Friday, January 22, 2010

Kalimullah dan Khairy ejen Singapura?


oleh Azienmat

Seorang pembaca Rashid Ismail dari Kajang telah mendedahkan di Forum Utusan Malaysia pada 19 Ogos tentang peranan Malaysian Insider portal berita yang dijalankan oleh orang kepercayaan Mantan Perdana Menteri Abdullah Badawi iaitu bekas Pengerusi NST Kalimullah Hassan dan Brendan Perera sebagai alat kepada Pakatan Pembangkang.

Harus diingatkan sebaik sahaja Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, Kalimullah telah menulis rencana di NST & Berita Harian meminta semua pihak membuang yang keroh & mengambil yang jernih atau dengan kata kata lain melupakan semua dosa Anwar terhadap UMNO.

Berikutan itu, menantu Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin telah membawa pasport antarabangsa kepada Anwar untuk dia berubat keluar negara untuk menunjukkan kemanusiaan Badawi yang tinggi. Tentunya dengan nasihat tingkat empat yang diketuai oleh Kalimullah untuk meningkatkan pengaruh Abdullah Badawi tetapi sebaliknya menimbulkan kemarahan di kalangan ahli UMNO.

Kalimullah bersama Khairy & juga anak Abdullah sendiri meyakinkan Abdullah bahawa "Pak Lah" boleh lebih hebat dari Mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dengan melancarkan Monsoon Cup di Terengganu untuk menyaingi F1 & Koridor Utara, Selatan, Timur & Barat untuk melindungi Putrajaya selain dari pembatalan beberapa projek yang boleh meningkatkan lagi imej Mahathir.

Apa yang didedahkan oleh Rashid Ismail dalam Forum Utusan Malaysia adalah merupakan penerusan strategi untuk menghakiskan imej Utusan Malaysia sebagai suara berani orang Melayu & sebagai penyokong berkesan kepada Perdana Menteri Najib Razak & Timbalannya Muhyiddin Yasin. Ia juga merupakan stratiji jangka panjang untuk mengembalikan Abdullah Badawi kepada kuasa menerusi konspirasi bersama Anwar.

Kalimullah menyimpan dendam yang mendalam terhadap Najib kerana tidak menyimpannya di NST.

Menurut Rashid, Malaysian Insider menyiarkan rencana rencana yang di petik daripada pelbagai akhbar arus perdana & yang di sering dipetik dari Utusan Malaysia. Kemudian disiarkan komen dari pengunjung pengunjung yang berupa penyokong-penyokong pembangkang berasaskan 100% komen yang dipakai berbentuk hentaman, kritikan, kutukan & sebagainya lagi. Tujuannya adalah untuk memprojekan Utusan Malaysia sebagai rasis. Komen-komen yang senada itu mungking dari dalam sendiri bukan dari luar.

Rashid cuba menghantar komen berbentuk terbuka & adil berkali-kali bersama kawan-kawannya tetapi tidak disiarkan atau diketepikan yang membuktikan dengan jelas Malaysian Insider beroperasi untuk membantu pembangkang atau Anwar yang merupakan kawan rapat Kalimullah.

Sehingga pada saat terakhir Abdullah Badawi hendak meninggalkan jawatan, masih di atur pertemuan yang tidak disengajakan antaranya dengan Anwar dibawah anjuran seorang pendakwah sesat. Bolehkah orang yang cerdik percaya bahawa sebagai Perdana Menteri dia tidak tahu Anwar berada disitu dan ini hanya berlaku secara kebetulan?

Orang ramai tidak boleh memperkecilkan ada usaha untuk mengembalikan Abdullah Badawi kepada kuasa pada pilihanraya akan datang menerusi suatu konspirasi. Maka itu, UMNO mesti benar-benar berhati-hati dengan menantunya Khairy Jamaluddin yang menjadi pengantara dalam strategi ini.

Perlu disebutkan, Kalimullah adalah orang yang dibuang kerja hanya seminggu selepas berkhidmat sebagai Pegawai Akhbar Timbalan Perdana Ghafar Baba (Allahyarham) atas nasihat Polis Bahagian Khas kerana disyaki sebagai ejen Singapura. Dia juga ditakuti akan membocorkan rahsia kerana kaki minum pada masa itu (sekarang mungkin sudah bertaubat?).

Bekas ejen Singapura ini kemudiannya diambil bekerja oleh Pak Lah. Banyak rahsia kabinet terbocor ke NST dan The Sun serta juga ke Singapura. Angkara siapa?

Kebebasan yang menimbulkan kacau bilau sosial & politik di negara ini sekarang adalah berpunca dari demokrasi ala Abdullah Badawi atas nasihat Kalimullah & Khairy. Kita mesti angkat topi atas kejayaan Kalimullah menyusup ke dalam kerajaan.

Apabila Abdullah membawa kekalahan besar kepada BN dalam pilihanraya 2008, Kalimullah telah menulis rencana pengarang serentak di muka 1 Berita Harian dan NST menyalahkan kekalahan itu disebabkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Hishamuddin Husein Onn menghunus keris. Hisham merelakan dirinya menjadi kambing hitam dan membisu sahaja kerana takut dibuang dari kabinet. Orang seperti ini sekarang jadi Menteri Dalam Negeri. Apa akan jadi pada negara?

Konspirasi Khairy (sekarang Ketua Pemuda UMNO) dengan Kalimullah dan juga Brendan Pereira sukar untuk dibacakan oleh rakyat biasa. Sebenarnya dosa mereka yang tersembunyi kepada orang Melayu, agama Islam & Negara adalah terlalu besar untuk dimaafkan.

Malaysian Insider sekarang di jalankan oleh Kalimullah dengan bantuan sahabat karibnya Brendan Pereira dan Wong Sulong (dari Star). Semuanya dengan restu Khairy & Kamaluddin, anak Abdullah Badawi sendiri.

Apa yang dilakukan oleh Malaysian Insider secara explicit atau implicit adalah bermaksud untuk menghakiskan imej Najib dan Muhyiddin dengan menggambarkan mereka sebagai pro Melayu. Abdullah sebenarnya masih bercita-cita untuk kembali dalam kerajaan selepas pilihanraya ke-13 menerusi imej Bapa Demokrasi Malaysia.

Khairy mesti memberhentikan usaha jahat Kalimullah & Brendan Pereira terhadap Islam dan Melayu sekiranya beliau mahu selamat dunia & akhirat.
Tetapi ini tidak bererti UMNO harus memberikan tempat kepadanya lagi kerana Khairy & Kalimullah adalah bertanggungjawab menghancurkan tunggak sosial, politik dan keselamatan negara yang didirikan oleh Tun Razak dan juga maruah bangsa, agama & negara yang dibina oleh Mahathir Mohamad.

3 comments:

Anonymous said...

Eksklusif: Exco Pemuda UMNO Gesa KJ Letak Jawatan di Malaysia-instinct.com

Anonymous said...

BAGUS....BAGUS....
LEBIH BAIK JADI EJEN SINGAPUARA DARIPADA JADI EJEN UMNO...

Skandal Politik said...

Anonymous pengecut dan bacul... Kau ni salah sekor ejen CIA yang bertapak di Singapura ke?

Sekurang-kurangnya UMNO takde la nak mengkhianat negara sepertimana PKR dan Kuda Jew, ejen Zionis yang menjadi kuda trojan Anwar Al Juburi.

Pengkhianat negara patut dihukum gantung sampai mati macam pengedar dadah juga sebab dua-dua pun menjahanamkan negara.