Wednesday, January 6, 2010

Agenda tersirat BPN terdedah


Ramai blogger-blogger kecil yang menyahut seruan untuk berjuang demi UMNO yang ketinggalan di alam blogosfera. Pada masa itu, jumlah blogger-blogger generasi baru UMNO ini sedang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Masa itulah Khairy dan balaci-balaci merancang sesuatu kononnya untuk mambantu perjuangan UMNO di blog. Hakikat sebenarnya ialah ianya hanya merupakan platform untuk mempromosi dirinya sendiri sahaja.

Caranya mudah. Dengan mengumpul semua blog-blog di bawah satu logo dan mempromosi sesama sendiri, ia diharap memberi kesan untuk membanyakkan trafik ke blog-blog ahli BPN. Yang sebenarnya, ini tidak berlaku pun.

Hanya sejumlah kecil sahaja yang mempunyai trafik yang tinggi seperti GAP, Parpukari, RBF, Darul Ehsan Today, Pisau dan lain-lain. Namun malang bagi BPN, kesemua bloggers yang mempunyai trafik yang tinggi seperti diatas tadi sudah lama meningggalkan BPN kerana tidak tahan dengan syarat-syarat yang diletakkan oleh Yang Dipertua BPN yang tidak masuk akal.

Yang lucu sekali pemimpin BPN iaitu YDP Panglima Perang Cyber. Setelah membuat blog selama beberapa tahun, hit blognya masih seratus ribu lebih sahaja. Dia tidak menyedari bahawa caranya memulakan artikel dengan 'EDISI' sudah menjadi bahan jenaka sesama bloggers. Update banyak kali, tetapi hitsnya banyak itu saja.

Pada mulanya, persefahaman antara mereka adalah masing-masing diberi kebebasan untuk menulis dan juga menyokong idola masing-masing tetapi sebaik sahaja, Khairy menang Ketua Pemuda, seolah-olah satu kesalahan untuk berbeza pendapat dengan penghisap-penghisap kemaluan Khairy ini.

Peristiwa terbaru ini ternyata telah mendedahkan konspirasi Khairy disebalik BPN. Memang layaklah logo BPN itu ditukar menjadi Bloggers Pembela Menantu.

Setiap blog BPN disyaratkan meletakkan logo BPN, chatroll dan menyiarkan resolusi yang dicipta sorang-sorang oleh YDP atas arahan si budak hitam. Baru-baru ini mereka telah mengeluarkan satu resolusi untuk menghentam beramai-ramai seorang blogger yang kuat menghentam Khairy. Nnamanya tidak disebut tetapi boleh difahami blogger yang dimaksudkan adalah Parpukari!

Malangnya mereka tersalah jangkaan kerana tidak semua bloggers BPN bersetuju untuk menyiarkan resolusi itu. Maka terdedahlah agenda tersirat BPN itu sebenarnya BPM, Bloggers Pembela Menantu.

Melihat keadaan itu, terus Bro Jinggo yang mengurus 8 blog memandu begitu pantas memandu keretanya Mitsubishi Evo sumbangan Khairy dan mengumumkan gencatan senjata. Koononnya mementingkan perpaduan. Sebenarnya sudah terpecah lubang.

Disinilah anda akan nampak kebodohan penyokong-penyokong kepada pemimpin yang dikatakan pandai. Kalau ini satu skrip drama, drama ini hanya untuk menutup kemaluan yang sudah terdedah. Mereka mahu tunjukkan kekuatan padahal bukan kuat mana pun. Cubalah buka mata sikit. Berapakah ramai ahli Facebook KJFC kalau nak dibangdingkan dengan Facebook Anti Khairy:

KJFC = 4,000
Anti Khiary = 10,000++ dan masih ramai lagi yang menyertainya.

Its shows the stupidity of the Setia Kat Wang members.

Dari anda semua memberatkan blog anda dengan widget yang tak berkenaan, lebih baik anda menjadi bloggers bebas yang tak dicengkam oleh sesiapa saja. Cara BPM ini salah. Dalam seni peperangan siber atau art of psywar, tak payah nak bising-bising. Sebijak-bijak cara adalah dilakukan dengan senyap dan teratur.

Sebagai penutup artikel, ingin ditanya, mengapa hingga kini Khairy dan balaci-balaci masih terus berdiam diri ... jeng jeng jeng ... tunggu EDISI akan datang (eh macam Panglima Cyber la) ...

Stone Gold

19 comments:

Lord Garam said...

He..he..he..

aauuuwww....

Anonymous said...

Sdra,

Apabila saya lihat saf pemuda lompat macam kera bila KJ menang, saya tahu mereka ini sudah disuap pisang montel malam sebelumnya. Saf pimpinan pemuda itu bagai budak2 dgn backpack mereka dan sahutan style padang bola mereka. Mereka hanya tunggu dapat duit - kalau boleh dpd KJ.

KJ ni ada apa sebenarnya? Bagi pemuda yg bagai rusa belum masuk kampong, KJ dgn Oxfordnya dilihat seperti dewa gunung turun ke rimba untuk melihat pacat dan pijat.

Tetapi malangnya dewa gunung ini adalah lintah biasa yg asal usulnya paya juga. Apabila diberi peluang berjasa kpd bangsa dia kaut pula ratusan juta duit rakyat, membeli saf pemuda, mainkan dara walaupun tak selera dan belum menonjolkan sebarang sumbangan kpd bangsa atau negara. Tiada apa pun.

Di manakah kekuatan sang lintah KJ ini yang lembap walaupun kenyang menghisap dara tak slera dan darah juga? Kuatnya adalah beribuan malah berpuluhan ribu rusa yang belum masuk kampong yg tiada gagasan atau gugusan yg melihat KJ sebagai bintang utama untuk dijadikan nakhoda dlm kegelapan lautan malam.


Lagi bodoh pemuda, lagi haus lintah yg duduk atas gunung. Itulah sedihnya alkisah ini. Sedihnya juga, ramai lagi anak muda yg bakat dan boleh - tetapi mereka terlalu angkuh utk main duit, mereka terlalu angkuh utk melompat macam kera. Jadi pemuda tidak akan kenali mereka. Biar saja pemuda dengan monyet dan kera-nya. Biar saja pemuda dgn mainan duit dan suapnya. Biarkan saja.

PAPA GOMO said...

salam, apa buktinya BPN milik KJ? aku ni pun mula start dalam BPN, sama lah dengan Parpu kari, Pisau, Kumbang, dan ramai lagi yang menyertai nya. atas dasar apa BPN ni?

kita nak kuatkan saf yang ada. Namun aku pernah keluar sekejap BPN dan menjadi Penyokong BPN sahaja,kerana beberapa syarat yang Panglima usulkan tidak cekap. tapi benda itu dah diuruskan setelah dilakukan perbincangan diantara aku, Parpu Kari, garamanis,dan beberapa yang lain.

jadi jika di katakan BPN milik KJ di mana bukinya? walhalkan masa pemilihan umno ramai di kalangan BPN yang mempromote calon pilihan masing masing.

so sekarang dah habis pemilihan dan blogger BPN kembali ke base masing masing. apa agenda yang kita lakukan? tidak ada dah pemilihan parti. kita sekarang menyerang Pakatan Pembangkang DAP, PAS dan PKR.

apa sebenarnya agenda empunya blogg dan sekumpulan rakan rakan Profesional ini? apa yang hendak di katakan?

apakah ingin melihat Blogger Pro Kerajaan berpecah?

Blogger Network pakatan pembangkang pun berpecah dahulu kerana hal calon juga. namun sekarang mereka sekata dalam menghentam kerajaan BN.

aku harap dapat berjumpa empunya Blogg ini jika tak keberatan.harap sudi.

parpu kari ada no fone aku. mintak dengan dia.

salam perjuangan

PAPA GOMO said...

harap komen aku di publish bagi membuktikan empunya blogg beribawa.
tq

McTheory said...

Ohh.. baru ku tahu.. selama ni aku pun berjuang hanya untuk parti saja. memang aku tak masuk sebelah mana2 pihak. aku hanya menyokong kearah kebenaran. aku ni pendatang baru..tidak ku tahu semua ini.. heheh. .

keri said...

dh jumpa. rupanya bpn la api dlm sekam selama ni. giler teruk nyer perangai. xcukup kumpul peminat mcm artis, dikumpulnye lak serangan2 licik dr alam cyber. dah la keri, ang leh masuk anugerah artis paling popular dah. dah ramai peminat sokong ang. sokong sbb undi kesian.

KJ=Anwar said...

Gomo, kenapa kau menggelupor semacam je? Berapa KJ bayar kau bro?

Jasin said...

Salam bro!! memang dah lama aku tunggu artikel ni!!! Sebenarnya BPN x membawa faedah dari segi etika perjuangan.. Kalau kau org nak tau.. di peringkat awal blog Panglima Cyber ni asyik menghentam Dr.Mahahtir saja.. Apa yg Dr.Mahathir ckp semuanya salah dan x betul.. Sehinggakan hit yg tinggi yg diperolehi oleh Blog Dr.M pun dipertikaikan.. katanya hit dan komen dijana oleh penyokong-penyokong.(Artikel sebelum BPN diwujudkan)...

Jasin said...

Kata Panglima Cyber kalau nak berblog mesti berhemah... Chit!!!! Di awal-awal dia berblogging dulu..bukan main dibantai lagi si "Wok Yo" (aku x pasti samada di seorg blogger atau surfer yg x sependapat dgn beliau) dengan kata-kata kesat...siap dengan menyamakan Wok Yo dengan muka beruk dan orang utan(siap dgn gambar sekali). Skg ni bila parpukari menggunakan pendekatan mcm tu nak dipertikaikan pulak... Haloo bro!!! Tolonglah... jgn bermuka-muka..

PARPUKARI said...

Salam kepada tuan punya blog, saya keluar dari BPN kerana saya mendapat tahu sesuatu yang tidak enak kalau di publish disini

Well, saya percaya satu je, Allah maha besar, sesuatu yang bermula dengan tidak baik maka pengakhirannya hanya Allah saja yang tahu...

Tapi saya setuju dengan tuan satu hal dengan mengeluarkan resolusi tentang menghentam KJ tu telah membuktikan sesuatu yang anda boleh fikir sendiri, kalau takde angin takkan pokok bergoyang ye tak?

Aku kesian kat kawan2 aku macam GOMO dan lain-lain ni, mereka ditakut-takutkan dengan siu perpecahan yang telah direkasaya oleh sesorang, aku tau apa yang berlaku sebenarnya cuma sebab ada ramai kawan2 dari BPN ni maka aku malas nak cakap banyak!

Tapi kebenaran akan diketahui juga satu hari nanti, aku dan kawan2 yang lain keluar dan langsung tak pandang ke belakang...

Aku rasa sernok menjadi blogger yang bebas dan menyokong kerajaan, seba aku tak perlu tunduk dengan sesiapa pun!

AKu adalah aku, aku tak dibayar dan aku berjuang demi agama bangsa dan negara, kalau ada bukti aku dapat payment sila kemukan!

Rumusannya saya bersetuju dengan Tuan pasal isu ini! Terima kasih, no hard feeeling!

BLOGGER PEMBELA MENNATU, HE HE HE, SIOT JE NAMA NI KAN?

Anonymous said...

Memang betoi KJ dah beli BPN ni, yang senornye Panglime ni balaci KJ, banyok duit die buat tau...

Ipoh Marley said...

BETUL BETUL BETUL

Anonymous said...

wee choo keong

papamomo kenapa nak emo kalau perkara ini tak benar

siapa makan cili dia terasa pedas

Wee Choo Keong said...

Gomo, selalu kamu cakap saya ini yang suka meminggirkan orang Melayu, sebenarnya kamu silap bukan saya tetapi orang yang kamu pertahan iaitu Khairy yang manjadikan Melayu terpinggir.

Saya pun hairan, sekiranya kamu bukan dibayar mengapa kamu nampak macam sudah takut sahaja?

SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS

Tok Pawi said...

BPN pro KJ, jelas dan nyata. Jadi alat ke bukan alat ke, tu dah soal kedua. Ada bayar ke tak ada bayar ke, tu dah soal ketiga. Hisap ke sedut ke, tu dah soal keempat. Yang pertama... BPN pro KJ. So sesiapa yang tak pro KJ tentu akan dihentam oleh ahli-ahli BPN.

McTheory said...

huhu. . makin panas kat sini. . haha. .

PAPA GOMO said...

he he he...
aku di bayar?
berapa?

aku ada tiap malam di Uptown Danau Kota meniaga. boleh datang bila bila masa.

parpu boleh berikan no fone aku. takda masaalah.

kesian....

Anonymous said...

bebaskan diri anda dari ketua yg tarak impact,banyak lagi pendekar2 yg gagah yg kung funya power2...wachaaa....

Panglima Perang Cyber said...

alamak....dah lama ye artikel ni ditulis.

aku pun tak perasan.

tapi aku tak marahkan sesiapa...

sebab aku cuma berusaha dan tidak ada matlamat apa pun..

biar kita serahkan kepada Allah sahaja apa niat kita sebenar.


cuma aku nak tegaskan bahawa KJ tak ada bagi duit satu SEN pun kat aku


maaf ye..


cuma aku tak pasti jika orang lain dapat duit.

sebab aku tak nak dedahkan di sini takut malu pulak orang tu.

kadang2 kita pandai menipu tapi kalau dah berak tu, bau tetap akan tercium juga akhirnya.


jadi baik jangan cari gaduh takut kita makin 'hodoh'