Wednesday, November 10, 2010

Orang Tun Dol Jaga Anwar?

photo

Oleh:  ROSLI ISMAIL

Tengok betul-betul siapa ini yang berkopiah atas.Memang cukup familiar .Bila ada kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim wajahnya ini kerap kelihatan salah seorang pengiring tetap beliau.

Malah di bangunan Parlimen,kalau nampak kelibatnya mundar mandir kita boleh tau Anwar ada di situ hadiri sidang.

Ramai juga yang bertanya siapa dia.Bomoh,pawang,bodyguard atau apa?
Namanya yang sebenar ialah Saeden Watih.Usianya 58 tahun.Berasal dari Teloi,Sik,Kedah.

Ada orang panggil dia " Pak Din Reformasi" ,ada yang juga sebut " Pak Din Anwar" dan kadang-kadang dengar juga yang orang panggil dia " Pak Din Gayung".

Masa zaman kemuncak reformasi,Pak Din adalah antara yang kerap masuk lokap.

Rupanya banyak kisah menarik tentang Pak Din ni - orang kecil dicelah pembesar - yang kini menetap di Setapak ,Kuala Lumpur.

Jangan terkejut kalau diberitahu Agendadaily sebenarnya bersua dengannya di majlis rumah terbuka Pemuda,Wanita dan Puteri UMNO di PWTC petang Jumaat lalu.

Pak Din kelihatan siap berpeluk mesra dengan beberapa orang pemimpin UMNO di situ.




Pak Din di rumah terbuka Datuk Seri Ali Rustam

Beberapa hari sebelum itu Pak Din ke rumah terbuka Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam di Rumah Melaka di Kuala Lumpur.

Apakah Pak Din dah korner tinggalkan Anwar?

Mereka yang tidak kenal Pak Din tentu ingat macam-macam tengok dia main banyak ' kolam' gitu.

"Sebenarnya saya lebih rapat dengan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dari Anwar sendiri," kata Pak Din ketika bersembang dengan Agendadaily di The Mall dekat PWTC.

Namun Pak Din segera mengingatkan beliau adalah 'penjaga setia' Anwar.

Katanya dia diamanahkan oleh seseorang untuk jaga Anwar. (Tun Dol la tu..)


Jadi jangan cakap bukan-bukan pasal Anwar depan Pak Din.

"Anwar kawan saya...saya bukan kerja dengan dia atau apa-apa,"katanya yang juga rapat dengan semua anggota keluarga Ketua Pembangkang tu.

Panjang cerita kisah hidup Pak Din ni.

Dia sebenarnya pernah jadi pemandu kepada Sultan Brunei sekarang dari tahun 1980 hingga 1986.

Setelah tamat kontrak Pak Din kembali ke Malaysia.




Di Kuala Lumpur dia kemudianya menjadi pemandu kepada Pengiran Sufri dan keluarga Mazuin Hamzah.

Pada tahun 1988 sampai 1990 Pak Din menjadi pemandu tak rasmi kepada Pak Lah.

Banyak kisah dengan Pak Lah dilaluinya termasuk waktu beliau dalam rimba politik yang tidak menentu lepas pemilihan jawatan UMNO antara Team A dan Team B yang cukup panas pada tahun 1987.

Ini termasuk memandu Pak Lah pergi balik untuk hadir ke satu majlis di Kota Bharu dari Kuala Lumpur kerana tiket kapal terbang habis.

Katanya walaupun rapat....namun semasa Pak Lah jadi Perdana Menteri dia tidak pernah pergi 'bergayut' macam sesetengah orang.

Kalau nak tau Pak Din lah yang atur Anwar pergi ke rumah terbuka Hari Raya Pak Lah di Kepala Batas tidak lama selepas keluar penjara.Kehadiran Anwar di majlis itu telah mengejutkan ramai pihak.

Selepas dengan Pak Lah ,dia kemudiannya berkerja sebagai pemandu kepada bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Affifudin Omar.

Dari situ juga Pak Din mula rapat dengan Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan.

Menariknya macam mana Pak Din boleh masuk sana masuk sini?

Katanya dia memegng prinsip tetap anggap kawan sebagai kawan.

Dia tak ambil pot tentang pendirian politik semua kenalannya.




"Saya tak musuh dengan sesiapa ..saya tak pertikai pendirian mereka walaupun kesetiaan saya pada Anwar,"katanya.

Antara tokoh UMNO yang Pak Din cukup rapat ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,Datuk Noh Omar dan Datuk Johari Baharom.

Apakah pekerjaaan tetap Pak Din? "Adalah sikit-sikt cari makan" katanya yang mempunyai enam anak.

Agendadaily

4 comments:

Danny Lau said...

Pak Din ni bomoh nak "PUNGKAM" mulut lawan bicara kot???

Anonymous said...

saya dok pikio macam ni. biaq pi la pak din berlakun. beri peluang pak din jalankan tugas dia. janji semua maklumat yang dia dapat dari pihak yang pak din dampingi sampai ke pihak berkuasa. itu yang kita mau. betui kaaan....?..

detguaq said...

Aku baru saja sempat berkenalan dengan pak din ni....rangkaian sahabat dia hebat juga...

Dot said...

macam gergaji seribu mata ja! jgn jadi semut yg suka hurung gula sudah..takut nanti kena kencing manis kalu tak kecimase!!