2010
Pemuda UMNO jangan cuba beri tekanan kepada Najib – Syed Ali
KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menasihati sesetengah pihak dalam Pergerakan Pemuda UMNO supaya menghentikan desakan kepada Perdana Menteri berhubung kedudukan ketuanya, Khairy Jamaluddin di dalam kabinet.
Katanya, desakan sedemikian seolah-olah Pemuda UMNO cuba memberi tekanan politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga presiden parti dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
“Pemuda tidak sepatutnya menunjukkan sikap yang bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh Najib” tegasnya.
Beliau berkata, Najib mempunyai perkiraan dan sebab-musabab yang tersendiri mengapa Ahli Parlimen Rembau itu masih tidak diberikan jawatan Menteri atau Timbalan Menteri.
Sambil kecewa dengan pihak tertentu yang membuat tuduhan kononnya Najib tidak menghargai peranan Pemuda UMNO, Syed Ali berkata tindakan mereka itu seperti cuba ‘mengajar’ Perdana Menteri.
Tambah beliau lagi, Pemuda UMNO perlu mengutamakan tanggungjawab yang lebih besar untuk memperkasakan perjuangan parti terutama membabitkan generasi muda.
“Mereka sepatutnya lebih pro-aktif memperbanyakan keahlian pemuda, menggerakan jentera parti di peringkat akar umbi, membuktikan peranan sebenar mereka sebagai sayap parti, bukannya bercakap mengenai jawatan dan kedudukan,” tegasnya.
"Tidak perlu mengejar jawatan, Perdana Menteri lebih tahu siapa yang layak atau sebaliknya," ujarnya lagi.
Tetapi katanya, jika Pemuda UMNO masih lagi mempersoalkan kewajaran keputusan Najib, bermakna mereka tidak ikhlas kepada prinsip perjuangan parti.
“Ini kerja mereka yang tidak ikhlas kepada parti, gilakan jawatan dan mempunyai agenda tersendiri,” tambahnya.
Menurutnya, desakan itu juga memberi gambaran kepada umum bahawa perjuangan Pemuda UMNO hari ini kerana inginkan jawatan atau kedudukan dalam kerajaan.
“Pemuda UMNO tidak sewajarnya berasa kecewa apabila ketua mereka (Khairy) masih tidak diberikan tempat di dalam rombakan kabinet Najib baru-baru ini,” tegasnya.
Sebaliknya kata Syed Ali, Pemuda UMNO harus melihat isu tersebut daripada perspektif yang lebih luas khususnya membabitkan kepentingan parti dan pergerakan itu sendiri.
Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengulas desakan sesetengah pihak dalam pergerakan itu yang mempertikaikan tindakan Najib tidak menyenaraikan Khairy dalam rombakan kecil kabinet Isnin lalu.
Rombakan kecil kabinet Najib yang pertama sejak beliau menjadi Perdana Menteri hanya membabitkan wakil daripada MCA dan MIC serta pertukaran potfolia.
Menurut Syed Ali lagi, Pemuda UMNO sepatutnya bersikap lebih terbuka dan membuktikan kesetiaan kepada presiden parti dan tidak mengutamakan kepentingan peribadi.
“Kita menyertai UMNO bukan kerana mahu menagih jawatan dalam parti dan kerajaan, yang penting ikhlas bekerja untuk parti dan rakyat yang diwakili,” katanya.
Mengulas kedudukan Khairy sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang tidak diberikan tempat di dalam kabinet, Syed Ali berkata beliau percaya Khairy akur dengan keputusan tersebut.
Dato Syed Ali Habshee
3 comments:
Dia tak nak menang. Tu dia nak letak KJ jadi menteri tu.
Human rights does not exists for the Palestinian?.
kuang kuang kuangggggggg
Mengampu lah si budak afrika tu. Aku cukup meluat dengan anti kj bersama kroni2 mereka
Post a Comment