Apabila blog Pemuda UMNO Nibong Tebal, yang merupakan antara pihak terawal yang menulis tentang pemberian bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada fakir miskin di sebuah tokong oleh Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam artikelnya bertarikh 16 November 2009, saya merasa teruja dan berbangga. Inilah barisan Pemuda UMNO yang kita perlukan. Pemuda yang menyuarakan suara keramat mereka. Pemuda UMNO yang memperjuangkan nasib anak bangsa
Apabila saya melawat kembali blog mereka Pemuda UMNO Nibong Tebal (lihat di sini) semalam, perasaan saya merasa amat jengkel dan meloyakan. Keberanian mereka yang saya sangka, pengecut mereka yang saya terima. Artikel berkenaan telah dibuang oleh pentadbir blog berkenaan. Amat memalukan lagi apabila Pemuda UMNO Nibong Tebal telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Phee Boon Poh. Ini rentetan laporan polis yang dibuat ke atas mereka oleh pembantu-pembantu peribadi kepada kedua-dua wakil rakyat berkenaan.
Baru laporan polis dibuat, sudah kecut telor. Belumpun lagi mereka didakwa di mahkamah. Kalau di suruh mengangkat senjata melawan musuh-musuh yang menyerang negara, saya rasa masing-masing akan bersembunyi di dalam kain bini masing-masing. Bukankah pendapat mereka betul? Bukankah bantuan kepada orang-orang miskin oleh JKM tidak wajar diadakan di tokong, tidak kira siapa penganjurnya? Tidak ada tempat lainkah hendak dibuat seperti Dewan Orang Ramai dan sebagainya? Kalau pendapat mereka betul, kenapa takut disoal siasat polis? Apa PDRM potong kepala mereka ka?
Pemuda UMNO sekarang bukan lagi seperti harimau jantan seperti era pemerintahan Dato' Harun Idris, yang amat pantang sekiranya maruah orang Melayu diperkotak katikkan. Pemuda UMNO sekarang terutama Bahagian Nibong Tebal ibarat anjing menyalak di dalam kandang, apabila dilepas sembunyi ekor.
Kalau Ketua Pemuda UMNO sudah berpakaian metroseksual dan bergambar di dalam majalah fesyen, bagaimana pula anak buahnya. Tentulah ibarat mak nyah pulang petang. Kalau beginilah contoh keberanian yang mereka tunjukkan, saya sarankan agar blog Pemuda UMNO Nibong Tebal yang kebanyakannya memaparkan aktiviti bahagian ditutup. Simpanlah telur anda semua di dalam kerandut masing-masing.
Dari blog Cucu Tok Selampit
Komen blog Anak Omak satu ajo. Ini menunjukkan KJ ni hanya boleh harapkan kek certificate sekolah dan sijil nikah ajo. Bukan ado bakat memimpin. Macam mano nak jadi Menteri.
Poei Mokah tu baik berdoa banyak mintak torang hati. Mudah-mudahan sedio terimo hakikat tak layak jadi pemimpin. Balik Rombau bole lombu kek tanah ayah kau lagi baik. Mana tau lebih berjayo.
2 comments:
Budak Kodiang lihat sekarang ini orang UMNO tak ada semangat. Semua lembik. Tak ada telog.
Nak harap kepada pemuda, pakat tunduk kepala semuanya.Kena jerkah sikit pucat habis. Itu baru Guan Eng. kalau kit siang, kapal seng boleh rebah semuanya.
Depa tak ambil tahu langsung apa yang jadi sekarang ini. sedih tengok kapal seng dok gelak kat orang melayu. Mana umno?. hampa hebat masa persidangan saja. Poorah....
perlu menyemak:)
Post a Comment