Monday, January 18, 2010

Khairy dan Reezal tidak layak bincang isu nama Allah

oleh Maharaja Blogger

Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin dan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Reezal Merican tidak berhak langsung untuk bercakap mengenai keputusan Mahakamah Tinggi membenarkan penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah.

Kedua dua orang ini harus bertanya diri sendiri siapakah yang telah mempengaruhi Abdullah Badawi untuk merongkaikan semua ikatan social antara kaum dan agama dan memberikan kebebasan baru kepada rakyat untuk membangunkan imej Abdullah Badawi sebagai Bapa Demokrasi Malaysia.

Khairy mesti tahu siapakah yang menasihatkan Tuhan Hindu( Kalimullah) yang berkuasa di NST (New Straits Times) untuk menyiarkan besar besaran (tajuk utama muka 1) mengenai "kebebasan baru" sebaik sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri Baru itu.(sila lihat kembali NST edisi edisi selepas sahaja Pak Lah jadi PM).

Tujuan utama kenyataan ini dibuat adalah untuk tidak secara langsung menunjukan perbezaan antara Abdullah Badawi dengan Tun Dr. Mahahtir. Abdullah Badawi tiba tiba terlihat menjadi seorang yang lebih demokratik dari Mahathir . Mahathir adalah seorang authoritarian.

Pak Lah telah terbawa dengan keyakinan yang disemaikan kepadanya oleh Tinkat4 dengan Khairy sebagai dalang utamanya bahawa dia boleh jadi Perdana Menteri yang lebih hebat dari Mahahtir.

Abdullah Badawi juga telah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat mengenai perlantikan hakim yang mendedahkan beberapa peristiwa menggemparkan untuk discredit Mahathir dan menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap sistem kehakiman negara dan meyebabkan semua orang tidak percaya kepada kes Anwar Ibrahim.

Ini adalah diantara sekian banyak senario yang menyebabkan BN kalah teruk dalam piihanraya 2008. Dosa ini adalah dosa yang tidak akan diampukan oleh orang Melayu dan Islam di negara ini sehingga ke cucu cicit yang akan datang.

Apa yang mereka lakukan adalah penghinaan, penderhakaan dan pangkhianatan terhadap bangsa, agama dan negara. Di negara lain orang orang seperti di tingkat empat ini telah pun disumbatkan dalam penjara atau pergi entah kemana.

Siapakah yang berada di belakang keruntuhan maruah agama dan bangsa sekarang ini setelah robeknya sistem keadian social dan demokrasi yang telah sekian lamna menjamin keutuhan negara dan memelihara perasaan berbaik sangkat antara rakyat?

Ketika sistem ini dirongkai oleh Tingkat4 , apakah yang dilakukan oleh Reezal Merican Naina Merican sebagai Setiusaha Politik kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi? Dia juga telah bersubhat kerana mulai merasakan kesedapan dan kemakmuran dari suatu sistem kebebasan yang juga menjamin kebebasan untuk penyelewengan dan pemasangan pagar toll bersama Khairy.

Janganlah orang UMNO dan khususnya rakyat terpengaruh dengan talam dua muka yang hendak menunjukan wajah manis dalam soal kepentingan Islam dan maruah bangsa bila ada kesempatan utuk menutop siapakah diri mereka yang sebenar.

Janganlah terpegun bila mereka turut bersuara dalam soal penggunaan nama Allah bagi mingguan Kristian Herald.

Wajah wajah mereka adalah merah dengan titisah air mata darah orang Melayu yang sedang berada dalam kekecewaan yang amat besar memerhatikan malapetaka dari perbuatan mereka dengan kapalanya adalah Khairy Jamaluddin, budak pendek zaki dan Anuar Zaini.

Nasi sudah jadi bubur.

1 comment:

Anonymous said...

chiss... ini 2 ekoq beruk Pemuda mana bisa ngomong pasal apa apa isu tentang Islam...pincang sekali..

Kalau satu kaki botol dan satu lagi kaki kawin artis..mana bisa ngomong pasal islam..jsngan memalukan bangsa, agama dan parti..

Pemuda UMNO semuanya buta hati dan buta mata...ini 2 ekor hanya sanya LIABILITY pada parti..PIIRAHHHHHH...