Friday, October 1, 2010

Warkah untuk anak haram liabiliti UMNO


Syed Hussein Al-atas, penulis buku politik prolifik pernah bertanya aku nun jauh di Ijok semasa kempen pilihanraya kecil, 'apa hebatnya KJ', aku kata hebatnya KJ kerana dua bermenantukan Abdullah Badawi, PM ketika itu, lantas Pak Tuan Syed mengiyakan pandangan umum yang dikongsi ramai itu.

KJ, kau adalah anak Dato Jamaluddin, bermenantukan Dollah Bedawi yang pernah disindir Almarhum Fadzil Noor sebagai 'badawi yang kena jaga babi' sebab bedawi di arab hanya jaga unta (ingat tak lagi kes virus nipah, Pak Lah TPM kena urus selesaikan hal babi).

Kita adalah sama tapi dalam banyak hal berbeza. Kau ahli Pemuda, aku juga ahli Pemuda bezanya kau Ketua Pemuda yang naik melalui jalan mudah dan rasuah. Yuran ahli kita juga sama setahun RM1. Kau punyai satu undi dan aku juga berhak satu undi untuk menentukan kerajaan.

KJ ramai orang berkata kau adalah carbon copy Anwar Ibrahim, tapi aku kata kau adalah balaci Anwar Ibrahim. Dulu kau pernah berusaha memikat Nurul Izzah, demi menggapai cita-citamu menjadi PM sebelum umur 40 tahun. Namun Izzah tak dapat, Nori Abdullah dalam genggaman, perihal dan strategi bagaimana Nouri kau pikat satu Malaya dah tahu.

Biarlah, itu adalah ketentuan jodoh. Namun KJ, kau lupa, yang menaik dan menjatuhkan seseorang itu dari kerajaan adalah Allah s.w.t. Bapa mertua kau mungkin anak dan cucu ulama, namun begitu waris ulama belum tentu mampu bersikap dan bertingkahlaku sepertimana ulama.

Demi kuasa, kau kuasai tingkat 4, kau manfaatkan habuan ekonomi dan kau tentukan projek mana untuk kroni. Kau anti Dr Mahathir, kau atur Zul Beras untuk pastikan Mukhriz terbenam semasa bertanding jawatan Ketua Pemuda Kubang Pasu. Kau berpakat dengan Mahdzir Khalid bekas MB Kedah untuk pastikan Tun MAHATHIR tewas G7.

Kau bongkak, sombong, susun strategi, berkawan rapat dengan pengkhianat negara seperti Kalimullah dan Brendan Paria..maaf Pareira. Kau kuasai media, kau tempatkan rakan-rakan Yahudi Singapore di semua peringkat pengurusan strategik dalam GLC Negara. Harta negara kau jadikan harta mak bapak kau selama-lamanya.

Kau mungkin boleh berbangga dengan kelulusan kau di Oxford. Aku juga walaupun anak penarik beca tetapi aku mampu lulus Ph.D dari University of Lancaster (ranking ke-3 di United Kingdom). Tapi puluhan ribu anak muda lain juga pernah menuntut di banyak universiti terkemuka di Ivy League dan Oxbridge. Kau ingat kau sudah hebat, malangnya kuasa Allah s.w.t lebih hebat. Kau ingat kau cerdik tapi ibarat kata Aniffah Aman, kau kurang bijak sebenarnya.

KJ, kau membawa liabiliti kepada Pemuda. Gerakan kian lesu setelah jawatan kabinet yang kau idamkan terlepas dari gengaman. Kau anti Ibrahim Ali, kau anti perkasa, sebabnya kau bukan Melayu tulen, roh mu bukan roh Islam sejati. Kau dididik oleh Yahudi Singapura, CIA Amerika, namun kau lupa bahawa kuasa Ilahi penentu segala.

KJ sudah-sudahlah, Pak mertua mu pun bukan lagi Perdana Menteri, jawatan Ketua Pemuda yang kau menang melalui jalan haram, kau pulangkan pada ahli akar umbi, lebih gentleman kau letak jawatan, pergi jauh dari UMNO dan berambuslah kau keluar dari Malaysia.

KJ kau antara punca pengundi Cina lari dari BN dalam PRU 2008 lalu. Aku pernah melihat anak sekolah rendah meludah peti tv bila sahaja gambar pak mertua kau tersiar semasa dia jadi Perdana Menteri.

Dimana maruah dan akhlak kau wahai Khairy. Maya Karin pernah kau skandalkan, entah perempuan mana lagi yang kau jadikan habuan. Minuman wiski, brandi dan jadi minuman harian. Kononya kaulah 'king maker' boleh mengatur barisan jemaah menteri dan menentukan siapa calon yang boleh wakili parti. Kau lupa duhai KJ, dunia bukan kau yang punya. Dunia dan isi makhluk adalah dibawah kuasa pentadbiran Allah Yang Esa.

Sebelum terlambat, eloklah kau berundur, sebelum kebencian ramai kian meluap eloklah kau berhenti, berhenti dari dunia politik dan asuhlah dua anak mu agar tidak menjejak langkah dan perangai YAHUDI mu. Jagalah isterimu Nori, didiklah dia agar benar-benar mewarisi sifat solehah anak cucu ulamak terbilang, gemilang, temberang.

Selagi kau masih ada dalam UMNO, selagi itulah bala menanti kami semua, perjuangan kami tidak direstui oleh Allah s.w.t, kerana adanya orang talam dua muka dan munafik yang sering mencetuskan konflik seperti kau KJ. Lebih elok kau berhijrah, pergilah ke Perth atau kemana sahaja dengan kapal layar pak mertua kau. Bermastautinlah di mana-mana istana hinggap yang telah dibelikan oleh Patrik Badawi. Malaysia lebih aman, UMNO lebih tenteram tanpa diri kau wahai KJ, budak hitam yang masih perlu banyak belajar tentang apa itu perjuangan dan apa itu kejujuran?

Ikhlas dari aku:
Wira Tunjong,
ahli biasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Kedah Times

1 comment:

Anonymous said...

Salah tu.
Dia tidak bermenantu, tetapi bermertuakan Pak Lah!