersalaman dengan Anwar. Beberapa pemimpin sayap Pemuda UMNO Sekijang turut dilihat bersalaman dengan Anwar.
Gelagat mereka ini tidak disedari akan memalukan UMNO Sekijang. Anwar segera menggunakan peluang ini. Dia memberi kata manis, “Ingat lagi orang UMNO kepada saya."
Peristiwa ini sungguh memeranjatkan dan menimbulkan syak di kalangan orang-orang lama UMNO di Sekijang. Ianya seolah-olah Pemuda UMNO Sekijang mengatur Majlis serentak dengan PKR untuk memberi peluang anggota Pemuda UMNO bertemu mesra dengan Anwar.
Selalunya UMNO tidak akan mengadakan Majlis berdekatan dengan acara parti pembangkang untuk mengelakkan pertembungan. Majlis itu tidak sepatutnya diadakan disitu, terutama sekali apabila mereka mengetahui kehadiran Anwar ke situ. Perkara ini bukan tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin UMNO Sekijang tetap Annuar si Budak KJ tetap berdegil untuk meneruskan juga. Nampak sangat Pemuda UMNO Sekijang yang diterajui budak Khairy sengaja nak membuat majlis itu. Ianya bukan kebetulan.
Bila ditanya, Annuar si Budak KJ memberi alasan rancangan ini telah lama dirancang. Annuar si Budak KJ cuba untuk memberi alasan bahawa Anwar datang hanya untuk sembahyang tarawih dan duduk di saf belakang manakala pemuda Umno kebanyakannya berada di saf depan. Annuar cuba mengatakan dia tidak nampak tetapi anggota Pemuda Umno begitu mesra dengan Anwar dan jelas dilihat orang ramai
Kejadian ini mungkin permulaan satu rancangan senyap-senyap Khairy Anak Omak untuk mem-PKR-kan Pergerakan Pemuda UMNO diperingkat akar umbi.
Khairy pun kelihatan tidak mempunyai sebarang program berkesan untuk UMNO sepanjang hampir enam bulan beliau menerajui Pemuda UMNO. Pergerakan Pemuda kelihatan tidak bertenaga dan begitu lembab dan malap dalam menghadapi asakan tidak henti-henti dari pelbagai sudut dari Pakatan Rakyat.
Besar sekali kemungkinan peristiwa ini adalah usaha secara senyap Khairy untuk majukan setapak lagi rancangan melemahkan UMNO dengan membiarkan jentera sayap Pemuda UMNO menjadi lembab, takut dan lemah terus. “Anak Omak Dalam Belukar” mungkin bertujuan untuk membiasakan Pemuda UMNO dengan PKR bagi memudahkan pengikut-pengikut masuh PKR kelak.
Jika kepimpinan masih tidak mencelekkan mata dan terus bersikap apologetik terhadap Khairy, hala tuju UMNO pasti menuju kehancuran.
8 comments:
ni NAMANYA ANOK GAMPANG
KJ SIAL
KJ PENGKHIANAT UMNO.HARUS DISINGKIRKAN SEGERA
KJ PENGKHIANAT UMNO.HARUS DISINGKIRKAN SEGERA
Kenapa la korang benci sangat kat KJ ni.. kalau benci nasihat la dia face to face... daripada hang buat dosa.. baik gi ngaji Quran..
Dosa mengumpat tu kalau kat akhirat nanti makan daging sedara sendiri..
kalau fitnah..dosa lebih teruk dari membunuh... mana yang korang pilih?
Kalau Ketua Pemuda UMNO Sekijang tu aku percaya klu kau ckp ada hidden agenda dlm UMNO. Bukanlah rahsia yang KP UMNO Sekijang tu seorang pengkagum Anwar ! Dari zaman sekolah lagi dia tu memang "hendak jadi seperti Anwar" ! Tentang dia jadi balaci KJ ! Semua orang tahu dialah yang aturkan gerak kerja KJ di Johor masa pemilihan yang lalu !
Salam bro,
Kuda Jew tu memang 99% PKR parti si sifunya CIFUT BABI dan cuma 1% UMNO bukan separuh-separuh.
makilah sikitol semahu anda klik sini
Post a Comment