Tuesday, October 6, 2009

Bukit Gantang: Tembelang KJ pecah di Rembau






Masuk hari kedua selepas penamaan calon, AMKNS bersama AMK Rembau telah menaikkan satu pemidang besar berkaitan kegagalan KJ (Khairi Jamalludin ) atau UMNO khususnya yang gagal melaksanakan janji-janji palsu mereka ketika PRU 12 yang lepas. Dikhabarkan selepas pemidang atau banner itu di naikkan, malamnya itu KJ telah mengamuk kerana taiknya telah didedahkan kepada rakyat Bagan Pinang dan juga menjelang pilihanraya ini pasti akan memberi satu kesan yang amat-amat besar bagi jentera BN khususnya.

Kami diberitahu oleh sahabat kami bahawa KJ mengarahkan supaya pemidang itu dibakar dengan segera agar pengundi Dun Bagan Pinang tidak sempat membacanya. Ini menunjukkan bahawa pembohongan demi pembohongan yang dilakukan pasti tidak dapat ditutup lagi kerana kemuncaknya telah tiba dan masa untuk PR menerima masuk KJ telah pun bermula....

Itu adalah petikan yang diambil dari blog PKR, apa yang nyata ini semua sandiwara sahaja sebenarnya sebab seperti yang diketahui ramai KJ adalah anak buah Anwar Ibrahim, kami mendoakan supaya anak omak ini akan melompat ke parti PKR dengan kadar segera.

No comments: