Wednesday, February 3, 2010

Takyah nak nafi-nafi tak berlaku

KPemuda Alor Setar sokong KJ letak jawatan!

Saya secara peribadi menegur "penafian" oleh Dato' Seri Hishamuddin dan Datuk Razali Ibrahim berkenaan "desakan" majoriti Exco Pemuda UMNO agar Ketua Pemuda UMNO Saudara Khari Jamaluddin untuk meletak jawatan.

Ini adalah kerana saya telah disahkan sendiri oleh Exco Pemuda UMNO, Saudara Zubir Zabidi, selaku Pengerusi Biro Pertanian dan Industri Asas Tani, selaku Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, bahawa kejadian itu "benar-benar" belaku!

Menurut Saudara Zubir, "desakan" itu sememangnya berlaku dan Saudara Zubir sendiri sanggup melepaskan jawatannya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia beramai-ramai bersama rakan-rakan Exconya yang lain demi mencapai maksud mereka mendesak Khairi Jamaluddin meletak jawatan secara terhormat.

Oleh itu, tak payahlah Dato' Seri Hishamuddin atau Datuk Razali Ibrahim "menyembunyikan" hakikat itu kerana tidakan berkenaan bagai menunjukkan bahawa Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Razali masih di dalam "denial sindrom".

Pada saya, tindakan ini adalah satu tindakan yang "membersihkan" UMNO dan "menguntungkan" UMNO berbanding pendapat Datuk dan Dato' Seri yang cuba "menyembunyi" sesuatu hakikat yang sebenarnya langsung tidak membantu UMNO. Bagi saya, menyokong Saudara Khairi selaku Ketua Pemuda UMNO bagaikan "sokongan membawa rebah".

Dari itu, saya menyarankan untuk Saudara Khairy Jamaluddin untuk meletak jawatan secara terhormat, sebagaimana yang disarankan oleh Exco-Exco Pemuda UMNO usulkan. Jika tidak, nantikanlah Pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang akan datang, insyaAllah, Saudara Khairy Jamaluddin akan diturunkan secara "hina" oleh para perwakilan yang membawa "suara akar umbi".

Buat Saudara Khairy, berundur bukan bermakna saudara kalah. Pengunduran saudara akan memenangkan UMNO, dimana saudara juga akan turut "menang" kerana saudara juga dari Parti UMNO. Itulah yang perlu diutamakan, bukan kepentingan peribadi yang perlu diutamakan.

Sumber: Duke of UMNO

3 comments:

Mohd said...

Nampak gayanya, UMNO akan kalah teruk di PRU13 nanti disebabkan oleh beruk seekor ini!

Anonymous said...

Saya setuju agar Kera Jantan ni dinyahkan saje dari UMNO. Sebab KJ ni lah Anwar dillepaskan. Sebab KJ ni lah BN kalah PR12. Terlalu nak beri kebebasan bersuara konon nya. Tengook lah sekarang apa dah jadi? KJ mangkok ni perlu di campak ke laut aje.....

Anti KJ

Anonymous said...

Perancangan DAP disebalik pembelaan Anwar oleh Karpal Singh ?