Saturday, July 3, 2010

Cermin dulu lihat muka dan hati mu yang hitam

Oleh MyKMU


"Worst answer since I've been an MP,'

Khairy menulis demikan (dalam tweeter) apabila Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim menjawab bahawa kerajaan akan melakukan sedaya mungkin untuk lebih berdaya saing.

Memang betullah kenyataan tersebut terburuk sejak beliau menjadi Ahli Parlimen. Tapi kenyataan terburuk sejak Khairy muncul dalam politik negara ini dilontarkan oleh bapa mertuanya, "I don't know, I'm not involved in anyway."

Sebenarnya Donald Lim dan Khairy sama-sama menyusahkan sahaja. Sepatutnya Donald "duck" kena tanya Khairy dulu mengapa beliau, Datuk Ahmad Zaki Zahid mempengaruhi Pak Lah untuk meluluskan penjualan MV Augusta dengan harga 1 Euro?

Khairy perlu menjawab soalan-soalan ini dahulu sebelum bertanya sebarang soalan mengenai Proton.

1. Adakah terdapat sebarang usaha untuk mendapatkan harga terbaik bagi jualan saham MV Augusta milik Proton? Maksudnya di sini ialah berapa banyak pihak yang dihubungi atau bilakah Proton membuka sebarang bida untuk menjual sahamnya dalam MV Augusta tersebut?

2. Siapakah konsultan yang membeli saham Proton dalam MV Augusta ini? Apakah track record mereka sebelum ini?

3. Siapakah konsultan yang bertanggungjawab mengesyorkan penjualan saham MV Augusta milik proton dengan harga 1 Euro sahaja?
Khairy kata Kementerian Kewangan bodoh. Tak tahulah siapa bodoh sama ada Menteri Kewangan, TimbalanMenteri Kewangan mahu pun pegawai kemeneterian kewangan.

Tapi tentulah kebodohan mereka ini tidak setaraf dengan Khairy yang menjual MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak diketahui iaitu Gevi S.p.A. untuk nilai nominal satu Euro (RM 4.50). Syarikat ini kemudiannya menjual pula sebahagian dari MV Augusta, iaitu Husqvarna kepada BMW untuk Euro 93 juta (RM 419 juta).

Hari ini juga Khairy mahukan Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa yang mahukan Wee Ka Siong ditangkap di bawah ISA kerana mempersoalkan hak biasiswa bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Sebelum Saya pasti mentor Khairy, Hishamuddin Tun Husien akan segera menyiasat dan memberi amaran kepada Perkasa.

Tapi pernahkan sesiapa mendengar Khairy meminta Kementerian Dalam Negeri menyiasat akhba-akhbar Cina yang saban hari mempersoalkan hak-hak orang Melayu dan menimbulkan kebencian kaum cina kepada orang Melayu melalui pelbagai artikel yang tidak tepat dan berbentuk menghasut.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya Khairy ini Ketua Pemuda UMNO atau Ketua Pemuda DAP?

Khairy sebenarnya tidak perlu ganggu Perkasa. Ia tidak ada kena mengena dengan Pemuda UMNO atau Khairy sendiri. Perkasa adalah entiti cauvinis seperti DAP, Don Jiao Zhiong, Hindraf dan ribuan persatuan perniagaan kaum Cina. Mengapa Khairy begitu sibuk memburukkan Perkasa tetapi lupa tanggung jawab beliau membetulkan Pemuda UMNO.

Ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian sebenarnya sudah menyampah dengan Khairy. Sebab itu hentaman Khairy ke atas Perkasa tidak bersambut. Mereka sendiri mahu menyelamatkan diri dari terkena "lumpur" milik Khairy. Khairy hanya boleh bergantung kepada "rakan minumnya" Wee Ka Siong sahaja.

Khairy jangan cemburu dengan sokongan anak muda Melayu kepada Perkasa kerana mereka melihat Pemuda UMNO di bawah khairy hanya tahu berpoya-poya dan bercakap semacam Pemuda DAP.

Idelisme dan ideologi Khairy tidak sesuai dengan Pemuda UMNO. Eloklah Khairy letak jawatan sahaja, biar Razali memimpin. Khairy boleh terus menjadi Ketua Pemuda BN dan juga meminta bantuan M Kayveas agar melantik beliau sebagai Ketua Pemuda PPP atau meminta bantuan Koh Tsu Koon agar melantik beliau menjadi Ketua Pemuda Gerakan.

Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO hanya merosakkan organisasi sahaja. Kali pertama dalam sejarah Pemuda UMNO mempunyai Ketua yang tidak berakhlak, perosak parti dan sekarang melingkupkan Pemuda UMNO dari dalam.

2 comments:

Anonymous said...

hampeh tu tak somongah budak tu

Unknown said...

KJ - Kitol Jamban