Saturday, October 9, 2010

Ku Nan 'sound' Khairy dan Puteri

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sedih dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi.

Katanya, masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan.

“Saya sangat sedih dengan Pemuda, mereka ini tidak faham mengenai perjuangan parti kerana mereka tidak datang daripada bawah.

“Mereka ingat apabila sudah mendapat jawatan dalam parti, mereka boleh mendapat tempat dalam kerajaan. Mereka ghairah untuk mendapat jawatan.

“Begitu juga dengan Puteri yang menghadapi masalah sama,” katanya kepada Berita Harian, di sini.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda dan Puteri perlu berubah komited dengan perjuangan parti dan bangsa Melayu serta tidak mementingkan diri sendiri.

Beliau mengingatkan kepada ahli Pemuda yang kemenangan dalam parti bukan bermaksud individu berkenaan harus mendapat tempat dalam kerajaan, tetapi keutamaan seharusnya kepada perjuangan parti.

Ketika ditanya mengenai perubahan sikap ahli berhubung transformasi yang ingin dibawa parti itu, Tengku Adnan berkata, beliau masih belum berpuas hati.

“Saya masih belum puas hati terhadap pencapaian transformasi UMNO selepas setahun perhimpunan Agung UMNO (ke-60).

“Ia disebabkan masih ada masalah yang tidak sepatutnya berlaku di bahagian UMNO tertentu. Contohnya, ada bahagian UMNO di negeri dikuasai pembangkang masih mempunyai minda seolah-olah kita masih memerintah negeri itu.

“Kita perlu berubah selaras transformasi dibawa Perdana Menteri jika tidak kita akan rebah, ” katanya.

Berita Harian

Memang pedas apa yang dikatakan oleh Ku Nan. Tapi itulah hakikat sebenarnya, selama ini kekuatan UMNO terletak di tangan Pemuda tetapi kini Pemuda seolah-olah sudah tidak wujud lagi. Pujian harus diberi kepada Ku Nan kerana berani bersuara. PM kena pecat Khairy sebelum UMNO ranap.

Anak Omak angkat topi kat Ku Nan. Well Done

3 comments:

Anonymous said...

Ganti sahaja kepimpinan baru?zaman Singa dan zaman harimau sudah berlalu dalam pemuda dan wanita UMNO.Sekarang era mulut monyet dan gaya monyet ambil alih kepimpinan.Maka apabila diberi pisang maka diamlah dia.Perjuangan berbentuk plastik.

Anonymous said...

ko pi mampuslah khairy... manusia paling sial di dunia. merosakkan melayu...

Anonymous said...

Kera Jamban tu elok dinyahkan saja dari UMNO. Biar dia masuk PKR sebab boleh join mentornya Anwar Mat Leather King dan juga barua Singapork Tony baruaPua tu!