Monday, August 31, 2009

Menangguk Lah Lagi Si Anak Omak Khairy


Berpandukan gambar ni, si pencacai KJ cuba nak curi publisiti untuk melonjakkan nama Khairy. Tok Pa dan Tuan Aziz punya hard work langsung tak dipeduli.

Seperti yang berlaku sebelumnya di Manek Urai, setiba sahaja Khairy di MU maka dibuat sidang akhbar bahawa undi anak muda akan beralih arah kepada BN. Maya rasa memang KJ kini berada pada tahap kesempitan maksima. Apa sahaja peluang yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk tumpang beraksi tapi tak sedar diri tu sebenarnya liabiliti. Bak kata pepatah Melayu menangguk di air keruh la tu.

Akan kejadian yang berlaku di MU, punyalah tak malu KJ si anak menantu, Tuan Aziz dan Tok Pa berserta jentera UMNO lainnya bertungkus lumus berkempen sebelum penamaan calon lagi. Datang sahaja si menantu tak sampaipun empat hari, dah mula buat pernyataan yang bersifat mementingkan diri sendiri.

Khairy telah melakukan hal yang sama di Permatang Pasir. Si anak omak mendakwa dengan megah bahawa Pemuda PR akan berpaling tadah. Harapan Khairy ialah jumlah pengundi BN saluran anak muda akan ada peningkatan kalaupun tak menang. Jika itu berlaku seperti biasa segala blogger pencacai KJ akan pukul canang bahawa ini adalah kesan si Khairy punya pukulan.

Lakonan mesti diteruskan walaupun pengaruh makin hilang

Nasihat Maya kepada si menantu, sedarlah sikit diri tu. Atas modal apa sebenarnya Khairy nak berkempen di Permatang Pasir. Jika dituduh bahawa PAKATAN kini dibendung rasuah, harus diingat bahawa itulah juga laungan Pemuda Berani terhadap si Khairy.

Jika Khairy sekali lagi mengaitkan Anwar dengan agenda Yahudi, itupun telah Maya fahami bahawa sengketa antara mereka hanyalah lakonan semata-mata. Cerita saman-menyaman kini langsung tidak kedengaran.


Bila Maya berhubung dengan akak senior yang masih berada di sana bersama Puteri UMNO, apa yang jelas ialah peranan Khairy di Permatang Pasir hanyalah sebagai formality, perlu tunjukkan diri. Namun tiada peranan besar yang sedang dimainkan Khairy.

Itulah dia seperti apa yang Maya rasa, si pencacai KJ ni anggap UMNO tu Khairy yang punya. Bila ada sahaja event, nama Khairy dijulang melebihi PM atau TPM. Jika diamati dengan teliti pembesar UMNO lain tak pula buat macam ni, pasang ramai blogger pencacai untuk naikkan nama KJ seorang sahaja.

Kalau masih tak mengaku dibayar, Maya rasa depa ni memang penipu pada tahap dewata. Jom tanya sama Bro Jinggo kita?

No comments: