Monday, January 11, 2010

TERDEDAH!!! Hubungan Khairy dan Anwar sudah terbongkar!!!


Maklumat terbaru dari blog Gerakan Anti PKR mendedahkan suatu dokumen yang menunjukkan Kalimullah memberi 'suaka politik' untuk penjenayah pelarian Raja Petra di sebuah Apartment kepunyaan isterinya Hellinna Danum Dadameah di Trinity Court, Bayswater London.

Pendedahan ini penting kerana ia menghubungkaitkan penulis fitnah Anwar Ibrahim dengan penulis fitnah Abdullah Ahmad Badawi-Khairy Jamaluddin, Kalimullah 'Masya Allah'.

Dari tulisan beberapa blog, mereka kelihatan bekerjasama untuk menjatuhkan Dato Seri Najib.

Bukan setakat itu, mereka bekerjasama untuk membawa huru hara dalam negara dengan menghancurkan segala asas perlembagaan - ugama Islam, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu dan Bumiputera, dan raja-raja Melayu.

Propaganda yang mereka berdua lakukan juga adalah untuk menghancurkan sistem dan instrumen kerajaan dari institusi polis, askar, kehakiman, agama, dan lain-lain. Mereka menyokong Chin Peng untuk dibenarkan pulang.

Kemelut mengenai kalimah Allah pun ada tangan-tangan Anwar.

Pendirian Raja Petra berkenaan ini sudah lama diketahui dari tulisan-tulisan dia mengenai Islam yang begitu radial sekali. Dia pernah menulis mengenai Allah itu nama Moon God beberapa tahun dahulu. Kalimullah pula sama liberal dalam hal sedemikian.

Kemelut ini bermula pada zaman pentadbiran Abdullah Badawi yang semasa itu telah menahan penyebaran Injil dalam Bahasa Iban tetapi memberi KDN untuk The Herald - Catholic Weekly untuk mengeluarkan penerbitan bahasa Melayu tanpa usul periksa.

Semasa Syed Hamid memegang jawatan menteri KDN, dia yang mula menarik balik permit penerbitan The Herald. Kemudian Abdullah masuk campur seperti mana dia masuk campur melepaskan tahanan ISA terhadap Theresa Kok, Raja Petra, dan wartawan Sin Chew jit Poh. Dia arah Syed Hamid beri balik permit penerbitan Herald.

Apabila bising orang ramai, baru dapat Syed Hamid tarik balik permit tersebut. Ini menimbulkan kemarahan gereja Katolik.

Anwar pun masuk jarum dengan menyokong penggunaan kalimah Allah. Peguam geraja Katolik pun adalah ahli PKR, Derek Fernandez. Bersaam dalam pasukan guaman gereja Katolik adalah Benjamin Dawson yang merupakan peguam untuk Azlina Jailani yang disokong oleh dana CIA, Beckett Fund.

Apa pendirian Khairy dalam kes Kalimah Allah? Lebih kurang macam Anwar tapi dia sembunyikan.

Anwar dan Khairy banyak bermain sandiwara. Kononnya anwar pernah mahu saman Khairy RM100 tapi sampai sekarang taida pun prosiding dilaporkan akhbar.

Baru-baru ini semasa PRK Bagan Pinang, Anwar ada ugut akan saman Khairy di atas kenyataannya dalam Forum yang dianjurkan di sana. Sampai sekarang masih tidak di saman si budak Khairy ini.

Dengan terdedah pertalian Kalimullah dengan RPK, ia menunjukkan ada pertalian Anwar dan Abdullah Badawi. Kalimullah memang diketahui ramai adalah spy Singapore dan Khairy memang adalah anak didik Singapore.

Pihak-pihak tertentu tahu bahawa Kalimullah dan Khairy yang membekalkan maklumat dan dokumen untuk membolehkan Raja Petra membuat fitnah terhadap Rosmah dalam kes pembunuhan Altantunya.

Orang yang menyokong Khairy menjadi Menteri adalah Zahid Hamidi, seorang Menteri yang dahulunya adalah kroni Anwar Ibrahim.

Dipercayai pertaliannya dengan Anwar masih rapat melalui hubungan Saifuddin Nasution dan Johari Abdul yang pernah bekerjasama dengannya. Malah sesiapa dari orang PKR yang menghadapi masaalah kewangan, Anwar dikatakan berkata pergi minta pada Zahid.

Zahid juga membantu memberi peluru kepada pembangkang dalam isu kehilangan jet. Kebodohan Zahid melaporkan enjin RM300 sebagai RM50 juta menjadikan bocor rancangan memburukkan Najib yang dikorek dari masa sebentar Abdullah memegang Menteri Pertahanan
sebelum bersara.

Rangkaian hubungan ini semua kini jelas seperti berikut:

Abdullah Badawi - Khairy - Kalimullah -
Raja Petra - Anwar Ibrahim

Abdullah Badawi & Khairy -
Zahid Hamidi - Saifuddin Nasution & Johari Abdul -
Anwar Ibrahim

Ada satu lagi hubungan Khairy dengan Anwar yang terlepas pandang ramai iaitu yang melibatkan Zaid Ibrahim. Zaid menjadi Menteri JPM dalam hal ehwal undang-undang semasa zaman Abdullah atas desakan Khairy. Berikut carta hubungankait Zaid Ibrahim:

Khairy - Abdullah Badawi - Zahid Ibrahim -
Anwar Ibrahim

13 comments:

House PK said...

Salam Bro, nak mintak izin nak copy artikel ini ya! TQ

AKu dari dulu lagi dah cakap KJ dan Anwar memang satu team, tapi nak buat apa, kerajaan tak mau dengar!

Terima kasih di atas pendedahan ini!

Sisingamangaraja Gorgor said...

Syabas AO...~

Satu rungkaian konspirasi yang hebat...~

Anonymous said...

cerita bodoh apa ni.....

Singh Is Kinng said...

Salam AO,

It had long been suspected pasal KJ and Nuar punya connection. Aku dah tulis banyak kali, and still I'm digging more ... HI HI HI!

BTW, why don't we wish KJ GET LOST on his birthday.

Birthday Note To A Traitor

Wassalam.

MANTRA said...

Bukan saja Anwar Ibrahim berusaha menjatuhkan Najib, tetapi nampaknya PEMUDA UMNO MALAYSIA juga bersekongkol dengan Anwar dalam usaha ini.... tanya Khairy!!!

Hang horatio said...

bukti tidak cukup kukuh...sebaiknya kumpul bkti lebih kukuh terlebih dulu..tkt timbul fitnah pula..

Detguaq said...

Alahai Anak Omak..hebat gak pendedahan ko ni! RPK, KJ n BABI...dah agak dari dulu...

M.Nasir said...

tak rugi siasat kalau ada asas.kalau tidak takan nuar begitu konfiden nak takluk Putrajaya kalau tak ada org dalam yg power tahap gaban.kalau ada pembelot kita kerat saja sebab ianya lebih busuk dari bangkai dan lebih hina dari mak Kassim Selamat ..celako..celako..celako..
~ Parti Ajaran Syaitan ~

YB Raz said...

sedihnya lah ko ni. xyahlah dok sibuk kutuk2 kj. xde dosanya dia pada kau, pada mak bapak kau.

yang ko dok kutuk dia itulah dosa kau pada dia.

menjawaplah kau depan Allah nanti. kalau kau susah nak mati nanti, jangan menyesal pulak.

Encik Akop Kedud. said...

YB Raz,YB ni baik orgnya,bagus tapi ko harus ingat org tak mungkin sebaik engko,diluar sana ada macam2 org Yb ,
perogol ,perompak,pembunuh,badigol,barua ,pembelot,mereka2 ni
takde tulis kat dahi yg mnyatakan mereka ini binawe YB,jadi siasatan harus dilakukan kalau tak salah apa nak takut..Blog Anak Omak berjuang dgn demi menegagkan keadilan tampa menagih pangkat dan darjat spt sesetengah YB sekarang.
inilah jadinya kalau dalam barisan kabinet yg tinggal hanya kaki hanguk belaka maka jadila kepala hangguk .tolonglah...hina sangat jadi pak hangguk..jadilah wira yg sejati,yg jauh dari daki dunia.

Anak Omak said...

YB Raz

Saya tidak risau pasal nak jawab pada Allah Taala di hari akhirat. Allah Taala akan ambilkira perkara-perkara yang kita dapat lihat dan tidak dapat lihat.

Biasanya orang Melayu lambat dan lembab untuk menyedari perubahan atau maklumat baru. Mereka memberi reaksi hanya apabila sudah tengadah.

Dah begini terang dan jelas kemungkaran dan kedurjanaan Khairy pun masih ada yang tidak boleh terima kenyataan.

Kenayataannya adalah Khairy adalah mewakili kepentingan luar negara seperti UK dan Singapura yang bertujuan untuk membawa kucar kacir pada parti UMNO dari dalam.

Itu yang dia sentiasa melakukan kesalahan demi kesalahan yang disengajakan.

Pada saya Allah Taala tahu apa yang saya lakukan berasas. Susahnya adalah untuk meyakinkan orang-orang yang kurang pandai dan sudah digelapkan mata hati untuk menyedari Khairy adalah penjahanam perjuangan bangsa dari dalam parti.

Sudahlah mereka tidak mahu dengar apa yang diberitahu, mereka menentang hanya berdasarkan kealpaan, kenaifan, dan kekurangan kebolehan diri memahami gerak buruk Khairy.

Bertambah susah adalah untuk meyakinkan orang yang hanya boleh diyakinkan dengan pangkat dan wang saja.

YB Raz, dah buka mata hati?

Anonymous said...

MUHAHAHAH
KAO PULA YANG BAKAL MASUK ISA
TUNGGU JE TIME

rmf said...

Salam . Mohon izin nak copy artikel ini

Terima kasih diatas penyiaran ini-

Dan Mohon izin untuk masukkan Link kedalam Bpog saya..

Terima kasih