Thursday, July 15, 2010

Taktik penipu KJ nak dapat belas kesian

Blog Anak Omak memotik laporan Agendadaily dan menyolit komen untuk tunjuk Khairy hanya menyamar mintak dipujuk dan disokong setelah dibonci seluruh UMNO atas komen dan penghinaannya ke atas PERKASO:

Khairy sedang ‘timbang secara serius’ lepas jawatan Ketua Pemuda UMNO

Khairy Jamalauddin berkata beliau sedang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan parti yang akan datang.

Jangan terpedayo. Baru kato menimbangkan serius. Gilo ee budak gilo kuaso nak lopaih sonang-sonang?
Bercakap dalam interbiu dengan Agendadaily di ruang rehat di bangunan Parlimen Selasa, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, keputusannya untuk melepaskan jawatan itu semata-mata kerana mahu memberi laluan kepada bakat baru.

Khairy berkata demikian apabila ditanya sama ada benar atau tidak beliau ada membuat kenyataan mengenai hal itu ketika merasmikan satu mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian di Pahang baru-baru ini.

“Ya, memang saya ada berkata begitu. Walaupun belum muktamad lagi, tetapi saya memang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda,” katanya.

Donga tak tu ee. Bolum muktamad. Boleh flip flop macam si Dolah tunggul.
Khairy menafikan langkah yang dilihat untuk ‘ tarik hand brake’ dalam karier politiknya itu kerana merajuk.

“Oh tidak. Kalau saya merajuk, saya terus berhenti dari politik. Tetapi saya tidak ada niat nak berhenti politik,” katanya.

Kalau tidak 'tarik hand brake', makno ugut UMNO. Ngaku ajo tak tahu buek kojo. Cilako punyo manusia. Buek malu oghang Ghombau ajo.
Khairy ganti Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah memenangi jawatan itu dalam peertandingan tiga penjuru dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Khir Toyo dalam pemilihan parti yang lalu.

Jawatan nombor dua yakni Naib Ketua Pemuda sekarang disandang oleh Datuk Razali Ibrahim,yang juga Ahli Parlimen Muar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Apabila ditanya tidakkah tempoh beliau memegang jawatan nombor satu dalam Pergerakan Pemuda UMNO itu telalu singkat, Khairy berkata soal sama ada tempoh itu pendek atau sebaliknya adalah relative.

“Saya sudah memegang jawatan Exco Pemuda selama sepenggal, begitu juga sebagai Naib dan Ketua Pemuda. Kiranya dah tiga penggal saya berada dalam kepimpinan tertinggi Pemuda Umno. Dalam politik ini dah kira lama jugalah,” katanya.

“Mungkin ada orang yang cakap dia (ada pihak) tak berapa suka saya jadi Ketua Pemuda UMNO. Mungkin dalam masa setahun dua ini saya boleh mencari muka baru. Tetapi saya tidak mahu tinggalkan Pemuda kepada orang yang sama taraf dengan saya. Falsafah saya, kalau kita nak tinggalkan, biarlah kita tinggalkan kepada orang yang lebih baik dari kita.

Apo cerito ni si budak panteq? Tak lain kojonyo nak lotak kroni. Dahlah kroni di semua Ketua Pemudo Nogori bangang dan doraemon macam Suhaimi Sepang. Bukan tau buek kojo tapi hanya kojo mendongki dan sabotaj.
“Sekarang saya dalam proses mencari dan memerhati. Itulah sebabnya saya memberi banyak ruang kepada Exco kerana saya mahu melihat sama ada mereka dapat memikul tanggungjawab itu atau tidak. Kalau saya sendiri nilai, agak sukar, tetapi sekiranya mereka menonjolkan diri, saya boleh mendapat maklum balas dari rakyat.

Takyah ekau nak cari. Biar Pemudo pilih sendiri. Ekau akan cari yang samo buruk macam ekau jugo. Pilihan ekau akan dibonci oghang. Sorah ajo sekarang pado Razali tu.
“Saya bajet dalam dua tahun (untuk menilai) . Saya nak selesaikan beberapa perkara, antaranya meletakkan Pemuda di peringkat centrist (kelompok tengah), membantu konsep 1Malaysia diterima semua rakyat, menamatkan program Jelajah 1Malaysia dan menyusun barisan pengganti. Kalau saya dapat selesaikan keempat-empat misi ini, Alhamdulillah,” katanya.

Donga tu, nak lotak Pemuda sebagai puak tongah? Maknonya tak juangkan Melayu macam dio la tu.


Kalau nak turun, turunlah sekarang. Apo pasal nak bajet dua tahun? Nak susun pengganti?


Ini taktik lamo dan basi untuk mengendurkan serangan. Jangan di cayo anak setan ni, dio nak kokal selamo-lamo nyo. Sorang ajo! Sorang!

2 comments:

Anonymous said...

salam perjuangan,
apa susah sangat,buang je KJ dr UMNO,bukak balik kes dia masa dia bertanding KP UMNO. selesai masalah negaro.

wolverine said...

bukan stakat kj tapi smua pengkhianat melayu..asa berani??