Monday, November 30, 2009

BUKIT GANTANG: Lagi cerita Pemuda bawah kepimpinan Khairy pengecut


Bukan senang mahu rampas Selangor

SHAH ALAM – Usaha untuk merampas kembali negeri Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat adalah satu tugas yang mencabar.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali berkata demikian ketika mengulas kenyataan dalam satu blog yang mempersoalkan ADUN BN Selangor hari ini hanya dilihat ‘tidur’ dalam usaha merampas kembali Selangor terutamanya ketika PR dilihat aktif menggerakkan jenteranya.

Menurut Suhaimi, beliau percaya barisan pimpinan Barisan Nasional (BN)-UMNO terutamanya di Selangor sedang giat menjalankan pelbagai usaha masing-masing baik di peringkat bahagian dan kawasan mereka.

“Kita tidak akan ambil mudah kerana kita perlu bina semangat anggota dan strategi untuk mendapat balik Selangor. Kita tidak terlalu yakin tetapi InsyaAllah kita akan dapatkan Selangor.

“Kita telah mula ‘highlight’ apa yang perlu ditambah baik dengan menggerakkan penyusunan pelbagai program kemasyarakatan untuk rakyat. Di samping itu, kita mahu semua segala isu dalaman diselesaikan segera.

Suhaimi berkata, sekarang bukan masa untuk mencari kesalahan orang lain tetapi beliau dan jentera perlu lebih fokus untuk turun ke bawah membantu rakyat.

Beliau berkata, apa yang dilakukan tidak perlu dihebohkan tetapi apa yang ingin dilihat adalah hasilnya.

Menurutnya, beliau akan mendedahkan satu persatu rasuah, nepotisme, kronisme dalam kerajaan PR yang banyak berjanji tetapi tidak ditunaikan.

“Kita akan dedahkan satu persatu apa sebenarnya yang telah PR lakukan. Kalau pemimpin BN dapat semua dikatakan rasuah, tetapi kalau pemimpin mereka dapat itu hadiahlah, sagu hati dan sebagainya,” katanya.

Sumber:
Sinar Harian
Lihatlah betapa kecil jiwa dan lemah sekali semangat juang Ketua Pemuda UMNO Selangor. Sila baca komen blog Anti PKR berkenaan pendirian pengecut Ketua Pemuda pilihan Khairy ini.

Jelas lagi bersuloh kepimpinan Khairy tidak memantapkan Pergerakan Pemuda UMNO tapi menjadikan mereka pengecut dan penakut. Jika begini natijahnya, Khairy tidak mencapai KPI yang diletakan kepadanya oleh Presiden parti.

Harap Dato Najib sedar simanja anak Omak ini tidak layak dinaikan jadi Menteri.

1 comment:

Pejuang Bangsa said...

Pemuda Selangor penakut !! haha

tengok Pemuda BN dan UMNO Pulau Pinang !! tidak gentar dengan Guan Eng ..hari ini Pemuda UMNO pimpinan Sdr Norman Zahalan telah tunjuk kejantanannya dan keberanian Pemuda..

sapa kata Pemuda UMNO takut ??? lihat Pemuda PP berani !! dapat sokongan lagi Pemuda MCA, Gerakan dan MIC bersama2 menentang Guan Eng ..