Thursday, January 13, 2011

KJ cekap buat kerja buang masa


Tak habis-habis Khairy berusaha membuktikan dirinya tidak relevan lagi dengan UMNO.

Tak pasal-pasal dia sahut cabaran Nuar Berahim untuk berdebat. Isu ekonomi pulak tu. Dan tarikhnya sudah ditetapkan iaitu sebelum penamaan calon PRU ke-13.

Khairy ingat bila sahut cabaran Nuar tu dia akan dianggap hebat, berani, anak jantan dan menggambarkan citarasa generasi muda sekarang?

Silap besar! Oh Khairy apasal la kau jadi gini.

Tumpuan perjuangan UMNO sebagai sebuah parti sekarang adalah mendekati pengundi. UMNO perlu bertungkus lumus siang dan malam bekerja mempertahankan kerajaan yang UMNO sendiri adalah salah sebuah parti yang mendokongnya bersama rakan-rakan dalam BN.

Untuk memprtahankan kerajaan bukan dengan cara berdebat. Kena berkerja dengan strategi yang betul, berkesan dan berterusan. Kena kaji kelemahan dan kekuatan parti. Kemudian analisis pihak musuh dan cari strategi yang akan membenamkan mereka.

Berdebat hanya untuk popularkan diri sendiri atau pihak lawan. Debat politik yang dianjurkan oleh Nuar Berahim adalah strategi terdesak yang tidak perlu di layan. Nuar Berahim sedang lemas dihanyut arus masalah yang membawa dirinya semakin jauh ke lembah kehinaan. Nuar Berahim sedang mencari mangsa yang boleh diperbodohkannya melalui agenda berdebat.

Hanya barua Nuar berahim sahaja yang akan melompat-lompat melayan kehendak bekas banduan itu yang juga semakin hari semakin tidak popular dan dibenci.

Di saat dan ketika pemimpin pemuda dan pemimpin UMNO di semua peringkat sedang bertarung dalam perjuangan antara hidup dan mati untuk hadapi PRU 13 ini, nampaknya Khairy sudah terkeluar dari arus perjuangan.

Khairy semakin menjadi-jadi melakukan perkara yang tidak relevan dengan keperluan semasa UMNO.

Daulah al Watan

1 comment:

Anonymous said...

Tap polah biarlah dio nak buek apo pun. Debat baik yo!! dapek donga apo yang nak di tokakkan. Silap2 nanti tekeluar cerito yang kito tak tahu.
Bilo banyak bodabat dan bekato-kato banyak silap nyo.
Biarlah nak dilantak eeh....
Kesian den kek orang melayu ni..sampai bilo nak sodar diri...lombu dah balik ko kandang. Orang melayu ni bilo lai....