Dalam menyelak seluruh blog kawan kawan, makanya aku terjumpa artikel ini yang sewajarnya diulang semula untuk memberikan kesedaran pada semua- Kajian pemerhatian yang telah dibuat oleh kawan kawan blogger telah merumuskan rangkaian rangkain yang sekian lama menjadi duri dalam daging UMNO.
Maklumat terbaru dari blog Gerakan Anti PKR dan anak omak mendedahkan suatu dokumen yang menunjukkan Kalimullah memberi ‘suaka politik’ untuk penjenayah pelarian Raja Petra di sebuah Apartment kepunyaan isterinya Hellinna Danum Dadameah di Trinity Court, Bayswater London.
Pendedahan ini penting kerana ia menghubungkaitkan penulis fitnah Anwar Ibrahim dengan penulis fitnah Abdullah Ahmad Badawi-Khairy Jamaluddin, Kalimullah ‘Masya Allah’.
Dari tulisan beberapa blog, mereka kelihatan bekerjasama untuk menjatuhkan Dato Seri Najib.
Bukan setakat itu, mereka bekerjasama untuk membawa huru hara dalam negara dengan menghancurkan segala asas perlembagaan – ugama Islam, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu dan Bumiputera, dan raja-raja Melayu.
Propaganda yang mereka berdua lakukan juga adalah untuk menghancurkan sistem dan instrumen kerajaan dari institusi polis, askar, kehakiman, agama, dan lain-lain. Mereka menyokong Chin Peng untuk dibenarkan pulang.
Kemelut mengenai kalimah Allah pun ada tangan-tangan Anwar.
Pendirian Raja Petra berkenaan ini sudah lama diketahui dari tulisan-tulisan dia mengenai Islam yang begitu radial sekali. Dia pernah menulis mengenai Allah itu nama Moon God beberapa tahun dahulu. Kalimullah pula sama liberal dalam hal sedemikian.
Kemelut ini bermula pada zaman pentadbiran Abdullah Badawi yang semasa itu telah menahan penyebaran Injil dalam Bahasa Iban tetapi memberi KDN untuk The Herald – Catholic Weekly untuk mengeluarkan penerbitan bahasa Melayu tanpa usul periksa.
Semasa Syed Hamid memegang jawatan menteri KDN, dia yang mula menarik balik permit penerbitan The Herald. Kemudian Abdullah masuk campur seperti mana dia masuk campur melepaskan tahanan ISA terhadap Theresa Kok, Raja Petra, dan wartawan Sin Chew jit Poh. Dia arah Syed Hamid beri balik permit penerbitan Herald.
Apabila bising orang ramai, baru dapat Syed Hamid tarik balik permit tersebut. Ini menimbulkan kemarahan gereja Katolik.
Anwar pun masuk jarum dengan menyokong penggunaan kalimah Allah. Peguam geraja Katolik pun adalah ahli PKR, Derek Fernandez. Bersama dalam pasukan guaman gereja Katolik adalah Benjamin Dawson yang merupakan peguam untuk Azlina Jailani yang disokong oleh dana CIA, Beckett Fund.
Apa pendirian Khairy dalam kes Kalimah Allah? Lebih kurang macam Anwar tapi dia sembunyikan.
Anwar dan Khairy banyak bermain sandiwara. Kononnya anwar pernah mahu saman Khairy RM100 tapi sampai sekarang taida pun prosiding dilaporkan akhbar.
Baru-baru ini semasa PRK Bagan Pinang, Anwar ada ugut akan saman Khairy di atas kenyataannya dalam Forum yang dianjurkan di sana. Sampai sekarang masih tidak di saman si budak Khairy ini.
Dengan terdedah pertalian Kalimullah dengan RPK, ia menunjukkan ada pertalian Anwar dan Abdullah Badawi. Kalimullah memang diketahui ramai adalah spy Singapore dan Khairy memang adalah anak didik Singapore.
Pihak-pihak tertentu tahu bahawa Kalimullah dan Khairy yang membekalkan maklumat dan dokumen untuk membolehkan Raja Petra membuat fitnah terhadap Rosmah dalam kes pembunuhan Altantunya.
Orang yang menyokong Khairy menjadi Menteri adalah Zahid Hamidi, seorang Menteri yang dahulunya adalah kroni Anwar Ibrahim.
Dipercayai pertaliannya dengan Anwar masih rapat melalui hubungan Saifuddin Nasution dan Johari Abdul yang pernah bekerjasama dengannya. Malah sesiapa dari orang PKR yang menghadapi masaalah kewangan, Anwar dikatakan berkata pergi minta pada Zahid.
Zahid juga membantu memberi peluru kepada pembangkang dalam isu kehilangan jet. Kebodohan Zahid melaporkan enjin RM300 sebagai RM50 juta menjadikan bocor rancangan memburukkan Najib yang dikorek dari masa sebentar Abdullah memegang Menteri Pertahanan sebelum bersara.
Rangkaian hubungan ini semua kini jelas seperti berikut:
Abdullah Badawi – Khairy – Kalimullah -
Raja Petra – Anwar IbrahimAbdullah Badawi & Khairy -
Zahid Hamidi – Saifuddin Nasution &
Johari Abdul -Anwar Ibrahim
Ada satu lagi hubungan Khairy dengan Anwar yang terlepas pandang ramai iaitu yang melibatkan Zaid Ibrahim. Zaid menjadi Menteri JPM dalam hal ehwal undang-undang semasa zaman Abdullah atas desakan Khairy. Berikut carta hubungankait Zaid Ibrahim:
Khairy – Abdullah Badawi -
Zahid Ibrahim -Anwar Ibrahim
3 comments:
ok , melihat 'pasangan-pasangan' itu , adakah tidak terlintas secalitpun bahawa menteri KDN kini juga telah terperangkap , 'diperngkap' sehingga tak berani / tak mampu bersuara dan bertindak apapun ?
satu kajian yang bagus ! sangat menarik dan perlu difikirkan secara serius !
Khairy is a shrewd schemer... only now hands are not very free..
I am a malaysian malay living overseas (leicester UK). What is going on with Raja Petra? Back in Malaysia he is a public enemy (in the eyes of umno) but in London i can see him at the high commission during hari raya and he is always in Malaysia hall down in Queensway. Sometime I heard he hangs around ministers drinking tea and with high level government servants living overseas. This is not new and all malaysians living here knows about this. So, why is UMNO blogs bashing Raja Petra when in the eyes of Government servants and ministers, Raja Petra is like a good frend here in London. Doesnt the mass public back home knows about this or is this a ruling elite kind of thing where you tell different things to the mass public but in reality it is not true. The mass public in malaysia should know what is going on outside Malaysia. Bloggers should go to London and see or at least research on what is happening behind the scene. Do not just stay in the office somewhere in Malaysia and write what is fed to you. What is reported in the blogs is not what is really happening. I should know, I live here and know the going ons of Malaysians in London. Its really a small community. We here laugh at blogs..........everything seems to be writen by someone who is fed with info by someone else.
Post a Comment