Khairy tunduk diam kepada Tony Pua |
Tony Pua menggelar ROS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO'. Malangnya, tiada sambut balas dari Khairy di atas penghinaan yang dilakukan Tony Pua.
Khairy berani mengkritik dan membidas Perkasa, memarahi persatuan-persatuan sukan, menahan dana persatuan-persatuan belia dan apa lagi. Apabila sahabat bersama di Oxford, Tony Pua bersuara, dia hanya berdiam dan biarkan saja.
Khairy mesra betul bersama Tony Pua |
Ianya seolah-olah dia tidak terasa apa-apa dari bahasa membenci dan kurang ajar Tony Pua.
Khairy bagaikan sudah dijinakkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Regina Lee yang merupakan penyokong kuat DAP dan telah membina imej Hannah Yeoh, Teo Nie Ching dan lain-lain.
Menurut Helen Ang, Khairy mempunyai hubungan rahsia dengan Tony Pua yang mana Regina Lee merupakan perantara untuk menyalutkan maklumat kepada Tony Pua.
Padanlah Khairy bagaikan tidak sensitif dengan penghinaan Tony Pua yang bertujuan mempersoalkan integriti institusi kerajaan yang dibangunkan oleh kerajaan UMNO/Barisan Nasional dan memperlecehkan Utusan Malaysia sebagai legasi perjuangan Islam, Melayu dan Malaysia.
Adakah ini yang dikatakan Khary sebagai mahu mengubah DNA Pemuda UMNO menjadi anak kucing yang sudah dijinakkan dari harimau yang garang dan berani?
Sementara itu, Akramsyah tidak membiarkan tindak tanduk Tony Pua:
Akhramsyah gelar Tony Pua “anjing DAP”
OCTOBER 10, 2013
Calon Ketua Pemuda Umno, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi (gambar) menyifatkan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua sebagai 'anjing DAP' kerana sering menyalak untuk menutup kepincangan parti itu dengan menghina Pertubuhan Pendaftar (RoS) dan akhbar Utusan Malaysia.
Akhramsyah berkata, Pua bertindak sedemikian bagi mengalih perhatian orang ramai daripada melihat kelemahan DAP khususnya berkaitan dengan isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti pembangkang itu.
"Sebenarnya beliau (Pua) `anjing DAP' kerana sikapnya yang sering menyalak untuk menutup kepincangan parti berkenaan dan beliau sepatutnya melihat semula kepincangan dalam CEC itu kerana ia dibangkitkan sendiri oleh ahli DAP.
"Jangan mengheret orang lain kerana pemilihan semula itu adalah kehendak majoriti ahli DAP selepas merasakan berlaku manipulasi dan penyelewengan dalam pemilihan CEC terdahulu," katanya pada sidang akhbar, di Butterworth hari ini.
Pua dalam laman Facebooknya baru-baru ini menggelar RoS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing Umno' selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula CEC berikutan pelbagai pihak mempertikai kewibawaan proses pemilihan CEC pertama pada 15 Disember lalu.
Akramsyah yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Baru Langkawi, berkata sikap Pua yang enggan memohon maaf kepada RoS dan Utusan Malaysia ekoran kenyataannya itu hanya menyerlahkan sifat angkuh Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
"Sebagai seorang ahli Umno saya mendesak Pua memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli Umno, kakitangan RoS dan Utusan Malaysia di atas tindakannya yang begitu celupar serta biadap sehingga melangkaui batas dan nilai murni kehidupan," katanya.
Beliau turut mengesyorkan supaya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meletak jawatan atas kegagalannya mentadbir parti itu sehingga menyebabkan DAP di ambang pembatalan pendaftarannya.
"Mungkin tugas Lim sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang terlalu berat untuk dipikul bersama dengan tugas Setiausaha Agung DAP jadi saya rasa lebih baik beliau melepaskan jawatan Setiausaha Agung itu," katanya.
Sementara itu, Akramsyah menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan nasibnya dalam persaingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan sayap Umno 12 Oktober ini.
"Saya turun padang bertemu perwakilan dan sebagai seorang Islam sekarang ini saya berserah kepada Allah untuk jawatan itu tetapi berdasarkan maklum balas, keyakinan untuk menang adalah dalam 60 hingga 65 peratus," katanya.
Beliau yang juga anak sulung kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid berkata, beliau tidak akan kecewa jika kalah dan akan terus memperjuang serta menghidupkan kembali agenda perjuangan Melayu. - Bernama, 10 Oktober, 2013.
No comments:
Post a Comment