Saturday, December 19, 2009

BPN dah jadi BPM (Blogger Pembela Menantu)


Seronok bebenor den dok perhati para blogger kasi lanyak sama Khairy yang kononnya nak jadi timbalan menteri. Bermula dengan Tuan Kamaruddin Kamdias dan dikuti oleh Parpu Kari melemparkan serangan bertubi-tubi.

Serangan tanpa henti oleh Parpu Kari disambut pula oleh Tuan Singh dengan luahan hati yang ditujukan khas kepada YAB Dato' Seri Perdana Menteri. Masih tidak cukup lagi walaupun Khairy telahpun dilanyak teruk sekali, Mr Big Dog meneruskan asakan dengan tikaman bertubi-tubi di sini dan sini.

Serangan masih lagi diteruskan oleh Tuan Shamsul My Anger. Itulah padahnya bila dah jadi pengkhianat bangsa, kesilapan lepas akan menghantui si anak omak pada setiap masa dan ketika. Yang pasti, dari serangan yang dilakukan baru-baru ni, KJ telahpun ketahui bahawa setiap langkahnya akan diperhati.

Kekawan den ada tanya kenapa blog Anak Omak tak terlibat sama membelasah the son-in-law? Bila den tengok yang dok menyerang KJ tu nama-nama besar dalam alam siber, den pun ambil keputusan untuk jadi tukang sorak sahaja.

Den sebenarnya kesian dengan si KJ, takde langsung blog yang berupaya nak pertahankan Khairy dari serangan bertubi-tubi. Walaupun Raksasa BN dan Hang Tegar mencuba, tapi setakat mampu menyalak bukit sahaja.

Bila para pencacai dah tahu memang tak berupaya nak pertahankan Khairy, maka si pencacai KJ melalui kumpulan BPN (kononnya Blogger Pembela Negara) membuat resolusi supaya mana-mana blogger pro Kerajaan tidak boleh langsung menyerang mana-mana pemimpin, dan saya petik:

BPN telah mengenalpasti ada blogger yang menzahirkan sokongannya kepada Kerajaan/BN namun masih mengamalkan budaya 'kotor' dalam menjadi seorang blogger. Termasuklah mengugut PM jika melantik individu tertentu menjadi anggota kabinet dan mengutuk Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan sehingga menimbulkan polemik sesama blogger yang berjuang membela negara.

Den dok baca perenggan kat atas tu dua tiga kali kat blog Panglima Perang Cyber, YDP kepada BPN. Tergaru-garu kepala hampir nak gugur rambut dibuatnya, betul ke BPN ni Blogger Pembela Negara, atau hanya sekadar Blogger Pembela Son-in-law.

Pertarungan kini bukan lagi mengenai Khir, Mukhriz atau Khairy, pertarungan kini adalah mengenai masa depan parti. Mana-mana blogger pro UMNO tidak boleh nafi bahawa hilangnya sokongan kepada UMNO berpunca dari Khairy, yang kini dilihat sebagai liabiliti kepada parti.

Namun BPN terlepas pandang akan hakikat ini, oleh itu den nak tanya adakah BPN telahpun dibeli oleh anak omak Khairy?


Den dapat tahu terdapat nama-nama yang tersenarai di atas telahpun keluar dari Ahli Majlis tertinggi, seperti Parpu Kari. Den juga dikhabarkan bahawa makin ramai blogger yang membuang logo BPN dari blog mereka seperti Saudara Jeff Damien, Saudara Desperado dan Tuan MIK.

Kenapa BPN makin dipinggirkan oleh para blogger? Bermula dengan ahli melebihi 100 orang kini hanya berada dalam lingkungan lapan puluhan. Mungkin ramai blogger yang sedar bahawa kewujudan BPN bukannya untuk membela negara, tetapi membela son-in-law, yang telahpun dinobatkan sebagai pengkhianat bangsa oleh ramai blogger senior.

Oleh itu den mencadang bahawa BPN sepatutnya ditukarkan kepada BPM, Blogger Pembela Menantu supaya orang ramai takkan keliru.

Ditulis Oleh: Shah Jiwang

16 comments:

Anonymous said...

SETUJU. Suruh juga ahli BPN yang cintakan KJ lebih dari AGAMA BANGSA DAN NEGARA buang telur dan potong anu mereka....buat memalukan bangsa saja.

INGAT...jangan buat buat lupa pulak...bahawasanya KJ adalah ibu segala penyebab kekalahan teruk BN...hanya manusia yg bertaraf haiwan saja yg menolak fakta sahih ini.

Jadi, jika BPN diperanakan dgn semangat pahlawan itu hanya untuk BERSETUJU dgn apa yg pemimpin buat, mana lenyapnya kepahlawanan itu.... Itu bacul namanya.

ELOK sangat BPN DIBUBARKAN saja....memalukan...

BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT...

Jebat derhaka

Skandal Politik said...

Salam ziarah. macam mana nak jadi menteri...dewan rakyat pun ponteng memanjang

PAPA GOMO said...

salam, aku tak merasakan BPN di miliki oleh KJ. Malah ramai yang menyebelahi Mukhriz dan Khir toyo semasa pemilihan umno yang lepas. Ada juga yang pro KJ dalam ni.

sekarang dah habis pemilihan. maka banyak yang dah balik ke base masing masing. Termasuk lah aku ni.

BPN ni bukan milik KJ atau sesiapa pun. Tak elok bro bila kita melabelkan BPN adalah milik KJ.

kalau ada yang tak betul pada ahli blogger pembela negara di harap dapat lah sampaikan pada aku ni. mana lah tahu kita boleh tegur menegur.

penjelasan aku tidak bermaksud aku menyebelahi mana mana pihak. tapi BPN ni lah yang membolehkan aku berkenalan dengan rakan blogger yang lain. Blogger jalanan je bro....

BPN bukan milik KJ or sesiapa sekalipun. harap faham..
tq

salam perjuangan

Blogger dari 2003 said...

dari segi psywar, bpn adalah amatur yang tidak tahu apa itu blog dan characteristic blog.

mereka syok buat blog tapi tak paham part "reach".

sapa antara bpn yang benar2 ada hit dan pengikut yang genuine banyak.

ydp pun hit tak berapa walaupun ada edisi pagi petang tengahhari macam berita tv.

meletakkan logo sebagai satu kumpulan adalah satu taktik tak bijak.

blog sepatutnya wujud sebagai individu yg membina character sendiri. meletak logo menghilangkan keindividualan blog.

blog tidak boleh diseragamkan dengan diatur oleh resolusi. cara demikian akan hilangkan credibility.

sebenarnya dari segi nilai baik BPN atau UMB tidak ada nilai dari segi strategi untuk UMNO dan BN tapi hanya budak muda syok sendiri.

Buat sesuatu kalau mahu hanya cuba2tapi tak efektif, baik jangan buang masa.

Masaalah kedua2 UMB dan BPN adalah ia reinvent the wheel. Cuba fahami apa fenomena blog dan media mabu baru mengatur strategi dan taktik perang.

Typical budak2 sekarang, ilmu sejengkal ingat dah boleh jajah dunia!!!

Penyokong Tegar SSS said...

Tuan,

Terima kasih kerana memaparkan artikel ini. Sejak mengenali nama yang gah, BPN - "Pembela Negara", saya sandarkan harapan kepada BPN utk memberi sokongan yang PADU apabila kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) dilancarkan dahulu.

Tuan Panglima BPN ada memuatkan artikel khas membuat seruan sokongan terhadap SSS tetapi saya rasakan sokongan dari bloggers BPN agak dingin apabila tidak ramai yang mempamirkan logo SSS dilaman masing-masing.

SSS bukanlah satu gerakan politik tapi kempennya adalah demi Negara. Mungkin saya terlampau menyandarkan harapan kepada BPN. Lagipun, logo SSS mungkin akan melambatkan lagi "loading "laman-laman BPN yang kebanyakannya penuh dgn grafik-grafik itu.

Maaf kerana menulis komen ini. Cuma saya ingin berterimakasih pada Tuan kerana memaparkannya. Sedikit sebanyak terungkai juga persoalan yang ada pada diri.

Oh ya, seperti juga tuan, saya berkali-kali membaca notis Panglima BPN mengenai Resolusi BPN tersebut.

Salam

mantra-indeeptots said...

Blog BPN, pembela negara????? Mana ruangan comment? Blog to block?

Nak kata, blog directory... tidak juga!

Etika utama blogging pun tak boleh nak ikuti, ini pula nak bela negara? BPN tidak amalkan demokrasi dan Freedom of Speech... lebih baik letak blog ini sebaris dengan blog2 DAP... itu lebih tepat!

Anonymous said...

Saya ingatkan BPN dapat membela nasib anak2 dan negara. Kita semua rakyat marhen, inginkan media yg bebas, berani dan lantang menyuarakan pendapat yg bernas dan masuk akal, bukan sensasi tapi topik yg ada kewajarannya dan ada kepentingan buat rakyat memikirkan sedalm dalamnya. Tetapi dgn kenyataan Panglima Cyber, menunjokan kebebasan bersuara dan kepentingan rakyat tidak diutamakan, tetapi perasaan dan hati hati individu diutamakan. Kita sedih kerana BPN sudah hilang haluan, sudah hilang telog. Rakyat mahukan bloggers seperti Bro. Parpu, BigDot, anak omak, yg berani, ikhlas, berjiwa rakyat. Harap dapat teruskan kerja demi bangsa, dan negara. Semoga Allah saja yg dapat membalas, pengorbanan, keperihatinan dan usha.

ghostWRITER said...

kami sebagai kumpulan penyokong BPN akan terus menyokong BPN... Demi Bangsa Melayu, Negara Malaysia dari anasir pembangkang yang mengangkang dengan modai murah cari iklan dan juga letak akuan bank sendiri demi poket money sendiri....

Jeffry said...

Pi mampuih lah UMNO dan BPN!...

bRAVEhEART said...

Salam, terima kasih Anak Omak dengan posting yang menarik. Namun saya ingin menegaskan bahawa saya secara peribadinya tidak pernah memihak kepada KJ dan kadang-kadang tidak juga memihak kepada UMNO/BN/Kerajaan. Rujuk posting saya selepas 9 pagi nanti ~ bRAVEhEART

Panglima Perang Cyber said...

ada seseorang telah meninggalkan komen dalam blog saya.

maka saya terpaksa datang kerana 'jemputan' sudah dibuat.

terima kasih atas segala 'pujian' dalam tulisan tuan.

itu saja..

Moga Allah memberi balasan sebaik baik balasan.

Jika baik baiklah dan jika buruk buruklah.

salam.

rizuan mh said...

setuju dgn GOMO, BPN berjuang untuk negara sebagai sebuah komuniti dan sedar akan liabiliti serta tanggungjawab yg dipikul. BPN apa yg saya tahu, kenal dan sertai bukan berjuang untuk siapa2..tak pernah saya diarahkan menyokong mana2 pihak sebaliknya saya sendiri ikut menghayati mottonya..saya juga mengkritik dan dikritik..saya juga ditegur oleh bloggers lain terutamanya YDP sendiri..kami sebagai komuniti ada perjuangan kami, yg pastinya bukan untuk individu tetapi untuk agama, bangsa dan tanah air..saudara kena faham dulu apa yg tersurat dan tersirat di sebalik resolusi BPN..kita mesti bersatu terlebih dahulu.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Demi ALLAH dan Rasul aku tak pernah berpihak kepada KJ @ Mukhriz @ Khir Toyo.

Demi ALLAH dan Rasul aku menyokong sesiapa sahaja yang mahukan kesatuan dalam umat Islam dan menentang KHAWARIJ di MUKA BUMI ALLAH ini.

USD said...

Salam, payahlah klu dalam barisan Umno pun label melabel yg sbenarnya tidak perlu pun. Kekadang kita alpa siapa musuh sbenar...kalau stakat bkokok dgn makian, cacian, bahasa mencarut dsb, rasanya jauh lagi perjuangan utk PRU13. Tk

baby said...

blogger perosak negara

KJ is Anwar in the making said...

Eleh panglima, jangan nak berlakon la, macam kita tak tau kau ni bawah payroll Khairy, siap jadi pegawai khas kepada timbalan menteri lagi, kau nak tipu siape wahai penglima edisi?

Balaci2 Khairy siang malam sekeliling kau, apa perjuangan kau sebenarnya? Cuba explain sikit, kesian followers bpn, mereka tak tau pun yang mereka sedang dipergunakan oleh Khairy