Tuesday, January 4, 2011

Razali! Usah ikut cara Hishamuddin si-Aristokrat Pondan!

Razali Ibrahim adalah Timbalan Ketua Pemuda UMNO. Sungguhpun terpaksa bersaing dengan Ketua Pemuda UMNO, Razali Ibrahim nampaknya lebih menonjol berbanding Khairy Jamaluddin yang terpaksa melakukan pelbagai gimik termasuklah membayangkan keengganan untuk mempertahankan Kerusi Parlimen Rembau.

Sememangnya 'gempar' bikinan Khairy Jamaluddin membuatkan ramai yang marah kepada Ketua Pemuda UMNO yang kelihatan sangat terdesak untuk terus memegang jawatan di dalam UMNO itu. Apatah lagi Pemuda UMNO di bawah kepimpinan Khairy Jamaluddin yang kelihatan sangat lemah, layu dan kering sekalipun Khairy cuba menimbulkan pelbagai polemik termasuklah membangkitkan perkara biasiswa untuk pelajar bukan Melayu-Bumiputera.

Bukan tidak ada desakan untuk Razali Ibrahim bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan akan datang. Dan mujurlah pemilihan telah ditunda dalam tempoh 18 bulan dari penghujung Oktober lepas. Setidak-tidaknya memberi ruang kepada akar umbi UMNO untuk menilai sendiri barisan kepimpinan sedia ada sama ada wajar dipilih semula atau dinyahkan kerana ketidakupayaan mereka menjalankan amanah dan tanggungjawab yang mereka sendiri minta.


Razali Ibrahim bagaimanapun dikatakan teragak-agak. Mungkin rendah diri atau barangkali juga wala' tidak bertempat sekalipun ketuanya sekarang tidak tsiqah terutama sewaktu bapa mertuanya masih lagi bergelar Perdana Menteri Malaysia.

Apabila Khairy Jamaluddin sudah pun menggunakan taktik ugutan sebegitu, Razali Ibrahim sepatutnya sudah pun bersedia untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang politik, terutama sekali dalam UMNO. Isyarat sudah diberikan agar Razali mula menunjukkan kemampuannya memimpin barisan Pemuda UMNO dan mengeluarkan pergerakan tersebut daripada kepompong mandom, malas, lembab dan bacul seperti sediakala. Malah tidak keterlaluan juga kalau dikatakan, Razali Ibrahim wajar memimpin Pergerakan Pemuda UMNO agar dapat bersaing dengan Lujnah Pemuda PAS Pusat pimpinan Nasruddin Hassan Tantawi yang kelihatan lebih mantap dan lebih berwibawa.

Atau setidak-tidaknya mengikuti jejak langkah Nasruddin yang tahu diri dan tidak meminta jawatan yang bukan-bukan di dalam partinya....

Dan yang lebih penting, masanya sudah sampai untuk Razali Ibrahim MENGERASKAN TELURNYA dan memimpin Pergerakan Pemuda UMNO untuk Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka berlangsung sebelum pemilihan agung UMNO.


Flying Kick


Tahulah .... kamu orang Hishamuddin.

Apa lagi nak calculate, congak dan wait and see, Razali? Itu stail Hishamuddin, anak dulang emas yang belum berhenti hisap puting dan ditantang oleh darjah aristokratnya. Buat apa ikut dia yang asyik jual nama "my cousin brother, my cousin brother."

Kau dahlah cute, Jangan sampai orang kata kau nak ikut sama macam si Hishamuddin pondan.