Saturday, December 19, 2009

BPN dah jadi BPM (Blogger Pembela Menantu)


Seronok bebenor den dok perhati para blogger kasi lanyak sama Khairy yang kononnya nak jadi timbalan menteri. Bermula dengan Tuan Kamaruddin Kamdias dan dikuti oleh Parpu Kari melemparkan serangan bertubi-tubi.

Serangan tanpa henti oleh Parpu Kari disambut pula oleh Tuan Singh dengan luahan hati yang ditujukan khas kepada YAB Dato' Seri Perdana Menteri. Masih tidak cukup lagi walaupun Khairy telahpun dilanyak teruk sekali, Mr Big Dog meneruskan asakan dengan tikaman bertubi-tubi di sini dan sini.

Serangan masih lagi diteruskan oleh Tuan Shamsul My Anger. Itulah padahnya bila dah jadi pengkhianat bangsa, kesilapan lepas akan menghantui si anak omak pada setiap masa dan ketika. Yang pasti, dari serangan yang dilakukan baru-baru ni, KJ telahpun ketahui bahawa setiap langkahnya akan diperhati.

Kekawan den ada tanya kenapa blog Anak Omak tak terlibat sama membelasah the son-in-law? Bila den tengok yang dok menyerang KJ tu nama-nama besar dalam alam siber, den pun ambil keputusan untuk jadi tukang sorak sahaja.

Den sebenarnya kesian dengan si KJ, takde langsung blog yang berupaya nak pertahankan Khairy dari serangan bertubi-tubi. Walaupun Raksasa BN dan Hang Tegar mencuba, tapi setakat mampu menyalak bukit sahaja.

Bila para pencacai dah tahu memang tak berupaya nak pertahankan Khairy, maka si pencacai KJ melalui kumpulan BPN (kononnya Blogger Pembela Negara) membuat resolusi supaya mana-mana blogger pro Kerajaan tidak boleh langsung menyerang mana-mana pemimpin, dan saya petik:

BPN telah mengenalpasti ada blogger yang menzahirkan sokongannya kepada Kerajaan/BN namun masih mengamalkan budaya 'kotor' dalam menjadi seorang blogger. Termasuklah mengugut PM jika melantik individu tertentu menjadi anggota kabinet dan mengutuk Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan sehingga menimbulkan polemik sesama blogger yang berjuang membela negara.

Den dok baca perenggan kat atas tu dua tiga kali kat blog Panglima Perang Cyber, YDP kepada BPN. Tergaru-garu kepala hampir nak gugur rambut dibuatnya, betul ke BPN ni Blogger Pembela Negara, atau hanya sekadar Blogger Pembela Son-in-law.

Pertarungan kini bukan lagi mengenai Khir, Mukhriz atau Khairy, pertarungan kini adalah mengenai masa depan parti. Mana-mana blogger pro UMNO tidak boleh nafi bahawa hilangnya sokongan kepada UMNO berpunca dari Khairy, yang kini dilihat sebagai liabiliti kepada parti.

Namun BPN terlepas pandang akan hakikat ini, oleh itu den nak tanya adakah BPN telahpun dibeli oleh anak omak Khairy?


Den dapat tahu terdapat nama-nama yang tersenarai di atas telahpun keluar dari Ahli Majlis tertinggi, seperti Parpu Kari. Den juga dikhabarkan bahawa makin ramai blogger yang membuang logo BPN dari blog mereka seperti Saudara Jeff Damien, Saudara Desperado dan Tuan MIK.

Kenapa BPN makin dipinggirkan oleh para blogger? Bermula dengan ahli melebihi 100 orang kini hanya berada dalam lingkungan lapan puluhan. Mungkin ramai blogger yang sedar bahawa kewujudan BPN bukannya untuk membela negara, tetapi membela son-in-law, yang telahpun dinobatkan sebagai pengkhianat bangsa oleh ramai blogger senior.

Oleh itu den mencadang bahawa BPN sepatutnya ditukarkan kepada BPM, Blogger Pembela Menantu supaya orang ramai takkan keliru.

Ditulis Oleh: Shah Jiwang

Tuesday, December 8, 2009

Apa punya lobi cuma satu pertiga saja mai?


Sambil minum air dan menikmati nyaman udara di kompleks berehat di Genting Sampa, saya duduk ketawa seorang diri membaca SMS kawan-kawan yang berada di Seminar.

Kita dah tau dah KJ nak guna Seminar tu untuk lobi dirinya naik jadi Menteri. Dia sudah panggil KP2 dari Bahagian dan Negeri untuk satu sesi brainstorming. Konon untuk menguatkan pergerakan Pemuda.

Memang Pemuda banyak perlu diperbaiki. Siapa tak tau Pemuda lani serupa gay. Pondan Jalan Tunku Abdul Rahman lagi berani. Salah usik, dia belasah kamu. Pemuda kena maki asyik "sabar, sabar ..." jawab pun takut. Ada pula KP negeri kata susah nak ambilalih balik Selangor? Pelior dia tu ada ka? Kita dengar sana sini problem di negeri2.

Inilah jadinya bila main suka letak orang dia aja sana sini. Pasal nak pertahankan kuasa dan pengaruh di peringkat negeri, perlantikan yang KJ buat untuk mengetuai Pemuda negeri hanya orang-orang dia. Patutnya dia cari dari mereka yang dapat sokongan lain2 KP Bahagian dalam negeri tu.

Taulah budak2 KJ macam mana. Macam tu blogger Setiakawan macam tulah orang2 KJ. Deskripsi budak2 KJ semua pejenis bodoh-bodoh bigau yang akan dengar dan akur saja cakap dia. Semua jenis mengampu dan membodek. Kj best, Kj hebat, Kj ini dan itu. Meluat orang baca blog depa budak2 dah beli belaka. >

Tak mau KJ ambik yang cerdik skit. Takut dia orang lawan dia cakap. Soooo insecure!!!

KJ telah disuruh Najib untuk satu padukan dan mengemaskinikan jentera Pemuda. Dia sendiri tak bersikap demikian. Penyatuan mesti dari atas ke bawah maknanya "Top bottom." Bila KJ sendiri tunjuk masih dok main politik, siapa nak percaya dan sokong dia. Budak2 Mukhriz dan Khir Toyo boleh bersatu dan bekerjasama sesama mereka tetapi susah mereka nak bersama KJ dengan hati dia masih busuk macam babi.

Hahahaha ... itu yang hanya satu pertiga datang ke Janda Baik. Sokongan taik kucing aja.

Tak ada erti KJ nak bawa Zahid Hamidi dengan hanya satu pertiga mai. Lagi bodoh kalau dia orang percaya ikrar Zahid akan naikkan KJ Menteri dalam seminit lepas dilantik PM kelak.

Zahid bukan PM material. Dia tak impress orang lama-lama atau Elders of UMNO. Harap popular saja tak cukup jadi PM. Satu lagi dia kuat janji dan kasi sedap hati orang. Selalu mungkir dan tak kota kata.

Ini cuma usaha Zahid nak dapatkan sokongan lapisan Pemuda yang ada untuk sokongan masa depan. Kita tau pasal apa Zahid sokong. Zahid dan Khairy senasib. Dua-dua Ketua Pemuda yang tak diberi jadi Menteri.

Apa yang Zahid katakan sebenarnya seolah-olah dia melobi secara terbuka dan memberi tekanan kepada PM memilih KJ masuk kabinet. Orang lain bising takpa, ini dia dalam Kebinet Najib nak persoal ruang kuasa yang budi bicara pada PM. Kalau saya Najib, saya mesti marah pada Zahid. Ini dah lawan taukeh.

Najib dah letakan KPI untuk semua. Kalau dia ketepikan KPI tersebut, dia malu nanti. Orang akan hilang percaya pada dia.

Apa baiknya KPI Khairy jika Pemuda masih berpecahbelah dan semua tempat jentera tak jalan? Sampai pengurusan mana-mana Bahagian dan Negeri UMNO tak mahu ambil Pemuda menganggotai jawatankausa. Tak harap lagi pada Pemuda!!!!!

Baru tanggungjawab wakil rakyat dan Ketua Pemuda, KJ sudah tak boleh urus. Jadi Menteri apa lagi.

Tradisi UMNO adalah siapa yang tergila-gila mengejat jawatan akan hancur kerjayanya. Dalam KJ idolakan Anwar, tak ka dia belajar dari Anwar? UMNO hanya kasi jawatan, kuasa dan tanggungjwab pada mereka yang kerja dengan ikhlas. Tak ada short cut. Cara KJ yang pelahap dan gelojoh mahukan kuasa, harta dan betina tak akan diterima orang tua2. Dia sedia lakukan apa saja hingga memperhebatkan politik tikam menikam dan cantas mencantas melebihi yang pernah berlaku.

Tunggu masa mampuslah dia.

Woi ... sedapnya teh taruk madu yang kita beli di kaki bukit Genting. Power!!!!

Monday, November 30, 2009

BUKIT GANTANG: Lagi cerita Pemuda bawah kepimpinan Khairy pengecut


Bukan senang mahu rampas Selangor

SHAH ALAM – Usaha untuk merampas kembali negeri Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat adalah satu tugas yang mencabar.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali berkata demikian ketika mengulas kenyataan dalam satu blog yang mempersoalkan ADUN BN Selangor hari ini hanya dilihat ‘tidur’ dalam usaha merampas kembali Selangor terutamanya ketika PR dilihat aktif menggerakkan jenteranya.

Menurut Suhaimi, beliau percaya barisan pimpinan Barisan Nasional (BN)-UMNO terutamanya di Selangor sedang giat menjalankan pelbagai usaha masing-masing baik di peringkat bahagian dan kawasan mereka.

“Kita tidak akan ambil mudah kerana kita perlu bina semangat anggota dan strategi untuk mendapat balik Selangor. Kita tidak terlalu yakin tetapi InsyaAllah kita akan dapatkan Selangor.

“Kita telah mula ‘highlight’ apa yang perlu ditambah baik dengan menggerakkan penyusunan pelbagai program kemasyarakatan untuk rakyat. Di samping itu, kita mahu semua segala isu dalaman diselesaikan segera.

Suhaimi berkata, sekarang bukan masa untuk mencari kesalahan orang lain tetapi beliau dan jentera perlu lebih fokus untuk turun ke bawah membantu rakyat.

Beliau berkata, apa yang dilakukan tidak perlu dihebohkan tetapi apa yang ingin dilihat adalah hasilnya.

Menurutnya, beliau akan mendedahkan satu persatu rasuah, nepotisme, kronisme dalam kerajaan PR yang banyak berjanji tetapi tidak ditunaikan.

“Kita akan dedahkan satu persatu apa sebenarnya yang telah PR lakukan. Kalau pemimpin BN dapat semua dikatakan rasuah, tetapi kalau pemimpin mereka dapat itu hadiahlah, sagu hati dan sebagainya,” katanya.

Sumber:
Sinar Harian
Lihatlah betapa kecil jiwa dan lemah sekali semangat juang Ketua Pemuda UMNO Selangor. Sila baca komen blog Anti PKR berkenaan pendirian pengecut Ketua Pemuda pilihan Khairy ini.

Jelas lagi bersuloh kepimpinan Khairy tidak memantapkan Pergerakan Pemuda UMNO tapi menjadikan mereka pengecut dan penakut. Jika begini natijahnya, Khairy tidak mencapai KPI yang diletakan kepadanya oleh Presiden parti.

Harap Dato Najib sedar simanja anak Omak ini tidak layak dinaikan jadi Menteri.

Monday, November 23, 2009

BUKIT GANTANG: Pemuda jadi pengecut bawah kepimpinan KJ

Apabila blog Pemuda UMNO Nibong Tebal, yang merupakan antara pihak terawal yang menulis tentang pemberian bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada fakir miskin di sebuah tokong oleh Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam artikelnya bertarikh 16 November 2009, saya merasa teruja dan berbangga. Inilah barisan Pemuda UMNO yang kita perlukan. Pemuda yang menyuarakan suara keramat mereka. Pemuda UMNO yang memperjuangkan nasib anak bangsa



Apabila saya melawat kembali blog mereka Pemuda UMNO Nibong Tebal (lihat di sini) semalam, perasaan saya merasa amat jengkel dan meloyakan. Keberanian mereka yang saya sangka, pengecut mereka yang saya terima. Artikel berkenaan telah dibuang oleh pentadbir blog berkenaan. Amat memalukan lagi apabila Pemuda UMNO Nibong Tebal telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Phee Boon Poh. Ini rentetan laporan polis yang dibuat ke atas mereka oleh pembantu-pembantu peribadi kepada kedua-dua wakil rakyat berkenaan.


Baru laporan polis dibuat, sudah kecut telor. Belumpun lagi mereka didakwa di mahkamah. Kalau di suruh mengangkat senjata melawan musuh-musuh yang menyerang negara, saya rasa masing-masing akan bersembunyi di dalam kain bini masing-masing. Bukankah pendapat mereka betul? Bukankah bantuan kepada orang-orang miskin oleh JKM tidak wajar diadakan di tokong, tidak kira siapa penganjurnya? Tidak ada tempat lainkah hendak dibuat seperti Dewan Orang Ramai dan sebagainya? Kalau pendapat mereka betul, kenapa takut disoal siasat polis? Apa PDRM potong kepala mereka ka?

Pemuda UMNO sekarang bukan lagi seperti harimau jantan seperti era pemerintahan Dato' Harun Idris, yang amat pantang sekiranya maruah orang Melayu diperkotak katikkan. Pemuda UMNO sekarang terutama Bahagian Nibong Tebal ibarat anjing menyalak di dalam kandang, apabila dilepas sembunyi ekor.


Kalau Ketua Pemuda UMNO sudah berpakaian metroseksual dan bergambar di dalam majalah fesyen, bagaimana pula anak buahnya. Tentulah ibarat mak nyah pulang petang. Kalau beginilah contoh keberanian yang mereka tunjukkan, saya sarankan agar blog Pemuda UMNO Nibong Tebal yang kebanyakannya memaparkan aktiviti bahagian ditutup. Simpanlah telur anda semua di dalam kerandut masing-masing.

Dari blog Cucu Tok Selampit

Komen blog Anak Omak satu ajo. Ini menunjukkan KJ ni hanya boleh harapkan kek certificate sekolah dan sijil nikah ajo. Bukan ado bakat memimpin. Macam mano nak jadi Menteri.

Poei Mokah tu baik berdoa banyak mintak torang hati. Mudah-mudahan sedio terimo hakikat tak layak jadi pemimpin. Balik Rombau bole lombu kek tanah ayah kau lagi baik. Mana tau lebih berjayo.

Wednesday, November 18, 2009

Khairy tebar SMS konon dilantik Menteri

"Apa salah saya dilantik Menteri? Saya pandai. Connection Singapore baik. Belajar Oxford."

Khabar angin sedang kuat mengatakan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak akan melakukan penyusunan semula kabinet.

Kedai-kedai kopi dan mamak teh tarik di mana orang UMNO suka bersembang bercerita bahawa Najib akan menggugurkan orang-orang Khairy dan Pak Lah. Antara yang dikatakan orang Kahiry yang disebut-sebut adalah Khaled Nordin dan Ismail Sabri. Menteri-Menteri orang Pak Lah yang disebut akan digugur adalah Nor Mohamad Yakcop, Noh Omar dan Shaberry Chik.

Khairy kecewa tidak terpilih untuk Kabinet Najib pertama. Depan berpura-pura memahami kehendak Najib untuk dia menguatkan dan menyatukan Pemuda UMNO.

Di belakang dia tahu tanpa dilantik, dirinya sudah serupa macam nasib Zahid Hamidi yang kena tunggu 10 tahun baru dapat jadi Menteri. Zahid sudah tertinggal jauh berbanding dengan ramai-ramai pemimpin Pemuda sezaman dengannya. Nasib baik kaki sebelahnya ada di sebelah Najib.

Macam dirancang, Zahid yang beriya-iya memberitahu Pemuda di Permatang Pasir bahawa dia akan kempen untuk Khairy dijadikan Menteri. Lepas PRK Bagan Pinang, Zahid dan Khairy segera ke luar negara bersama. Apa yang dirancang budak ANwar Ibrahim dua orang ini?

Masa perlantikan Menteri, dia rasa cukuop malu dan perasaan cemburu Khairy dengan Mukhriz dan Razali yang dilantik Timbalan Menteri begitu meluap-luap. Maklumlah dia rasa dirinya pagi pandai dan hebat dari kedua mereka berdua. Dengar khabar omakj pun ikut bisingd an menalipon orang sana sini.

Yang paling dia kecewa bila Razali dapat portfolio Belia dan Sukan. Selama ini dia mahukan sangat portfolio itu. Ini adalah cara dia boleh menguatkan dirinya sebagai Ketua Pemuda dan di kalangan generasi. Asas sokongan pemuda sekarang akan menjadi asas sokongan untuk politik masa depan kelak.

Ismail Sabri dahulu diletakan situ untuk dia mengambilalih selepas memenangi jawatan ketau Pemuda kelak. Sayangnya Pak Mertua sudah dipencenkan.

Geram saja dia tengok Razali dapat jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Sudah pulak itu, Razali lagi popular dengan akar umbi UMNO dari dirinya. Dia kasi peluang untuk Razali mengetuai jentera Pemuda di Pilihanraya-Pilihanraya kecil tapi ini hanya buat akarumbi berharap Khairy dicaj rasuah oleh SPRM dan diganti dengan Razalai.

Lalu Khairy membisik arahan kepada pengikut-pengikutnya yang bodoh boleh menggelar dirinya sebagai 'sir" untuk sabotaj Razali. Di bawah diarahkan supaya sebarang program dengan Razali tidak dihadhiri pemuda akarumbi. Sebarang usaha Razali di Pilihanraya Kecil dicantas dan digagalkan. Tidak lagi dibesar-besarkan Razali sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Pemuda.

Ditengah-tengah masing-masing Menteri tengah suspens dan kawan-kawan Khairy sedang terumbang ambing, Khairy memainkan sebaran SMS mengatakan dia akan dilantik Menteri. Kalau dahulu amsa Pak lah, memang mesti orang bising. Sekarang orang UMNO nak bersatu jadi mereka tidak mahulah buatkan isu mengenai SMS itu.

Khairy harap dia dapat lobi dengan hujah orang sudah tidak membencinya seperti dahulu. Dia konon nak beritahu tak ada kes terhadapnya lagi, oleh itu dia tidak patut dinafikan jawatan dalam kerajaan. Cara reverse psikologi ini berharap tentangan terhadapnya tidak lagi timbul.

Pasti dia ingat orang bodoh dan lupa. Najib tak akan lupa dengan apa yang Khairy lakukan di belakang tabir hingga bersekongkol dengan PKR untuk menjatuhkannya. Khairy ingat orang Najib macam Khir Toyo tidak lupa bagaimana dia membantu Pakatan Rakyat memburukkan Khir Toyo begitu teruk dengan bantuan Kalimullah untuk menjatuhkan Selangor.

Najib tahu Khairy tidak menyatu padukan Pemuda UMNO. Dia hanya menguatkan cengkamannya dalam Pemuda. Orang-orang yang dipilih hanyalah kroninya untuk mengisi jawatan Pemuda dan Ketua-Ketua Pemuda Negeri. Mereka semua macam bodoh ada upacara ikrar setia kepadanya. Ini tidak menjadikan Pemuda bersatu.

Pemuda dilihat begitu malap dan sana sini orang mengatakan Pemuda tidak boleh diharapkan. Sana sini orang beritahu ini adalah atas permintaan dan rahan Khairy. Pemuda hanya cari projek dan sibuk mengaku usaha orang lain sebagai usaha mereka. Mereka hanya tahu tumpang glamour dari inisiatiof penyokong persendirian dan blogger-blogger UMNO.

PKR dengan dibantu oleh Yayasan Think Tank Amerika yang diketuai Yahudi Madeline Albright telah buat satu perjumpaan strategi di Port Dickson beberapa tahun sebelum pilihanraya. Rancangan mereka adalah untuk menjatuhkan negeri-negeri yang merupakan penyumbang kepada ekonomi negara seperti Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Serangan Khairy terhadap Khir Toyo membantu kejatuhan Selangor. Hari ini orang-orang dan peniaga-peniaga Melayu begitu teraniaya di Selangor. Najib tahu semua ini.

Pasti Dr Mahathir akan bising jika Khairy dilantik Menteri. Najib pasti tidak akan mahu melawan Dr Mahathir yang telah membantu menaikkan Najib dengan memberi tekanan terhadpa Pak Lah hingga berhenti. Kalau Dr Mahathir bersuara, dia tahu ini menyusahkan dirinya kerana kata-kata Dr Mahathir berpengaruh.

Khairy hanya akan naik jika Najib sedia mengingkari Dr Mahathir. Dia boleh hanya berharap saja. Najib tidak dididik menjadi seorang yang biadap dan derhaka kepada ketua dan orang tua. Susah kemungkinan Najib akan buat Dr Mahathir bising. Bagan Pinang lain kerana Dr Mahathir perlu tunjukkan dia tidak hipokrit dan konsisten.

Habiskan duit saja Khairy buat SMS blasting.

Sunday, November 15, 2009

BUKIT GANTANG: Nak naik Haji, boronti la poei pub

Den donga orang kato Keri nak poei Mokah. Buek Haji.

Den tanyo sorang kawan. Yo ko? Yo kawan den kato. Boto.

Baguslah. Dapek jemputan tuhan.

Cuma den kasi ingat. Nak tobat, buek kat Malaysia. Jangan kek Mokah baru nak tobat. Serupo taik tak cuci, di bawak ke sanon.

Cuci dan tobat di sini. Perbetolkan ibadat. Perangai tu dibaiki dulu. Hati dibersihkan. Barulah poei rumah tuhan.

Jangan kek sini perangai masih macam setan. Sampa sanun baru nak tobat. Tompek suci patut kau kotorkan dengan taik dari sini.

Ini den nak tanyo. Apo yang kau buek selalu di Work In Progress @ WIP di Bangsar selalu?


Luar memang nampak macam tompek makan biaso. Itu den tak kesah. Kek dalam tu ado apo?


Kan itu high class pub?

Janganlah ekau nak kato takdo apo-apo dalam tu. Ekau Keri jangan ingat den orang kampung tak tau apo berlaku di Kolumpo tu.

Den adolah spy cito.

Pub ni kan tompek jual arak?


Jangan kau ingat den tak tahu cito.

Kau baik ngaku! Ekau minum beer ko tidak? Den tanyo ni???!!!!!!

Haiiii .... Ado ko nak poei Haji ado last last kopek? Kau ingat last kopek main poker ko?

Dah! Jangan kau poei lagi tompek-tompek gini. Nak buek haji, buek cara nak poei haji. Hontikan minum. Tak usah dokek lagi arak. Jago solat. Banyakkan ibadah sunat buek menampak.

Den sekehkan kepalo ....

Kau jangan lupo botulkan niat nak poei haji tu. Buang perasaan nak kek sano nak mintak macam-macam.

Jangan kek sano ekau cari toyol pulak. Dahlah kau dulu toyol makan bosa.

Doa untuk totapkan iman, kuekkan badan untuk beribadah. Jangan asyik doa nak jadi Montori ajo yang kau pohon. Mintak keredaan tuhan lagi ponting dari mintak nak jadi Montori.

Kau pun jangan harap nak naik Montori bawah Najib pun. Hahaha ...

Thursday, November 12, 2009

BUKIT GANTANG Mengapa Perdana Menteri Tidak Wajar Melantik Zaki Zahid?

Dato' Zaki Zahid merupakan sekutu rapat KJ yang sekarang juga sudah meninggalkan KJ untuk mencari ruang survival sendiri dalam politik UMNO. Seperti mana Reezal Merican yang sedang mencari jalan untuk rapat dengan Najib, demikian juga Zaki.

Usaha melantik Zaki sebagai CEO MRCB bukan datang dari Pejabat Perdana Menteri mahu pun Timbalan Perdana Menteri. Sebaliknya ia cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengawal selia Goverment Link Company (GLC).

Sudah tentu bila cadangan tersebut datang dari orang yang menjadi kepercayaan dua Perdana Menteri sebelum ini maka Najib perlu menimbangkannya dengan serius.

Khabarnya surat perlantikan telah dibuat dan berada di atas meja Perdana Menteri untuk ditandatangani.

Saya berharap sebelum Perdana Menteri menandatangan surat tersebut beliau perlu menimbang beberapa perkara yang boleh memberi kesan tidak elok untuk pentadbirannya.

Pertamanya, perlantikan Ahmad Zaki Zahid akan menimbulkan kemarahan ramai ahli UMNO (kecuali perwakilan G2 Pemuda UMNO 2009) termasuk Ketua-ketua UMNO Bahagian yang merasai penangan Zaki semasa Pak Lah memerintah dahulu.

Kemarahan ini jika tidak dibendung boleh mewujudkan keadaan yang tidak stabil dalam parti dan akan mengulangi suasana semasa kepimpinan Pak Lah lalu.

Keduanya, perlantikan ini akan mewujudkan satu konflik dengan Tun Dr. Mahathir yang benar-benar "bengang" dengan tindak-tanduk tingkat 4 suatu ketika dahulu. Perlukan Najib mengorbankan hubungan baiknya dengan Tun hanya kerana Zaki Zahid?


Ketiga, Najib juga akan menambah perasaan marah kebanyakan pejuang siber UMNO yang masih tidak dapat menerima tindak-tanduk Zaki semasa menjadi Ketua Unit Polisi Perdana Menteri.

Keempat, bolehkah orang yang mengaut kekayaan sebagai pegawai kerajaan diamanahkan menjadi CEO sebuah GLC bertaraf konglomerat? Jika benar cakap-cakap politik, maka Zaki mungkin satu-satunya pegawai kerajaan yang mampu memakai kereta Bentley hasil mengikat perut dan berjimat cermat dari gajinya yang tidak sampai RM 10 ribu sebulan.

Kelima, Apakah perasaan ramai orang yang berusaha menukar kepimpinan Pak Lah kepada Datuk Seri Najib apabila melihat orang seperti Zaki, yang menjadi sebahagian masalah pentadbiran negara dan parti semasa Pak Lah, akhirnya dianugerahkan jawatan?

Keenam, bolehkah dipercayai orang secara sendirian membuat manifesto BN 2008 dengan sebahagiannya menciplak Manifesto zaman Tun Hussien Onn mengendalikan konglomerat sebesar MRCB?

Difahamkan Zaki sungguhpun membuat sendiri manifesto 2008 tetapi mendakwa dibuat oleh konsultan luar negara dan bayaran yang agak besar telah dibayar oleh BN.

Memang kita mengalu-alukan usaha kerajaan untuk meletakkan sekumpulan anak muda baru dalam GLC bagi memberi idea dan nafas baru. Namun biarlah perlantikan tersebut boleh memberi justifikasi yang baik kepada imej Perdana Menteri, Kerajaan dan parti bukannya memberi lebih banyak masalah.

Akhirnya, sungguhpun Datuk Seri Najib mungkin mahu menjaga semua orang dalam parti termasuk orang-orang Pak Lah, namun memberi jawatan sebesar itu kepada Zaki tidak akan menstabilkan parti, apatah lagi menenangkan hati-hati mereka yang mempertaruhkan masa depan, kedudukan, keselamatan dan kewangan untuk menentang tindak tanduk kumpulan ini sebelum ini.

Sebahagian kami mungkin tidak menentang perlantikan ini seperti mana ketika Pak Lah kerana percaya parti perlukan kestabilan dan kekuatan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Namun tidak mustahil sedikit demi sedikit sokongan dan kesetiaan kepada kepimpinan dan parti akan terhakis. Jangan nanti ramai yang pernah berjuang membetulkan UMNO dan negara sehingga menaikkan Datuk Seri Najib menjadi kecewa dan berundur meninggalkan perjuangan UMNO ini kepada mereka seperti yang akan dilantik sebagai CEO MRCB.

Ramai yang masih bersikap apolegetik dengan tindak tanduk YAB Perdana Menteri. Namun ini mungkin tidak kekal lama jika kesabaran dan kesetiaan terus dicabar dan tampak seperti mahu terus disiat-siatkan.

Petikan dari MyKMU