Saturday, November 20, 2010

Lantik KJ : PRU 13 confirm jadi macam Mac 2008

Lantik KJ Ke Kabinet? Dengan tidak menyingkirkan KJ dari jawatan KP sekarang pun sudah manjadi satu ancaman kepada Umno, apatah lagi melantik KJ sebagai Menteri atau Timbalan Menteri.

Pelantikan KJ ke kabinet adalah sebagai tanda Umno berkata "Yes to Rasuah".

Perlantikan KJ juga adalah tanda Umno mengistiharkan perang kepada pengundi atas pagar dan blogger.

Pelantikan KJ juga merupakan hadiah peluru berpandu tanpa had kepada pembangkang dan blogger-blogger pembangkang untuk dtembak kembali kepada Umno.
Pelantikan KJ akan menghenti dan menukar arah momentum sokongan rakyat kearah BN dan Umno hasil usaha keras Najib dan penyokong Umno, termasuk blogger selama ini.

Perlantikan KJ menggambarkan bahawa manusia amanah dan tidak rasuah sudah pupus dalam Umno, seolah-olah Umno sudah tiada lagi pemimpin sehingga manusia setaraf KJ perlu dilantik kedalam kabinet.  

Tindakan dan usaha yang sama tidak akan memberi hasil yang berlainan. Lantik KJ sebagaimana Mac 2008, dimana Abdullah Badawi menjadi tukang pelaksana idea KJ, bermakna hasil keputusan PRU-13 akan sama dengan Mac 2008.


Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/11/lantik-kj-pru-13-mac-2008.html#ixzz15kWVTjAa

4 comments:

rabun ayam said...

hang punya template kena tukaq. x nmpak tulisan

UjangRanggi said...

tuan,sila tukar warna font kpd putih krn posting anda tak boleh dibaca. tkasih

Bingai @ Bangang said...

Hanya PEMUDA sahaja yang mampu menentukan nasib KJ. Sekiranya beliau masih seorang KP dan MP maka DSN sendiri dalam keadaan serbasalah. Jadi, buatlah keputusan atau perhebatkan kempen.

Aku Yang Bingai

Blog Tendang Terajang

To Live Again said...

Btl kata tuan blogger umno seolah2 "ketandusan pemimpin smpaikan manusia setaraf KJ pon nk di angki sbgai pemimpin"..

Beristighfar la DSN..KM sygkan Islam,Melayu dn Umno..