Siasat penyamun Pak Mertua dan Menantu |
Dalam membincangkan pelbagai kemungkinan politik dari kenyataan KJ ini, tidak sekali-kali kita harus berhenti dari menyiasat dan mendedahkan salah laku KJ yang lepas-lepas kerana ia melibatkan wang negara.
Usahlah nak kata berhenti sementang dia berhenti. Itu hujah zaman pakai radio gram. Tak ada cerita nak jaga hati semua ini. Salah tetap salah. Tak kira dah berhenti atau tidak.
Malam tadi, blog Bigdogdotcom menimbulkan kemungkinan Khairy cuba melarikan diri dari sesuatu.
Baru-baru ini, Khairy telah menarik balik saman terhadap Husam yang pernah dibuat satu masa dahulu. Husma pernah menimbulkan beberapa persoalan mengenai transaksi perniagaan melibatkan ECM Libra, Pandai dan lain-lain.
Dari tiga persoalan atau pertuduhan Husam, dua dia boleh lepas tetapi persoalan meyatakan Khairy mempunyai saham dalam Pantai sudah tersalah sangat. Husam boleh kalah dalam saman ini.
Ini menimbulkan persoalan kenapa Khairy tidak mahu teruskan saman terhadap Husam sedangkan dia boleh menang? Adakah kerana dia tidak mahu butiran dari isu-isu itu timbul kembali di khalayak awam?
Rasuah Alcatel untuk dapatkan kontrak Telekom |
Bigdogdotcom bertanya samada Khairy bukan merajuk tetapi tersangkut dalam hal pemberiaan kontrak sebesar USD85 juta kepada Alcatel pada tahun 2004-2006. Dipercayai beberapa orang Malaysia telah mendapat rasuah sebanyak US$700,000.
Dr Norraesah |
Pengerusi Alcatel Malaysia ialah Dato Dr Noraesah Mohamad yang mana dikatakan anak menakan atau anak angkat kepada Pak Lah.
Dua konsultan dipercayai mendapat USD200,000 dan USD700,000. Adakah Khairy salah seorang darinya?
Dah tentu menceritakan mengenai Khairy, satu lagi yang nama Khairy sedang luas diperkatakan dalam market ialah berkenaan skandal PKFZ.
Sekarang ini, hanya Tun Ling Liong sik saja yang akan dihadapkan ke mahkamah. Dipercayai, sepanjang kes ini, ramailah nama-nama yang akan timbul dalam perbicaraan.
Salah satu nama yang kuas diperkatakan ialah Khairy dan Azim Zabidi, bekas Bendahari UMNO.
Kononnya Khary ada cut dalam keuntungan tengah dari penjualan tanah "orang kampung" kepada kerajaan. Mungkin sekali melalui Kuala Dimensi Sdn Bhd.
Orang-orang Cina dan MCA tahu sangat mengenai ini. Menurut congak mereka, Khairy sudah pungut dalam RM300-400 juta dari transaksi penipuan ini.
Banyak lagi masih tidak terdedah. SPRM perlu siasat dan tidak perlu takut kepada sesiapa lagi.
Apa cerita disebalik sebenar Stadium Terengganu yang runtuh? Kontraktornya ada kaitan dengan Khairy.Semasa itu, Terengganu seperti Khairy yang punya.
Begitu juga perlumbaan Monsoon Cup yang tidak mendatangkan hasil pada negeri pun melibatkan Khairy. Kontrak seperti Masjid Kristal yang sebenarnya besi dan kaca sahaja tetapi memakan ratusan juta ringgit dan apabila siap banyak kesrosakkan.
Projek Penang Global City Centre (PGCC) yang kelulusannya mencurigakan kerana tidak lojik begitu banyak bangunan pencakar langit dalam keluasan tanah sedemikian.
Selain itu, Pak lah melancarkan sebelum pelan diberi kelulusan oleh pangusa tempatan Pulau Pinang.
SPRM patut siasat penglibatan Khairy dalam Halal Corporation kerana ada berlaku salahguna kuasa dalam perlesenan.
Ramai pengusaha2 bukan Islam mendpaat lesen sedangkan orang Islam tidak dapat untuk melibatkan diri dalam makanan halal.
Tangan Khairy begitu dalam penglibatan.
Demi wang, Khairy sanggup persetan kepada bangsanya sendiri. padanlah dia memusuhi Perkasa.
No comments:
Post a Comment