Friday, August 14, 2009

KJ - Menggerunkan Atau Memalukan?


Ada la den baca satu blog baru yang dok kata tujuan pelancaran sambutan merdeka diadakan di Rembau adalah disebabkan PAKATAN gerun ngan si Khairy Jamaluddin. Tergelak sakan bila den dengar PAKATAN HARAMI takut dengan si anak omak Khairy.

Setakat yang den paham PAKATAN teramatlah berterima kasih dengan Khairy atas usaha murni memusnahkan kredibiliti BN selama 4 tahun dibawah naungan Pak Dol dan si kitol. Maka den boleh buat kesimpulan dengan senang, selagi KJ berada dalam BN, selagi tu lah PAKATAN akan senyum memanjang.

Tapi atas dasar apa pula si anak omak ni boleh menggerunkan PAKATAN? Den pun naik heran. Ada la den dengar cerita PAKATAN takut kat KJ sebab dia Oxford punya graduan. Den lagi tergelak sakan. Kalau betul Oxford sebagai faktor yang menggerunkan PAKATAN, kenapa sokongan BN merosot pada PRU 2008. Ini orang cakap main hentam.

Ada pihak berpendapat bahawa perlancaran sambutan merdeka di Rembau adalah satu isyarat jodoh Khairy dengan UMNO akan tamat bila-bila masa. Den mendapat info dari mereka yang menghadiri majlis rapat umum tersebut, bahawa Mat Sabu ada kasi tahu Tun Lelah juga akan join PAKATAN dalam masa terdekat. Sememangnya pengumuman Mat Sabu disambut dengan siulan dan gelak ketawa, kah kah kah!

Bayangkan nasib Khairy nanti bila Tun Dol berkempen untuk PAKATAN HARAMI. Mana Khairy nak letak dia punya muka, tak kan la nak kambus dalam pasir pula. Masa tu nanti kalau KJ belum lagi merasakan kehangatannya, memang sah si anak omak ni muka tebal.

Posted by Shah Jiwang

10 comments:

Anonymous said...

Worih,

Den belaja kat dalam nogori yo, tapi raso ee boleh menggunokan otak yang dibori Tuhan nih. Yang borok seko tu kalu belaja yo kat Oxford tapi bangang ee sampai Rombau, susah laa, tapi tak po dio dongan pak mentuo ee kan dah nak bekawan dongan nuar, elok sesangat la tu, biar pemudo-pemodo UMNO yang bangang dulu tu sodar sapo yang dio pilih, nak muntah den raso ee, UMNO kono lah cuci-cuci sikit jamban dio orang, bayak sangat dah diberakkan dek son 'no" law tu.

CDR

mantra-indeeptots said...

Alaaahai... Tun Dolah masuk PKR, apo ko jadah eh? Itulah suara2 sumbang hadirin bila Mat Sabu kato Tun Dol nak masuk PKR...

Kok ado yang ngigil bilo Tun Dol acah nak masuk PKR... seh dongar lamo dah tapi Tun Dol songap sobab menantu dah dapek Ketuo Pemudo...

Anonymous said...

Woi,

Ni boto2 ghugi bosa kek ameno ni kalo sisamdol duo eko tu berambuih..Untung bosa lar pakatan dapek bongap duo eko ni. Makin dogheh lar mampuih eh pakatan ni.

Anonymous said...

hahaa Dolah nak join pakatan ,

baguslah dia dah kaut hasil2 malaysia , terus nak join pakatan

baik si dolah petaka ni pi hafal lagu rabbani ...PERGI TAK KEMBALI

CHAIRMAN KAGA said...

HE HE HE HE

Maya Khairy said...

Betul ke ni worih, Pak Lah nak join PKR?

Anonymous said...

hari tu, 8,000 orang dtg di ceramah pakatan rakyat rembau. Dia orang dah menyampah dgn kj.

Kalau kj terus jadi MP Rembau, habih rembau jatuh kat PKR.

KJ kalah.

Hari tu, Kj menang pasal dua sebab. 1. Dia bayar cikgu bard pkr untuk tanding dan dikalahkan. 2. itu pun tak kalah, jadi kj dapek dapat undi pos.

Bagi KJ, dia perlu lompat ke PKR untuk kekal sebagai MP Rembau.

Wong Pencen said...

"KJ - Menggerunkan Atau Memalukan?"

Memalukan.

Kenchana said...

Aku memang berharap Tun Dol dan Menantu masuk PKR, angkut sekali lah si tembam Nori dan Kamaludin

kelambuharimau said...

signal bahawa KJ tak dilantik menandakan najib pun tak berapa suka kj...so rasenye tak lama dah tu..kj akan lenyapla..dari umno