Sunday, January 10, 2010

Balik kawasan pun malas, Pemimpin Maggi Mee ada hati nak jadi PM termuda

Maggi Mee cepat dimasak, sedap dimakan. Terus masuk jamban.

Oleh Lebah Kota, Malaysia Instinct

Dalam dunia ini, kalau seseorang itu bermula dari bawah dalam apa jua yang dibuatnya, maka hasil akhirnya jika dia berjaya ialah apa yang dicapainya itu kukuh, kuat dan dihormati.

Umpama seorang peniaga, kalau bermula dari berniaga kecil-kecilan dan memanjat ke atas tangga kejayaan secara perlahan-lahan, maka apabila dia berjaya, dia akan menjadi seorang peniaga yang lebih kental dan tahan lasak dengan cabaran-cabaran dunia perniagaan.

Pengalaman semasa dia meningkat naik akan banyak membantunya untuk berdepan dengan perjalanan pasaran perniagaan yang tidak menentu.

Namun, jika seseorang itu menggunakan laluan ekspress untuk naik ke atas atau dalam erti kata lain, naik lift kejayaan, mungkin dia akan berjaya juga, tetapi kualiti yang ada dalam dirinya tidaklah sehebat atau sekuat mereka yang berusaha sendiri dari bawah.

Begitu juga halnya dengan ahli politik. Jika seseorang ahli politik itu merangkak dari bawah, merasa segala sepak terajang dunia politik, maka apabila sampai di atas, dia akan menjadi ahli politik yang hampir sempurna dari segala segi.

Begitu juga sebaliknya, jika naik guna laluan ekspress, hasilnya seseorang itu akan hanya menjadi ahli politik yang lemah dan segala tembelangnya akan mula pecah sendiri sedikit demi sedikit.

Contoh panjang lebar di atas sebenarnya hendak ditujukan kepada seorang manusia sahaja, iaitu bekas menantu no.1 negara, Khairy Jamaluddin (KJ).

Inilah contoh ahli politik yang terkenal kerana naik menggunakan laluan ekspres di negara ini.

Pasal bapak mertua dia dulu (Pak Lah) Perdana Menteri, maka KJ dengan begitu mudahnya dan secara tiba-tiba dilantik menjadi Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

KJ hampir tidak melalui langsung perit jerih yang dilalui para pemimpin pemuda yang lain yang bertungkus-lumus untuk membentuk kerjaya politik mereka.

Kalau bukan disebabkan pak mertuanya, KJ mungkin paling kuat menjadi ketua pemuda cawangan sahaja.

Selain pengaruh Pak Mertua, pengaruh wang ringgit pun memainkan peranan yang kuat dalam 'kejayaan' KJ dahulu.

Ini dapat dibuktikan apabila dia didapati bersalah mengamalkan politik wang oleh Lembaga Disiplin UMNO sebelum pemilihan UMNO yang lalu.

Dengan sokongan-sokongan seperti ini (pak mertua dan wang), maka lahirlan pemimpin maggie mee (masak segera dalam 2 minit) seorang ini.

Umumnya, masalah dengan pemimpin maggie mee ialah bila 'tangan sakti' yang mendukung mereka hilang, maka segala kelemahan dan kemampuan sebenar mereka akan terserlah.

KJ apabila pak mertuanya pencen, pengaruhnya yang kuat habis dalam sekelip mata. Semua kelemahannya mula muncul.

Antara ciri kepimpinan sebenar yang dapat dilihat dan dinilai kini ialah sikap pemalas KJ untuk turun melawat kawasan Parlimennya di Rembau, Negeri Sembilan.

Dengar cerita, untuk KJ pulang melawat kawasan sebulan sekali pun susah.

Alasan yang diberikan kepada orang-orang tempatnya ialah dia terlalu sibuk di Kuala Lumpur kerana Perdana Menteri/Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan banyak tanggungjawab dan kerja kepada untuk membantu memperkukuhkan UMNO.

Sebesar-besar temberang kat dunia ni. Mungkin dia ingat orang Rembau semua orang kampung yang tidak tahu menilai atau mengetahui perkara sebenar.

Sesibuk Najib pun, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk balik ke Parlimennya di Pekan, Pahang. KJ pula duk menjaja dia sibuk sampai tidak berkesempatan untuk balik. Apakah kedudukan KJ selaku Ketua Pemuda UMNO lebih penting daripada kedudukan Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri?

Hakikatnya, KJ tidak pernah bermula dari bawah. Hidupnya senang sejak kecil. Dia tidak faham kesusahan rakyat di bawah dan dia juga nyata tidak mahu berlajar untuk memahami kesusahan mereka.

Justeru, penduduk Rembau mungkin penting di matanya ketika dia hendak bertanding pilihan raya semata-mata.

Sesudah itu, penduduk dan masalah mereka tidak perlu diberikan perhatian.

Mungkin itulah yang ada dalam benak KJ.

Jika dia merangkak dari bawah, dia akan faham betapa pentingnya untuk menjaga hati pengundi dan penduduk dalam sesuatu kawasan Parlimen.

Dengan sikap seperti ini pun, KJ masih menaruh impian dan cita-cita untuk menjadi Menteri dalam Kabinet Najib.

Lebih kronik, semua tahu impian KJ adalah untuk menjadi PM termuda di negara ini.

Persoalnnya, kalau melawat kawasan pun gagal, adakah orang seperti ini layak diberikan tanggungjawab yang lebih besar?

Timbalan Menteri pun KJ tidak layak sebenarnya.

7 comments:

Anonymous said...

sama naik la menantu ngan pak mertua..perosak negara

Mohd said...

Jangan calunkan KJ di PRU13 nanti!

Anonymous said...

Sama laa fikiran ko ngan aku...aku ingatkan aku sorang jer yang pikir macam ko tulis...aku tak minat KJ tapi aku minat kat PARPUperisaKARI hehehe :)

PP

Anonymous said...

sama le pak mertua dan menantu jadi ' lahanat'....

Anonymous said...

salam,
saya tak pasti betul ke KJ lahir kat rembau...bapak saja orang rembau tapi ibunya penang....mustahil lahir di rembau..

matrengganu said...

I pernah beri komen dlm blog KJ, dia hentam balik kaw kaw kat aku.

Kemudian konco2 nya pula hentam aku tapi pakai Anonymus jer.. Tak der telur nak beridentiti macam aku..

Anonymous said...

"Contoh panjang lebar di atas sebenarnya hendak ditujukan kepada seorang manusia sahaja, iaitu bekas menantu no.1 negara, Khairy Jamaluddin (KJ)."

Eh, ye ke dalam umno, KJ sorang camtu. Aku memang hidup dikelilingi Melayu species umno. Korang jgnlah double std. Berapa ramai pemimpin umno kat cawangan dan bahagian yg tidak ada apa2 kelulusan akademik yg boleh dibanggakan ataupun memang sebelum aktif dalam umno telah menjadi seorang usahawan spt org2 Cina, mamak atau India? Ciputttt aje. Aleh2, pegang aje jawatan baru setahun dua dah mula memperagakan kekayaan mengalahkan bangsa lain yg sudah lama berjaya dalam perniagaan. Tetapi, off course lah, kebanyakan OKB ni makan komisen atas projek aje, bukan atas kecekapan berniaga. Lagi satu main pau duit peruntukan oleh kerajaan utk YB2, RM100,000 utk pembangunan DUN, berapa yg sampai kpd golongan sasaran? Cipuuuttt aje! Sampai bila2lah orang Melayu takkan dapat bersaing, apa lagi secara globalnya. Lepas tu boleh siap mendabik dada kununnya berjuang membela agama, bangsa dan negara. Uweekkkk, loya tekak aku! Itulah dia Melayu spesis umno. Nama bunya mcm nama org Islam, tetapi amalan harian, mak oii, TST la!