Friday, May 28, 2010
T Mohan kutuk UMNO tapi Khairy diam saja
Siapa T Mohan (sahabat baik Khairy0 nak ugut UMNO, BN?
Jika kelmarin anak Samy Vellu, Vell Paari buat hal dengan menuduh UMNO terlibat hendak menjatuhkan bapanya, semalam Ketua Pemuda MIC, T. Mohan pula, yang baru setahun jagung dalam politik berkata, MIC tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) jika dakwaan itu benar.
Memang kurang ajar betul si Mohan ni. Siapa dia nak ugut UMNO dan siapa dia nak ugut BN?
Apa yang dia tahu tentang sejarah perjuangan UMNO dan BN, bahkan apa yang dia tahu tentang sejarah perjuangan MIC sehingga sesuka hati nak mengeluarkan kenyataan BUSUK seperti itu?
Apa masalah Mohan sehingga nak paksa UMNO menjelaskan tujuan penyewaan sebuah dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari pelancaran gerakan menyingkirkan Samy Vellu itu?
Suka hatilah siapa nak sewa dewan itu yang dia nak sakit hati sangat kenapa?
Selama ini pun dah beribu kali orang menyewa dewan di PWTC tapi kenapa pula kali ini dia beriya-iya sangat nak tahu siapa yang hendak berbuat demikian?
Dia CEO PWTC ka? Dia ada share dalam PWTC ka? PWTC tu harta dia ka?
Mohan berkata demikian bila mengulas kenyataan bekas timbalannya, V. Mugilan yang dilaporkan akan membawa 7,000 ahli GAS pada majlis perhimpunan dan pelancaran pertubuhan itu di PWTC Ahad ini.
Selain Mugilan, dua ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, G. Kumar Aamaan dan KP Samy turut dipecat daripada parti itu semalam kerana turut mendesak Samy Vellu berundur.
Berikutan desakan-desakan berkenaan, anak Samy Vellu, S. Vell Paari yang juga ahli CWC MIC dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today semalam mendakwa UMNO kini melakukan ‘pembunuhan politik’ terhadap ayahnya dengan turut terlibat dalam penubuhan GAS.
Dalam perkembangan sama, Mohan turut meminta polis supaya tidak mengeluarkan permit bagi membenarkan perhimpunan dan pelancaran GAS.
Katanya, perhimpunan pertubuhan tidak berdaftar itu berupaya memberi implikasi keselamatan kepada orang awam di sekeliling kawasan tersebut.
‘‘Jika mereka kata ada 7,000 ahli serta bekas ahli parti mendesak Datuk Seri (Samy) meletakkan jawatan, saya akan bawa 14,000 ahli Pemuda MIC yang menyokong beliau (Samy Vellu) tetapi mampukah polis jamin soal keselamatan di sekeliling?
‘‘Lagipun polis pernah membatalkan perhimpunan Hindraf pada 2008 lalu yang memperjuangkan nasib komuniti India sedangkan GAS hanya bercakap mengenai seorang individu (Samy Vellu) jadi saya harap tidak ada double standard dalam hal ini,” katanya.
Sekali lagi Unta Belang nak tanya, siapa dia nak minta polis tidak keluarkan permit untuk perhimpunan itu?
Dia SB kah? Dia OCPD ka? Dia Ketua Polis Negara ka?
Mengenai dakwaan dia boleh bawa 14,000 ahli Pemuda MIC untuk menyokong Samy Vellu, Unta Belang nak tanya sikit, kenapa baru sekarang nak bawa 14,000 ahli itu, masa pilihan raya kecil Hulu Selangor, kenapa tak bawa?
Kenapa masa di Hulu Selangor tempoh hari, UMNO saja yang bersungguh-sungguh, masa tu kenapa tak kerahkan 14,000 ahli yang dikatakannya itu untuk sama-sama membantu jentera BN memenangi kerusi tersebut?
Nampaknya selaku Ketua Pemuda BN, Khairy kenalah ajak si Mohan ni masuk Askar Wataniah.
Dah tak terkawal rasanya disiplin si Mohan ni. Nanti lagi dibiarkan, dia pun sama merapu macam Vell Paari juga
Sekurang-kurangnya bila dia masuk Askar Wataniah, dia boleh faham bagaimana pentingnya kita menjaga disiplin dalam setiap perbuatan kita , tingkah laku kita serta lidah kita.
Kalau tak nak masuk Askar Wataniah pun takpa, Pandu Puteri boleh buka keahlian untuk T. Mohan.
Lagipun setakat berani keluar kenyataan di surat khabar saja tak cukup untuk jadi Ketua Pemuda, apatah lagi jika mempunyai akal yang pendek lagi dangkal seperti abang Mohan kita tu
Ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya!
Dipetik dari Malaysia Instinct
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment