Bila bercakap mengenai Zahid Hamidi yang sudah ada tempat di gelanggang politik, kita tak boleh tidak mesti bercakap mengenai KJ, Khairy Jamaluddin menantu Pak Lah Perdana Menteri. Belum pernah dalam sejarah ‘Pemuda’ UMNO ada Naib Ketua yang lagaknya sudah macam Timbalan Perdana Menteri. Saya adalah penulis politik yang pertama memperjuangkan Anwar Ibrahim dan sekali gus mengalahkan Suhaimi dalam buku Pemuda Dizaman Mahathir tahun 1982 di mana ketika itu Najib Tun Razak selaku naibnya.
Saya memperjuangkan dia untuk kerusi Naib Presiden. Buku saya Challenger Siapa Lawan Siapa diharamkan para penulis politik membantu Anwar hingga menang kerusi Timbalan Presiden lawan Tun Ghafar Baba.
Kasihan Anwar Ibrahim baru jadi orang nombor dua mula tunjuk kuasa selaku orang yang paling dipercayai oleh Tun Dr. Mahathir. Anwar mula tak sedar diri macam Rafidah Aziz akhirnya senjata makan tuan. Saya pelik, kenapa Pak Lah takut hendak buang Rafidah dari jawatan menteri? Rafidah sudah seperti ‘bangkai’politik’ di mana kerusi Ketua Wanita sudah mula berhantu.
Ramai pemimpin ‘sampai tua’ hanya layak jadi orang nombor dua saja. Bermula dengan Tan Sri Musa Hitam, Tun Ghafar. Orang Islam kena percaya dengan kadaq dan kadar, jangan melawan takdir. Jangan lawan ‘sifu’, lawan guru. Manusia yang ‘derhaka’ akhirnya kecewa. Betul... percayalah cakap orang tua-tua. Jangan hendak tunjuk ‘eksen’ tak sampai ke mana.
Inilah susahnya bila manusia tidak mahu belajar dari sejarah, tanggungjawab saya pada mereka yang berminat sudah selesai, saya sudah tulis lebih dari 40 buku politik yang mendokumentasikan hampir setiap kejadian bermula sebelum dari Tun Mahathir jadi Perdana Menteri. Hajat hati nak berhenti, tunggu dulu. ‘Look and see’. Mari kita lihat siapa yang kena selepas ini.
Pesan orang tua-tua ikutkan nafsu lesu, ramai ahli politik belum apa-apa dah lesu. Mana tak lesu dapat kuasa saja mula gila betina, gila judi, minum, buat benda-benda mengarut, lupa bahawa kuasa itu ‘amanah’ dari Allah. Allah boleh ambil pada bila-bila masa saja. Tengok apa jadi pada Anwar, Rafidah, Isa siapa pun tak sangka, tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba tumbang, tunggang langgang macam tu aje. Mereka yang ikutkan ‘rasa’ lebih cepat binasa. Mana tak binasa dapat kuasa mahu lebih kuasa sanggup buat kerja-kerja zalim dan menganiaya orang yang tak berdosa. Jerat tak pernah melupakan pelanduk.
Khairy kena ingat dia hanya ‘menantu’ Pak Lah. Anak sultan, anak Perdana Menteri pun orang apa peduli. Bangsa Melayu ini ada adat budaya, ada budi bahasa. Jangan cuba hendak ‘main gila’ nanti orang lain pun turut ‘main gila’ sama, apa macam?
Orang muda dalam politik tak boleh bergantung pada ‘dahan’ semata-mata, tak kiralah rapuh atau kuat. Pohon yang ‘ditutkan’ selalunya tak panjang umurnya, bila kena ribut dia serkah dengan mudah. Kuat macam mana sekali pun pokok kayu kalau orang guna ‘chain saw’ tumbang, pohon pasti meredum. Kesabaran manusia ada batasnya. Dulu Pak Lah terkenal sebagai orang ‘baik’, itu dulu sebelum dia jadi Perdana Menteri. Pak Lah perlu perbaiki imejnya yang sudah dirosakkan oleh mereka disekelilingnya.
Cuba tengok, bila dah tumbang macam Anwar, ‘meredum’ lambat hendak tumbuh, apa lagi dikelilingi oleh orang politik yang mengamalkan ‘hukum rimba’, ‘gelap’ ajelah masa depan anda. Kasihan, Pak Lah bukan ada ‘grass root’, Anwar Ibrahim yang dulunya begitu hebat, berkawan dengan ‘langau’ bila bangkai sudah tak ada lagi, ‘langau’ menghilang cari bangkai baru, tak boleh marah, ‘hendak hidup’ brother. Lu pun masa kat atas lupa tangga yang membawa lu naik kat atas.
Presiden Suharto yang mempunyai satu ribu bomoh, setiap tembok dan dinding boleh dengar apa orang kata terhadapnya. Akibat salah guna kuasa, di mana Suharto dan apa jadi pada Tommy Totut dan kronisnya? Bila lagi anak-anak muda mahu belajar dari sejarah?
Hidup tak boleh menyakitkan hati orang, lebih cepat sangat hendak ke atas, bukan saja kaki orang kita pijak, atas bahu dan kepala pun dilangkau. Melayu ini ada satu penyakit yang hampir sama dengan orang Korea. Penyakit ‘amuk’, bila sudah naik berang dia bukan peduli apa jadi pada dirinya, pada bangsa dan negara, Hang Jebat contoh yang paling baik. Jangan fikir dalam wanita UMNO tak ada wanita yang berjiwa Jebat. Tunggu dan lihat. Almarhum Sulaiman Palestin pemecah tradisi Jebat UMNO.
Saya pernah nasihatkan Anwar Ibrahim, jangan cepat terima title ‘Datuk’, cepat dapat ‘Datuk’ cepat tua, bila sudah tua, kubur pun dekat. Bila sudah jadi orang besar mana mahu terima nasihat orang, sudah terantuk pun masih belum mahu mengadah.
Tun Mahathir pernah kata kalau Anwar yang mahu melawannya, jika Anwar menang pun dia sudah tua memang dah patut bersara, tapi kalau kalah bagaimana? Anwar terpelanting dari politik akhirnya. Mudah-mudahan Anwar Ibrahim dapat muhasabah dirinya. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak ada gunanya.
Apakah Khairy Jamaluddin berani menempuh perkara yang sama yang pernah ditempuh oleh Zahid dan Anwar? Sanggupkah Khairy membiarkan diri digunakan oleh siapa saja untuk menjatuhkan Najib atau Pak Lah, bapa mentua untuk mengejar cita-citanya? Dia kena ingat Pemuda sudah pecah dua, pengikut Mukhriz Tun Mahathir ‘solid’, orang akan bantu Mukhriz bukan kerana suka tapi meluat, benci tengok KJ dan bersimpati kepada Tun Dr. Mahathir yang jasanya besar pada bangsa dan negara.
Zahid telah membuat keputusan yang bijak bila dia tak ikutkan nafsu dan perasaan. Antara parti dan diri, antara keluarga dan masa depan politik kepartian siapa yang harus diberikan keutamaan, antara bangsa dan ‘boss’ ketika itu Anwar Ibrahim yang menjadi bossnya. Hendak selamatkan siapa? Seandainya ketika itu dia bangkit menentang Dr. Mahathir, apa akan terjadi pada Dr. Mahathir yang sudah ibarat pisang dikupas kulit oleh Anwar. Dia sanggup meminta maaf, dia muda. Mahathir adalah Presiden dan Perdana Menteri. Bagi seorang pahlawan lebih baik berundur tiga tapak kebelakang untuk maju 100 tapak ke depan dan keputusan yang diambil tak salah, dia sudah membuat ‘istiqarah’.
Akhirnya sahabat Awang, Zahid Hamidi, ‘mengaku bersalah’ dan meminta maaf kepada Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau mengaku telah dipergunakan oleh Anwar Ibrahim dalam isu kronisme dan nepotisme. Beliau mengaku Anwar yang menyuruhnya membangkitkan isu pengagihan saham dan kontrak kerajaan. Beliau juga mengaku diberi peluang perniagaan termasuk pemilikan saham oleh Anwar.
Awang ingin menerima langkah Zahid itu sebagai sesuatu yang dibuat dengan ikhlas dan jujur, tanpa membaca apa-apa ke dalamnya.
Kita selalu diingatkan supaya balik ke pangkal jalan apabila tersesat. Zahid telah berbuat demikian.
Orang yang sudah insaf hendaklah diberi peluang memperbetulkan kesilapannya.
Awang - buka buku baru
Awang Sulung.
Datuk Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengakui telah membiarkan dirinya diperalat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membangkitkan isu nepotisme dan kronisme dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.
Beliau yang secara terbuka membuat pengakuan dan meminta maaf kepada Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, turut mengaku Anwar telah memberikannya peluang-peluang perniagaan termasuk dalam pemilikan saham beberapa syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Dalam sidang akhbar mengejut di pusat media Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu dalam nada terharu berkata beliau telah menemui Perdana Menteri hari ini.
“Saya telah berkesempatan menemui Datuk Seri Dr. Mahathir hari ini dan dalam pertemuan itu, saya telah diberi peluang menjelaskan beberapa isu berhubung dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya mengambil kesempatan tapi mungkin keadaan tidak mengizinkan perkara itu mendapat liputan. Maka, saya menjadikan perhimpunan kali ini untuk menyatakan secara terus terang dan terbuka,” jelasnya.
Kepada ahli-ahlu UMNO yang masih menyokong Anwar, Zahid meminta mereka kembali ke pangkal jalan.
“Saya berpendapat bahawa apa yang harus mereka lakukan ialah mereka harus muhasabah diri atau melakukan self criticism kepada apa yang telah mereka lakukan dan saya harap mereka dapat balik ke pangkal jalan,” katanya.
Mengenai pengaruh Anwar di dalam UMNO, beliau enggan mengulas lanjut dan hanya menyatakan, “Itu saya tidak tahu”.
Isnin, 21 Jun 1999
Jika Khairy Jamaluddin tidak beringat, apakah tidak mungkin sejarah perpecahan politik Melayu akan berulang? Khairy menantu Pak Lah, pemimpin muda yang paling tidak disenangi oleh orang ramai disebut mahu menjadikan diri jambatan, juga batu loncatan untuk Anwar masuk ke dalam UMNO. Apakah Najib dengan mudah mahu memberi laluan? Bagaimana dengan Muhyiddin dan Ali Rustam? Isa Samad cuma hilang jawatan, belum hilang kawan. Isa masih mempunyai ramai teman setia yang bersimpati dengan beliau. Orang ramai tahu siapa punya angkara, permainan siapa sehingga Isa jadi mangsa?
‘Politic is the game of possible’. Segala-galanya boleh berlaku dalam politik. Jika benar dakwaan mengatakan bahawa Khairy sedang membuka jalan untuk Anwar memasuki UMNO, apakah dirinya akan selamat? Takkan Ezam dan Azmin yang selama ini setia ikut bontot Anwar akan membiarkan Khairy memintas mereka. Khairy baru belajar hendak ikut bontot Anwar. Ezam dan Azmin juga punya nafsu politik yang besar. Tidak mustahil juga bila sudah memasuki UMNO, Anwar akan bekerjasama dengan Najib untuk menjatuhkan Pak Lah. Anwar pernah berganding bahu dengan Najib dalam Pemuda UMNO satu ketika dahulu. Dalam UMNO hari ini MACAM-MACAM ADA.
Jika Anwar bekerjasama dengan Najib, teori RAHMAN akan tetap terjadi cuma huruf ‘A’ akan berganda menjadi R.A.H.M.A.A.N. Segalanya tidak mustahil. Dan Najib juga tentunya tidak mahu dirinya dipergunakan oleh seorang ‘aktor’ seperti Anwar. Siapa pula akan jadi regu Najib? Atau apakah tak mustahil satu teori RAHMAN yang kedua bermula dengan Raden Zahid pemimpin yang mempunyai darah bangsawan dari seberang, bila kawan lama Najib dan Zahid jadi regu?
Ketika pertempuran Anwar-Mahathir, nasib Zahid diibarat ditelan mati bapak, diluah mati emak. Bayangkan jika KJ yang berada di tempatnya ketika itu? ‘Political suicide’ bukan boleh main-main, kedudukannya between life and death. Zahid telah menempuh gunung ganang dan tsunami politik.
Setiap rakyat yang mahu menjadi pemimpin negara mesti melalui ‘asid test’, para Rasul dan Nabi dicuba oleh Allah. Cubaan daripada Allah terbahagi kepada dua peringkat, melalui kemewahan atau kemiskinan, bukan turun dari langit. Sebarang cubaan daripada Allah ada mengandungi ‘hikmah’ tersendiri. Anwar juga pernah melalui proses yang sama. Kenapa mudah lupa? Untuk apa membiarkan diri dipatuk oleh ular yang sama, dalam lubang yang sama, untuk kali kedua? Hidup jangan main api? Jangan jadikan diri api, jadilah air kerana akhirnya airlah yang berkuasa. Bergaduh dengan Tun Mahathir tak guna. Tun besar jasa pada agama, bangsa dan negara. Ingat, jangan ikutkan hati akhirnya binasa, awak masih muda.
Agenda Daily
3 comments:
Salam, the best posting.
jgn juga lupa kj & kallimullah gunakan tv3 & nst utk hentam khir toyo sampai selangor terlepas ke pakatan haram.
karam sing walia di rasuahkan nya title tokoh maal hijrah
Padat, mantap & bernas.
keep it up..
Post a Comment