Friday, May 6, 2011

Kuda Trojan berlakun, Pemalas berharap


Nampaknya kedajalan seekor kuda trojan di dalam UMNO semakin dibuktikan dengan tindakan olehnya sendiri.

Lakonan sifu dan anak didik yang cuma bertujuan mengaburi mata orang ramai, bahawa kononnya mereka bermusuh juga rupa-rupanya satu lakonan yang begitu teruk semata-mata.


Semalam sekor kuda trojan telah menfailkan permohonan untuk membatalkan saman fitnah RM100 juta yang dikemukakan oleh Al Juburi terhadapnya.

Permohonan itu telah difailkan pada tahun ini bertarikh 21 Februari dengan alasan saman itu remeh dan menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Al Juburi telah menfailkan saman terhadap kuda trojannya itu pada 7 Mac, 2008 di mana sifu itu telah mendakwa anak didiknya telah mengeluarkan kenyataan fitnah dan menyebabkan sebuah klip video bertajuk "Anwar and kin no threat" di muat naik dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com.

Anak omak yang begitu manja dengan omaknya itu pun ada mengarahkan balacinya agar berulang-alik ke JPM setiap minggu untuk melobi bagi pihaknya kerana kepingin nak jadi Menteri.

Pergerakan Pemuda UMNO pun nampak mati di bawahnya, ada hati dengan muka tebal setebal tembok Cina, terhegeh-hegeh lagi nak melobi supaya dapat jadi Menteri.

Kalau sebelum jadi Menteri pun dah malas macam kerbau/kambing/lembu di sawah yang terpaksa dipukul sebelum buat kerja, kalau jadi Menteri nanti mungkin satu Kementerian yang dibawahnya akan mampus dan tak dapat dipulihkan lagi.

Malaysia Instinct

2 comments:

Anonymous said...

hensemnya kj. nampak mcm artis hindustan

Anonymous said...

setuju, tak yah lah ambik KJ tu, buat menyemak jer, carilah orang lain yang resminya bak padi... tapi mampu jadi benteng keluli!