Thursday, April 29, 2010

Tiga Malaun Di Hulu Selangor

Apo nak dikato, BN dah menang di Hulu Selangor.

Semua pihak sepatutnya bergumbira, tapi bilo den baco post-mortem di MyKMU, habih tegak segala bulu.

Jadi den poi la siasat, apo cerito sebanarnyo dengan bertanya sama otai-otai Hulu Selangor. Tup-tup, yang keluar ado tigo namo, Tun Faisal, Abdul Rauf Yusoh dan Zaharin Sang Kelembai.



Masing-masing nak cari kesempatan untuk julangkan sendiri punya namo. Blog ini pada suatu ketika dahulu pernah membela Tun Faisal. Tapi kalau korang merapu, dengan botol brandy Zaid kepala korang den palu.

Tun Faisal si budak suruhan Hishamuddin tanpa segan silu mengaku para bloggers berada dalam dia punya tangan. Bangang ko apo budak Faisal sekor ni, tak payah la tunjuk eksyen kalau setakat boleh bela blogger UMB. Hakikatnya, para blogger otai layan Tun Faisal ni macam budak baru belajar dalam cyber warfare.



Pasal si Abdul Rauf Yusoh ni pulak, den tak nak cerito banyak. Apa yang den dengar, si Rauf ni banyak bagi kontrak kat Bangla untuk buat kerja pilihan raya.

Ye la kot, kalau ambil Bangla, upah dua tigo posen pun depa tak komplen. Ada lebih bajet "kot-kot" boleh la masuk sendiri punya poket. Den tak tuduh, cuma nak ingat-ingatkan, sebab anak tempatan Hulu Selangor dah tak tahan.


Si Zaharin pulak, aduh ... memang buat den tergelak. Sang Kelembai mintak duit sana sini kononnya untuk menggerakkan unit komando yang terdiri daripada 41 "pejuang" UMNO Wilayah. Apa la yang den boleh bangga ngan UMNO Wilayah kalau dalam PRU lepas hanya tinggal satu kerusi.

Satu pengajaran untuk UMNO. Sebenarnya ramai lagi bloggers dan pekerja pilihan raya yang memberi sumbangan atas dasar perjuangan, bukannya dasar duitan. Tapi jika UMNO masih memberi tanggung jawab kepada manusia hanya tahu untuk maraih kuasa dan juga ringgit Malaysia, BN akan sekali lagi kecundang dalam PRU akan datang.

Apa yang den minta, ketepikan Khairy dan juga segala manusia yang sebangsa dan sebangsat dengannya.

9 comments:

azlishukri said...

tuan- saya sangat menyokong tulisan ini, Tun faisal tidak boleh bangga kononnya para bloggers UMNO semua berada di bawah gengamannya.

Anonymous said...

dulu sibok heboh UMNO tabor duit bagi pengundi - org UMNO PERASUAH,

la ni,org sibok heboh org UMNO PENYAMON pulak dah,pilihanraya jadi tempat berniaga,ber sub-sub kontrak dah!

aku rase orang panggil PERASUAH bagi duit pada rakyat lagi bagos dapat undi , rakyat dapat duit.

daripada orang panggil PENYAMON , duit bg Bangla, yg lebih tu kaut sendiri. Makan keliling bro...
UMNO PENYAMON....


jujuy

CUCU TOK WAN said...

YE KER DIORANG NI SEMUA ADA KENA-MENGENA DENGAN BLOGGER? TAK PERNAH DENGAR PUN NAMA DIORANG...

KECUALI ZAHARIN KELEMBAI LER... TU PUN KENAL MASA KAT JALAN PAHANG, MELEPAK SEBELUM DIA MASUK POLITIK, SESEKALI JUMPA DENGAN AWEK SABAHNYA YANG BADAN LEBIH KURANG MACAM DIA JUGAK KAT AMPANG POINT.

NAMA YANG DUA LAGI TU, TAK PERNAH TAHU WUJUD KAT DUNIA INI. DEPA ADA BLOG KA?

RAMAI SANGAT ORANG YANG MENGAKU, ORANG NI ORANG DEPA. MACAM YANG HANG CAKAPLAH, BLOGGERS DALAM TANGAN... AHAHAHA... DALAM TANGAN APA, KALAU MENGAKU BLOGGER NI DIA KENAL, TAPI BLOGGER YANG DIA MENGAKU KENAL TU, TERPACAK DEPAN BATANG HIDUNG PUN, DIA TAK TAHU!

BANGSA LINTAH MACAM NI LA YANG MEROSAKKAN KERJA-KERJA ORANG LAIN. DEPA MAIN PUKUL RATA YANG SEMUA ORANG MACAM DEPA JUGA, LINTAH YANG MENYEDUT, BUKAN SETAKAT DARAH, DENGAN LEMAK-LEMAK DAN DAGING SEKALI DEPA SEDUT.

AKU PERNAH NAMPAK DENGAN MATA KEPALA AKU SENDIRI BERSAMA SEORANG RAKAN BLOGGER YANG TERKENAL NAMANYA, SALAH SEORANG DARIPADA TIGA NAMA YANG DISEBUTKAN TU, MEMANG KERJANYA MENYEKAU DUIT ORANG... SALAH SEORANG MANGSANYA ADALAH DATO' AZIZ SRI GADING...CERITANYA UNTUK SEDUT DUIT DARI DATO' AZIZ, BOHONG SEMATA-MATA DAN TIADA LAIN MELAINKAN BOHONG!

antiparpukari said...

bro,

tak baik hang tuduh depa macam tuh. depa semua baik-baik belako terutama sekali si rauf penyamun trabus.
bila ada pilihanraya kecik menonong pasang sub rembat duit umno.

aku dengaq juga si rauf ni kaki kapur. pernah mengaku nak bela blogger minta duit tak munasabah.

pasal tun faisal aku lagi pelik macam nama dia. bapa takda tun macam mana dia pakai nama tun. moralnya, kira memang tera menyelinap sapu duit la si faisal ni.

rugi umno simpan budak2 ni...

Chairman Kaga said...

KALAU PENCACAI BUATLAH MACAM PENCACAI
SEDARLAH WAHAI PENCACAI BAHAWAMU NI PENCACAI DAN KALAU MENCACAI KENA ADA KETUA PENCACAI TAK KIRA KP TU PANJANG ATAUPUN PENDEK

MUAHAHAHAHHAHAHA
HEE YIT FONG HE HE HE HEE YIT FONG
HE HE HE

Anonymous said...

KJ pun hampeh.
Masa PM datang Hulu Selangor dia suruh sediakan kumpulan bermotor iring PM dia minta duit untuk bagi kepada pasukan bermotor.

Sampai masa dia kata kat ketua pemuda bahagian, pemuda tak mau terlibat (nak sabotag lah tu) Duit dia dah kapor. Budak2 motor mengamuk sebab dah datang tiba2 batal dan tiada dapat apa2.

Anonymous said...

Tuan,

Sila masukkan blog Sakmongkol 47 sebagai seorang lagi pengikut buntut setia KJ!

Tkasih

AZ said...

Salam Anak Omak tuan punya blog,

Aku ada isu sikit utk korang ulas dlm blog korang pasal KJ. Aku ada bagi isu ni kat blogger Parpukari utk dia ulas tapi dia x ulas pun. Pada aku elok la korang ulas kalau rasa cerita ni best. Ni aku copy paste emel aku ke Parpukari : -

Salam bro Parpu,

Aku ni seorang rakyat marhaein yg selalu bukak blog ko..aku ni peminat liga tempatan, selalu pegi stadium untuk support team kesayangan aku Perak FC!

Dipendekkan cerita, aku follow si beruk KJ ni dekat Twitter. Bukan sebab minat dia pun, cuma suka2.

Kalo ko tgk status KJ kat twitter byk yg berkisarkan obsesinya pada EPL. Sedangkan dia tu timbalan presiden FAM!

Ada sekali tu aku retweet dia, sound dia sikit, kenapa asyik promote EPL walhal dia tu timb. Presiden FAM. Patut dia promotela liga tempatan kat rakyat. Dia reply balik dgn poyo dan marah.

"Come on lah. Don't tell me about not supporting the local league. I ran a team for 3 seasons. Nothing wrong abt supporting both"

Konon support both, tapi aku tak pernah nampak status dia promotekan liga tempatan.

Aku bukan apa, sebagai peminat liga Malaysia, aku sekarang sedih tgk kehadiran penonton di stadium. Pada aku bukan sebab pemain kita tak bagus, tapi kurang diberi promosi. Tapi fikir logikla, macamana rakyat nak support Liga Malaysia kalau timbalan presiden FAM sendiri sibuk promotekan EPL?? Letak jawatanla kalau macam tu. Sejak dia pegang jawatan tu, aku tak nampak apa2 perubahan pun dlm liga kita.

Harap ko boleh ulas isu ni dlm blog ko sebab aku dah meluat gile.

Wake UP! said...

Apa punya melaun la? Orang lain buat kerja, dia pula senang-senang ambik nama.

Dalam dunia ni memang ramai orang jenis macam tu.

chinese racist are not good actors