Wednesday, May 12, 2010

Kenapa Blok L dan M ditukar jadi Blok KJ, kemudian Blok CA?

Blok minyak yang diberi Dolah Ti Do kepada Brunei dipanggil nama Blok L dan M. Sebaik saja diambilalih Brunei, nama Blok minyak itu ditukar menjadi Blok K dan J. Macam Blok KJ.

Lagi menarik Blok KJ sudah ditukar nama menjadi Blok CA1 dan CA2. Adakah ini bermakna Current Account 1 dan 2?

Kenapa perlu blog Anak Omak mahu kaitkan dengan KJ dan Current Account?

Sebabnya mudah kerana cara negotiation yang dibuat secara bersorok-sorok dan diam-diam antara Dolah Tido dan Sultan Brunei hanya menimbulkan syak wasangka bahawa tidak menolak kemungkinan ada satu rasuah maha besar telah berlaku.

Cuba google artikel Straits Times Singapore 2003 yang melaporkan Tun Dr Mahathir berjanji mahu selesaikan isu Limbang dan tuntutan bertindih dua blok minyak ini yang hampir menimbulkan konflik tentera antara Malaysia dan Brunei.

Dalam laporan itu berkata Dr Mahathir ada membuat kenyatan bahawa kita akan cari jalan penyelesaian yang win-win atau sama-sama untung. Antara yang disebut Dr Mahathir adalah production sharing minyak tersebut.

Bila sebut production sharing, mestilah explorasi dan pengambilan minyak dibuat oleh sebuah syarikat usahasama antara Petronas dan Brunei Oil, sebagai contoh. Cara yang sama kita buat dengan Vietnam.

Bila bersetuju, maka JV antara Murphy Oil dan Petronas terpaksa dihentikan. Tetapi apa yang berlaku adalah blok minyak diambilalih oleh Brunei Oil dan Total (dari France).

Dolah Ti Do, Petronas dan Wisma Putra kata ianya adalah satu commercial arrangement yang mana Petronas akan membangunkan blok minyak itu bersama dengan Brunei selama 40 tahun.

Kenapa jika bangunkan minyak bersama kita kena masuk lagi proposal dan negotiate dengan pihak Brunei Oil dan Total. Bukankah itu bermakna Petronas bukan buat production sharing dengan Brunei dan hanya jadi kontraktor.

Tentu bukan namanya production sharing jika Malaysia hanya meraih keuntungan dari minyak ini selama 40 tahun kerana kalau production sharing, bukankah sampai telaga itu kering? Katalah mungkin ada perjanjian yang ada masa tapi kenapa ditetapkan masa 40 tahun terhadap Malaysia?

Konon khabar berkata Dolah Ti Do yang memandai buat perjanjian sendiri dengan Sultan Brunei. Ini yang pelik kerana sepatutnya isu sempadan ada jawatankuasanya dan pakar2 dalam hal hal ehwal luar Negara dan survey yang terlibat dalam negotiation dan bukan perdana menteri kaki tido dan cakap merepeik.

Satu lagi perkara yang dipersetujiui memang pertukaran limbang for oil. Tapi Sultan meminta usah diberitahu Brunei akan henti menuntut Limbang. Survey yang dikatakan telah dibuat hanya akan justify apa yang sudah dipersetujui dan sempadan telah di lukis.

Kalau ikut alas an bahawa persempadanan akan ditentukan oleh survey tanah dan laut, kenapa diberi blok KJ siang2?

Kami syak bahawa ada baksyish telah bertukar tangan yang membolehkan Dolah Ti Do - yang suka buat2 bodoh tapi tak bodoh dalam bab wang dan benda2 mungkar – bersedia menggadaikan telaga minyak bernilai lebih US$100 billion senang-senang.

Ada kontrak tertentu akan diberikan kepada Dolah Ti do direct dari Brunei Oil-Total JV. Ini yang membuat Dolah Ti Do setuju tak payah cara production sharing. Kalau production sharing Petronas-Brunei Oil, SPRM boleh masuk siasat. Pihak berkuasa boleh basuk tengok buku dan surat2 dalam syarikat JV yang ada kepentingan Malasyia.

Petronas hanya diperingkat kontraktor maka SPRM tak boleh tengok apa berlaku di peringkat Brunei Oil dan Total yang berlaku hanky panky. Sebagai kontraktor, Petronas tak boleh cakap banyak tapi kena ikut perjanjian dengan Brunei Oil-Total.

Selain itu kami syak bahawa Sultan Brunei telah sogok Dolah Ti Do dengan sejumlah wang yang membolehkan Dolah bangun dan sedia gadaikan harta warisan negara kepada Brunei. Adalah penasihat yang setuju.

Penasihat yang Dolah Ti Do dengar hanyalah …. anak Kamaluddin dan menantu hantu Khairy Jamaluddin.

Itulah ceritanya disebalik Blok KJ atau Blok Current Account.

6 comments:

Anonymous said...

Kenapa Najib tak mahu menjawab secara terus berkaitan isu ini.Ada apa2 ke?
Najib pun dah tiru cara Dol Bedawi,buat tak tau saja.......alamat UMNO akan terkorban atau dikorbankan!

Zinedine Zaiddin said...

Ada logiknya..Blok KJ? Blok CA?

CA = Current Account? Hahaha

Wake UP! said...

Blok KJ? Buruk nama tu.

take care of your own communist party

Wake UP! said...

Blok K dan J. Nama macam pernah dengar.

PAS, ally of communist

Wake UP! said...

Adakah KJ tu sejenis binatang bernama kera jamban?

Chauvinist party

Anonymous said...

Kedengarannya bagus, saya suka membaca blog Anda, hanya ditambahkan ke favorit saya;).