"Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan.
"Saya sedar bahawa memorandum membantah cadangan tersebut yang dihantar oleh Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 kepada ADUN Batu Tiga barangkali tidak mengubah keputusan kerajaan Selangor untuk meneruskan rancangannya membina kuil tersebut, berdasarkan kenyataan menteri besar.
"Namun, ini bukan satu alasan untuk wakil-wakil penduduk berdemonstrasi dengan cara menghina seolah-olah negara kita tidak bertamadun. Kalaupun kemahuan mereka tidak tercapai, sensitiviti terhadap agama dan kaum lain tidak boleh sekali-kali diketepikan," tegasnya.
Diharapkan kenyataan ini adalah dari hati yang tulus ikhlas KJ, bukannya sekadar retorik semata-mata. Dan yang paling penting jangan ada udang di 'sebalik batu sudah' lah. Kenyataan dari UMNO ni kena teliti dan selidik betul - betul kerana mereka ini selalunya 'gunting dalam lipatan', bukannya prejudis tapi sekadar berhati-hati je..
6 comments:
Sallehuddin Gemuk dan Minaq Jinggo dibelakng blog ni kan? Dua dua ni askar upahan Khir Toyo....
Belum apa apa pun,KJ yang hentam dulu pendemo tu dan telah menghadiahkan bola tanggung kpd PR pula pasal isu kuil ni.
Sudah lar, kj..kita bukan tak kenai hang tu sapa.
Salam,
Saya punya artikel ada kat sini, tapi tak pe demi kebenaran punya pasal.
Patutnya hadiahkan kepala lembu tu kat pak lah dulu sebab yang cucuk hidung Dollah ialah si menantu.
Wassalam.
KJ yang bertamaddun, silalah dengar rintihan ahli-ahli UMNO yang lain... ketua yang bertamaddun akan meletakkan jawatannya sekiranya ia didapti bersalah disabit dengan rasuah...
Kenyataan kamu ni, membuatkan rakyat tergelak dan seterusnya akan menolak UMNO terus2an...
Janganlah tambahkan minyak ke dalam api dan nak tunjuk hero pula... Kaji isu sebenar wahai KJ yang bertamaddun..
Ketika Islam dihina, KJ yang bertamaddun tidak pula berani pertahankan hak Islam... Jelas dan nyata, KJ bukanlah pemimpin pilihan UMNO yang mampu pertahankan kedaulatan Islam dan hak orang2 melayu
bahalol mana tulis sebagai anon tu.
depa dua tu askar upahan khir toyo?
ni mesti hard-t wartawan berita harian bodoh yang dibayar kj.
Depa tu penyokong mukhriz. Tapi oklah dgn khir toyo.
Post a Comment