Sunday, August 30, 2009

Si Chua Dah Pi, Khairy Bila Lagi?


Maya melihat pemecatan Chua sebagai satu signal bahawa penjawatan jawatan tertinggi parti mestilah bersih dari sebarang liabiliti. Mungkin pemecatan itu ada muslihat politik, tetapi Maya tidak berupaya untuk mengulas selebihnya kerana Maya bukanlah arif sangat tentang politik mereka.

Akan apa yang berlaku pada MCA, Maya harap ianya akan juga berlaku pada UMNO. Rata-rata ramai yang terlibat dalam kedua-dua PRK lepas iaitu di PP dan MU bersetuju bahawa si anak omak tidak membawa sebarang faktor positif untuk menarik pengundi.


Hanya blogger penjilat Khairy sahaja membuat riuh sekampung mengalahkan pengumuman kematian Michael Jackson bahawa Khairy si anak omak masih lagi relevan. Berbagai aktiviti dilaporkan mengenai kegiatan Khairy untuk menarik pengundi muda, tetapi hakikatnya hanya indah khabar dari rupa.

Semasa di Khairy di MU, Maya mendapat cerita bahawa si anak omak hanyalah menumpang glamour. Di Permatang Pasir pula ceramah Khairy hanyalah menghabiskan elektrik untuk pembesar suara tetapi isinya tiada.


Si anak omak masih dipandang sebagai simbol kerosakan UMNO. Maka wahai si anak omak Khairy tak perlulah keputusan pihak tertinggi untuk mempelawa saudara supaya pergi. Kalau betul sayangkan parti, dengan segala hurmatnya diminta menghilangkan diri, dan bawak sekali anak-pinak dan bini si Nori.

Janganlah pula salah anggap, Maya tidak sedikitpun iri hati. Maya cuma sayangkan parti.

ps:
Bila Khairy dipecat nanti berani ke Bro Jinggo, Senapang Patah, Parang Sasau dan Cik Edryna berprotes tanda tidak puas hati? Ingat semua saudara-saudari, yang penting ialah parti!

3 comments:

Anonymous said...

Sampai bila lah kj ni nak disimpan agaknya.Tak membantu umno langsung.

mantra-indeeptots said...

KJ - Anak Omak sayang, tau tak diri tu adalah beban kepada UMNO? Sanggup kamu biarkan UMNO dihina atas perbuatan kamu...

Ahli-ahli UMNO sekelian, MCA dengan tegas telah menunjukkan integritinya.

Semua ahli Pemuda UMNO mesti bertanggungjawab kerana memilih seorang yang bersalah terlibat dengan rasuah seandainya UMNO terus2an ditolak rakyat...

mpstream said...

maya ni dk kutuk KJ bria benor..bnci sgt nmpk...hehe cinta xberblas ke?..huhu ap2hal pn ak pn xske KJ gk..