Thursday, June 10, 2010

Sewel si Ketot bila KJ tidakjadi Menteri?

Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan dilaporkan oleh akhbar Suara Keadilan sebagai mempersoalkan tindakan Perdana Menteri mengenepikan Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO di dalam perlantikan kabinet.

Kononnya, tindakan tersebut menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib tidak mengiktiraf barisan kepimpinan muda.

Shamsul nampaknya begitu beria-ia membela Khairy apabila menyatakan bahawa Khairy sering mempertahankan kedudukan Perdana Menteri apabila diserang oleh Pakatan Rakyat. Baginya, Khairy layak dan wajar diberikan jawatan di dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

Shamsul juga meminta agar Khairy mengambil serius perkara ini dan menganggap keputusa Najib untuk meminggirkan Khairy adalah kerana tekanan dari Tun Dr. Mahathir yang tidak sukakan Tun Abdullah Badawi.

Ewah!!! Pelik juga cadangan si pendek ni. Dia yang nampaknya lebih susah hati sedangkan Khairy nampak ‘cool’.

Apa yang boleh ditafsirkan dari kenyataan Shamsul ialah samada Pakatan Rakyat amat mengharapkan yang Khairy dilantik ke dalam kabinet, atau Pakatan Rakyat secara malu-malu sedang mempelawa Khairy menyertai mereka.

Apabila musuh menyukai salah seorang dari orang kita, ia merupakan petanda paling kuat bahawa orang tersebut merupakan liabiliti dan mendatangkan bahaya kepada kita.

Justeru, apabila melihat perlantikan Khairy ke dalam kabinet adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh Pakatan Rakyat, semakin yakinlah kita bahawa Najib membuat keputusan yang tepat dengan menidakkan hasrat mereka.

Persoalan yang timbul ialah kenapa Pakatan Rakyat begitu inginkan Khairy dilantik?

Mungkinkah kerana Khairy sebenarnya punya hubungan sulit dengan Pakatan Rakyat dan telah pun merancang untuk menjatuhkan pemimpin UMNO dan menaikkan pemimpin Pakatan Rakyat melalui beberapa cara?

Mungkinkah Shamsul punyai ‘ikatan’ tertentu dengan Khairy, atau si pendek ini mahu Khairy berada dalam kabinet supaya segala rahsia mesyuarat dapat disalurkan kepadanya oleh Khairy sebagai balasan?

Atau mungkinkah Shamsul ikhlas inginkan Khairy menyertai pembangkang dan menerajui Angkatan Muda agar lebih mudah mendapat projek dari kroni bapa mertua Khairy?

Cita-cita Khairy untuk menjadi PM di usia 40 tahun bukanlah rahsia. Malah tindakannya mengumumkan cita-citanya kepada dunia dengan bangga membuatkan kita meragui tahap kematangannya. Lebih buruk lagi, tahap ‘kecerdikannya’ juga kini diragui setelah melihat ‘kejayaannya’ melelong dan hampir menghancurkan kedaulatan negara di era bapa mertuanya.

Berdasarkan perkara ini, wajarlah Perdana Menteri meminggirkannya dari jawatan kabinet buat sementara waktu kerana jelas kewujudan anak muda yang rakus lagi kurang cerdik serta amat disukai oleh musuh ini, hanya menjadi ancaman kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Apatah lagi apabila cita-citanya kelihatan semakin sukar untuk dicapai, adalah tidak mustahil dia akan cuba untuk mengambil tempat Datuk Seri Najib dengan apa jua cara dan dengan seberapa segera.

2 comments:

Wake UP! said...

Nampak gaya Shamsul ada hubungan sulit dengan KJ.

Apakah KJ mempunyai hubungan sulit dengan Anwar Ibrahim?

The teachings of Mathematics & Science in English.

anti tongkat langit said...

ha ha... bila pembangkang menyokong UMNO tandanya... sendri mau ingat..