Dato' Zaki Zahid merupakan sekutu rapat KJ yang sekarang juga sudah meninggalkan KJ untuk mencari ruang survival sendiri dalam politik UMNO. Seperti mana Reezal Merican yang sedang mencari jalan untuk rapat dengan Najib, demikian juga Zaki.
Usaha melantik Zaki sebagai CEO MRCB bukan datang dari Pejabat Perdana Menteri mahu pun Timbalan Perdana Menteri. Sebaliknya ia cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengawal selia Goverment Link Company (GLC).
Sudah tentu bila cadangan tersebut datang dari orang yang menjadi kepercayaan dua Perdana Menteri sebelum ini maka Najib perlu menimbangkannya dengan serius.
Khabarnya surat perlantikan telah dibuat dan berada di atas meja Perdana Menteri untuk ditandatangani.
Saya berharap sebelum Perdana Menteri menandatangan surat tersebut beliau perlu menimbang beberapa perkara yang boleh memberi kesan tidak elok untuk pentadbirannya.
Pertamanya, perlantikan Ahmad Zaki Zahid akan menimbulkan kemarahan ramai ahli UMNO (kecuali perwakilan G2 Pemuda UMNO 2009) termasuk Ketua-ketua UMNO Bahagian yang merasai penangan Zaki semasa Pak Lah memerintah dahulu.
Kemarahan ini jika tidak dibendung boleh mewujudkan keadaan yang tidak stabil dalam parti dan akan mengulangi suasana semasa kepimpinan Pak Lah lalu.
Keduanya, perlantikan ini akan mewujudkan satu konflik dengan Tun Dr. Mahathir yang benar-benar "bengang" dengan tindak-tanduk tingkat 4 suatu ketika dahulu. Perlukan Najib mengorbankan hubungan baiknya dengan Tun hanya kerana Zaki Zahid?
Ketiga, Najib juga akan menambah perasaan marah kebanyakan pejuang siber UMNO yang masih tidak dapat menerima tindak-tanduk Zaki semasa menjadi Ketua Unit Polisi Perdana Menteri.
Keempat, bolehkah orang yang mengaut kekayaan sebagai pegawai kerajaan diamanahkan menjadi CEO sebuah GLC bertaraf konglomerat? Jika benar cakap-cakap politik, maka Zaki mungkin satu-satunya pegawai kerajaan yang mampu memakai kereta Bentley hasil mengikat perut dan berjimat cermat dari gajinya yang tidak sampai RM 10 ribu sebulan.
Kelima, Apakah perasaan ramai orang yang berusaha menukar kepimpinan Pak Lah kepada Datuk Seri Najib apabila melihat orang seperti Zaki, yang menjadi sebahagian masalah pentadbiran negara dan parti semasa Pak Lah, akhirnya dianugerahkan jawatan?
Keenam, bolehkah dipercayai orang secara sendirian membuat manifesto BN 2008 dengan sebahagiannya menciplak Manifesto zaman Tun Hussien Onn mengendalikan konglomerat sebesar MRCB?
Difahamkan Zaki sungguhpun membuat sendiri manifesto 2008 tetapi mendakwa dibuat oleh konsultan luar negara dan bayaran yang agak besar telah dibayar oleh BN.
Memang kita mengalu-alukan usaha kerajaan untuk meletakkan sekumpulan anak muda baru dalam GLC bagi memberi idea dan nafas baru. Namun biarlah perlantikan tersebut boleh memberi justifikasi yang baik kepada imej Perdana Menteri, Kerajaan dan parti bukannya memberi lebih banyak masalah.
Akhirnya, sungguhpun Datuk Seri Najib mungkin mahu menjaga semua orang dalam parti termasuk orang-orang Pak Lah, namun memberi jawatan sebesar itu kepada Zaki tidak akan menstabilkan parti, apatah lagi menenangkan hati-hati mereka yang mempertaruhkan masa depan, kedudukan, keselamatan dan kewangan untuk menentang tindak tanduk kumpulan ini sebelum ini.
Sebahagian kami mungkin tidak menentang perlantikan ini seperti mana ketika Pak Lah kerana percaya parti perlukan kestabilan dan kekuatan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
Namun tidak mustahil sedikit demi sedikit sokongan dan kesetiaan kepada kepimpinan dan parti akan terhakis. Jangan nanti ramai yang pernah berjuang membetulkan UMNO dan negara sehingga menaikkan Datuk Seri Najib menjadi kecewa dan berundur meninggalkan perjuangan UMNO ini kepada mereka seperti yang akan dilantik sebagai CEO MRCB.
Ramai yang masih bersikap apolegetik dengan tindak tanduk YAB Perdana Menteri. Namun ini mungkin tidak kekal lama jika kesabaran dan kesetiaan terus dicabar dan tampak seperti mahu terus disiat-siatkan.
Petikan dari MyKMU
2 comments:
Saya sarankan saudara terus memberi komen ini kepada Blog PM Dato Sri Najib. Mungkin PM kita akan mempertimbangkan cadangan saudara.
PM Dato Sri Najib ada menyatakan bahawa dia akan meniliti setiap komen komen melalui blog beliau.
1Malaysia..rakyat didahulukan..
HE HE HE RASAKANLAH PENCACAI MADEY APA YANG BAKAL TERJADI
HE HE HE
Post a Comment