Sunday, July 25, 2010

KJ mahu kuasai NGO belia untuk dilumpuhkan

Majlis Belia Malaysia sedang mengadakan pemilihan pucuk kepimpinan. Ketua Penerangan Pemuda UMNO yang tidak efektif, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican adalah salah seorang dari calun untuk jawatan Presiden.

Memilihnya akan menjayakan rancangan Khairy untuk mendominasi pergerakan belia untuk dilumpuhkan, sebagaimana dilakukan ke atas Pemuda UMNO.

Jangan sekali memilih seorang yang tidak tahu menghargi budi dan jasa. Reezal adalah pencatur disebalik pemecatan Tan Sri Sanusi Junid dari jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa. Padahal Tan Sri adalah orang yang meletakkannya sebagai ahli Lembaga Pengarah UIA mewakili bekas penuntut.

Reezal adalah sebahagian dari kepimpinan Pemuda UMNO yang diketuai Khairy Jamaluddin. Pemimpin UMNO dari akar umbi hingga ke pucuk kepimpinan merungut mengenai Pergerakan Pemuda UMNO yang lumpuh dan tidak efektif dalam menjalankan kerja-kerja parti di bawah Khairy.

Khairy hanya sibuk mahukan jawatan Menteri dan disokong oleh Zahid Hamidi yang selama ini berpura-pura sebagai orang Najib tapi sebenarnya orang Pak Lah. Kata-katanya kepada mana-mana Pemuda yang ada inisiatif untuk menggiatkan Pergerakan, selagi ia tidak diberi jawatan menteri, dia akan terus berdiam.

Sudahlah Pergerakan Pemuda UMNO sunyi sepi, Khairy masih dengan kegilaan kuasa mahu memainkan kerja-kerja di balik tabir untuk menguasai NGO-NGO belia. Pasti tujuannya untuk melumpuhkan NGO-NGO belia yang menyokong UMNO.

Untuk siapa Khairy melumpuhkan Pemuda UMNO dan NGO-NGO Belia? Pasti anda boleh buat perkiraan sendiri.

Kaitkan Khairy dengan Zahid. Turut ada kaitan adalah dengan Kalimullah yang dikatakan kini bekerjasama dengan Raja Petra. Khairy, Zahid, dan Kalimullah adalah orang-orang Tun Lah walaupun Zahid berpura selama ini sebagai orang Najib. Raja Petra dan Zahid Hamidi berkait dengan Anwar Ibrahim.

Kesemua ini adalah satu rangkaian yang sudah mula menyerlahkan diri.

Dari Veteran MAYC

No comments: